Bab 58

9.8K 680 78
                                    

Seminggu kemudian...

"Ohhh bagaikan langit,di malam hari. Berwarna hitam sehitam hatimu.."

Tengku Nurfaiza yang baru sahaja turun daripada tingkat bawah tersenyum pendek melihat telatah ceria Honey di awal pagi. Happy bebenor budak ni. Syukur pada Yang Maha Esa, akhirnya mereka berjaya menerima pemergian Tazaki Genji.

Walaupun agak perlahan namun berhasil juga. Berkat semangat daripada kedua-dua pihak keluarganya, Tengku Nurfaiza mampu bangkit perlahan-lahan.

Dia juga turut berasa syukur apabila Pak Nizam dan Nenek Itshiko tidak berdendam atas kematian anak mereka, Tazaki. Cuma....hmmmm Mikami Brothers.

Kelibat kedua-dua kembar seiras itu hilang entah ke mana selepas sahaja berkelahi dengan Tamao Serizawa. Mungkin masih terasa hati.

"Good morning sugar baby!" Ucap Honey, selamba. Dia terlupa panggilan tersebut sering digunakan oleh abangnya terhadap Tengku Nurfaiza.

"Errrr...morning," balas Tengku Nurfaiza, janggal. Dia sedaya upaya menahan rasa sebak yang mulai bermukim di hati.

"So, sugar baby nak makan apa? Roti bersalutkan nutella or bersalutkan strawberi?" soal Honey, ceria. Dia mengerutkan dahi apabila Tengku Nurfaiza seolah-olah tergamam.

Flashback..

"So, sugar baby nak makan apa? Roti bersalutkan nutella or bersalutkan strawberi?" soal Tazaki Genji tenang. Sekilas, dia mengucup pipi Tengku Nurfaiza yang berbau harum.

"Nak makan biy, boleh?" Tengku Nurfaiza mengigit bibirnya lantas mengenyitkan mata. DNA miangnya datang secara tiba-tiba pada awal pagi itu.

"Oh my.....erghhhh!! " Tanpa membuang masa, Tazaki Genji terus sahaja menarik pinggang isterinya lalu bibir perempuan itu dipagut lembut. Mereka saling berkucupan tanpa mengendahkan waktu yang semakin bergerak ke hadapan.

"Hmmmmm..." Rengekan manja yang terkeluar daripada bibir Tengku Nurfaiza menyebabkan nafsu Tazaki Genji meningkat secara drastik. Baju isterinya diselak lalu....

"Faiza! Are you okay?" Panggil Honey. Suaranya terpaksa ditinggikan apabila kakak iparnya bagaikan termenung mengingati sesuatu.

"Faiza!!"

Tengku Nurfaiza tersentak. Dia melihat Honey mengerutkan dahinya buat seketika.

"Errr ye Honey? Kenapa?" soal dia tergagap-gagap.

"Honey tanya. Faiza nak nutella or strawberi?" soal dia semula.

"Nutella," jawap dia, sepatah. Tak lama kemudian, pandangannya jatuh pada figura Tengku Fazril yang sedang membaca sesuatu di atas skrin telefon. Sesekali lelaki itu berdehem melihatnya.

"Mummy!" panggil Tengku Fazril sebaik sahaja Putri Risha melintas di hadapannya.

"Ya, daddy," sahut Putri Risha, lembut.

"Boleh tak..hmmm...buat masa sekarang ni, mummy bercuti sampai Faiza bersalin?" pinta Tengku Fazril. Dia sengaja merendahkan ton suaranya agar tidak didengari oleh Tengku Nurfaiza.

"Why?" soal Putri Risha, pelik.

"Cause ni satu arahan yang tak boleh dibantah," ujar Tengku Fazril sehingga mengundang tawa pada bibir mungil Putri Risha.

"So, daddy dah jadi macam Genji ke? Arahan yang tak boleh dilanggar? Hmmm okay! Mummy setuju. Demi keluarga kita," setuju Putri Risha.

Tengku Fazril tergelak kecil. Acah-acah nak jadi cool macam Tazaki Genji tapi tak jadi. Bini duk gelak. Semasa mereka berdua menuju ke arah dapur, Tengku Fazril sempat mematikan bunyi deringan telefonnya. Takut menganggu. Sememangnya dia sukakn privasi.

I'm A Fighter!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu