Bab 7

11.8K 666 42
                                    

Hari yang seterusnya, keluarga besar itu berkumpul untuk mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan rutin seperti biasa.

Sejak tadi, mulut Putri Risha tak putus-putus membebel akan sikap anak pertamanya.

"Bagitau papa apa yang along dah buat kat sekolah!" arah Putri Risha garang. Wajah si anak dipandang dengan penuh rasa geram.

Ingat kes macam tu nak dibawa main ke?

"About what? Along pukul orang kat sekolah lagi?" seloroh Tengku Fazril, tenang.

Serentak itu, semua mata memandang ke arah Roland yang kelihatan berat mulut ingin mengaku.

"Hmmm..ya, papa. I'm so sorry sebab tak berhenti daripada terus kecewakan hati papa," mohon Roland kesal.

"Kecewa? Hahaha!! Sape kata papa kecewa? So, tell me! How you sepak terajang diorang sampai masuk kat hospital?" Sengih Tengku Fazril sambil merangkul erat bahu anaknya.

Terbuntang terus mata Roland kerana terlalu berasa gembira. Dengan bangganya, dia mulai membuka cerita.

"Okay, macam ni. Mula-mula tu al..."

Zengg!!

Roland terdiam. Begitu juga dengan seisi keluarga tersebut sebaik sahaja melihat sebatang sudu melintas tepat di telinga Tengku Fazril.

"Erhhhh.."

Perlahan-lahan anak beranak itu menoleh ke arah Putri Risha yang sedang mengenggam tangan menahan sebal di hati.

"Erhhh pa...papa tak suka along buat macam tu! Ta...tak elok!" dalih Tengku Fazril lalu menelan air liurnya.

"Al...along fa..faham..Along janji tak...takkan buat lagi," dalih Roland juga lantas menghabiskan sarapannya secepat yang mungkin.

"Ayo! Ayo! Risha dah marah. Habislah korang.. ayo! Ay..." Belum sempat Ciko menghabiskan nyanyiannya, dia juga turut terdiam apabila Putri Risha terus sahaja menoleh ke arahnya dengan renungan yang tajam.

Serta-merta mulut Ciko tertutup tanpa dipinta. Buat macam takde benda yang terjadi. Tahu takut..

"Riley dah bersiap? Erhh biar pagi ni aunty hantar korang berdua pegi sekolah," sampuk Maisara bagi menyelamatkan keadaan.

"Agree!" potong Roland lalu cepat-cepat berdiri mendapatkan salam daripada mereka semua. Bukan apa, dia sebenarnya tak betah duduk sambil diperhati tajam oleh mamanya.

Kalau dah gunung berapi nak meletus, sape berani nak dekat en?

_____________________________

"Inspektor Faiza," panggil Ketua Razzher Azz. Sejurus itu, Tengku Nurfaiza segera bangkit lalu memberikan tabik hormat.

"Salam sejahtera,tuan!"

"Salam sejahtera. Inspektor, saya datang sini sebab nak bagitau yang lepas ni ketua polis daripada Terengganu ingin bertemu dengan kamu.

Khabarnya, beliau ingin berbual mengenai kejayaan inspektor sepanjang berada di sini. Maklumlah, inspektor adalah polis terbaik kat bahagian penangkapan jenayah," panjang lebar Ketua Razzher Azz memperjelaskan.

"Mengenai kejayaan saya? Baik, tuan!" Tengku Nurfaiza sedaya upaya menahan rasa malu apabila dipuji oleh ketua daripada negeri yang lain.

Nampaknya, kejayaan dia mulai diperkata-katakan oleh orang ramai. Sape tak bangga weh?!

"Dalam lima minit lagi beliau akan tiba. So, get ready ya. Saya tak nak anggota saya nampak blushing pulak masa berhadapan dengan ketua daripada Terengganu," sempat lagi Ketua Razzher Azz mengusik.

Sebaik sahaja lelaki tersebut keluar daripada pejabatnya, Tengku Nurfaiza melompat kegembiraan.

"Famous jugak aku akhirnya," jerit dia, teruja.

Namun, perbuatannya terus sahaja terbantut apabila kedengaran pintu pejabat ia diketuk bertalu-talu.

Eish, takkan orang yang tengah ditunggu-tunggu dah datang?

Tanpa membuang masa lagi, Tengku Nurfaiza membetulkan uniformnya lalu duduk seolah-olah sibuk membuat kerja. Nak kena puji la katakan. Hehehe..

"Masuk!" Arah dia mendatar.

"Hello..."

Suara tu?

Dengan pantas, Tengku Nurfaiza mendongakkan wajahnya lalu tergamam tanpa sebutir bicara.

"Hai!" Takiya Genji menaikkan tangannya lalu tersenyum tawar.

"Kau?! Asal kau kat sini?!" marah Tengku Nurfaiza seraya memandang pakaian lelaki itu dari atas hingga ke bawah.

Selekeh!

"Lek, arh. Aku datang sini sebab..."

"Apa pun tujuan kau, aku tak nak kau ada kat sini. Aku busy!" halau Tengku Nurfaiza sambil menoleh ke arah pintu pejabat.

Alah, janganlah tetamu kehormatnya melihat keadaannya semasa tengah bergaduh dengan Encik Gergaji ni.

"Amboi, sesedap anak tekak kau je nak halau aku. Kau ingat aku hadap sangat nak tengok muka kau? Boleh jalanlah!" marah Takiya Genji.

Orang datang nak minta maaf. Tiba-tiba dihalau macam anjing pula. Ingat orang takde maruah ke?

"Apa benda yang kau merepek ni? Blah la weh! Aku takde masa nak layan kau. Esok-esok je lah kita gaduh." Disebabkan terlalu berasa resah, kata-kata tersebut diucap tanpa sedar.

"Eh eh minah manggi asam laksa ni, banyak pula alasan. Aku datang sini sebab nak bagi dom..."

"Keluar lah weh!" Desak Tengku Nurfaiza seraya berdiri daripada kerusinya. Takkan nak biarkan diorang nampak kelibat mamat sewel ni pulak?

Ketika Tengku Nurfaiza ingin meluru ke arah Takiya Genji, entah bagaimana kakinya tersadung pada meja di hadapan. Disebabkan kecuaiannya, dia jatuh tepat pada tubuh lelaki tersebut.

"Arghhh!!!"

"Hei, kau ..."

Sesaat dua saat kemudian, Tengku Nurfaiza membuka matanya apabila merasa bibir ia basah terkena sesuatu.

Buat seketika, masing-masing terdiam apabila sedar akan posisi mereka yang sedang berada di atas lantai. Dengan bibir yang bercantum bagai...

Dalam keadaan seperti itu, pintu pejabat dibuka dari luar lalu terpacullah Ketua Razzher Azz serta ketua daripada Terengganu.

"Perkenalkan, ini adalah anggota terbaik...."

"Ya Allah..."

Mendengar suara itu membuatkan Tengku Nurfaiza terus sahaja mendongakkan kepalanya. Kini, dia melihat ketua daripada Terengganu itu sedang menggeleng-gelengkan kepalanya manakala Ketua Razzher Azz sedang terlopong.

Gulp! Air liur ditelan kasar. Pahit!

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now