Bab 37

10.8K 729 99
                                    

Bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan kaca menguasai segenap ruang makan.

Tengku Nurfaiza mengunyah perlahan makanannya sambil sesekali mencuri pandangan ke arah Tazaki Genji.

Seperti biasa, wajah suaminya tampak dingin dan serius. Tak bercakap walau sepatah pun sejak tadi.

Memang niat nak berbual tapi bila ingat balik perangai sebenar lelaki itu, niatnya terus sahaja terbantut. Mengikut pengetahuannya, sudah menjadi adap orang Jepun untuk makan tanpa bercakap.

Bercakap pun mengenai hal yang penting sahaja. Rakyat Jepun terkenal dengan sikap sopan. Sebab tu negara mereka lebih maju.

Seketika, suasana tersebut bertukar bising dengan bunyi deringan daripada telefon Tengku Nurfaiza. Serta-merta Tazaki Genji mendongakkan wajah lalu merenung ke arah isterinya dengan riak wajah yang kosong.

Gulp!

Tengku Nurfaiza menelan air liurnya. Pahit! Duhai iphone mengapa engkau berbunyi di saat aku sedang ketakutan?

"Errhhhh.." Mulut Tengku Nurfaiza terketar-ketar ingin bersuara.

Krik..krik..

Tazaki Genji merenungnya dengan lama. Oleh sebab itu, Tengku Nurfaiza cepat-cepat menolak panggilan tersebut lalu meneruskan suapannya.

'Rileks Faiza. Rileks! Dia tak makan orang!'

Namun, dalam beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi sekali lagi. Nama Maisara berada di atas talian membuatkan Tengku Nurfaiza ingin menangis.

'Akak!! Kenapa call Faiza sekarang?! Uwarghhh!! Dahlah makan semeja dengan singa jantan ni!'

Baru sahaja dia ingin menolak, kedengaran suara Tazaki Genji mengarah.

"Angkat," ujarnya sehingga membuatkan Tengku Nurfaiza akur.

"Errhhh Fai..Faiza ada kat rumah..erhh rumah..rumah suami Faiza," ujarnya dengan suara yang semakin mengendur.

Tazaki Genji hanya berdiam diri. Dia meneruskan suapannya tanpa mengambil peduli akan perbualan gadis di hadapannya itu.

"Tak balik kut. Takpe, jangan risau. Faiza boleh jaga diri sendiri. Kirim salam kat diorang semua," pinta Tengku Nurfaiza lalu beberapa saat kemudian, talian dimatikan.

Krik..krik..Tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawap pokok orang yang tebang...( Salah lirik)

Setelah 45 minit berada di ruang makan, Tazaki Genji mengesat sedikit sisa makanannya pada bibir lalu bangkit sekaligus membuatkan Tengku Nurfaiza mendongakkan wajahnya.

"Biy dah siap makan ke?" soal Tengku Nurfaiza. Tazaki Genji tidak menjawap soalan tersebut. Dia berjalan ke arah tingkat atas meninggalkan isterinya dalam keadaan yang terpinga-pinga.

Tengku Nurfaiza mencebik geram. Dilihatnya pinggan Tazaki Genji telah kosong tanpa sebarang makanan.

Inilah orang kita. Dah tahu, nak tanya lagi!

"At least, jawaplah soalan aku!" omel Tengku Nurfaiza sambil menghempaskan napkinnya dengan kasar di atas meja.

Selepas itu, dia turut menuju ke tingkat atas di mana terletaknya bilik Tazaki Genji.

Mulut pula tak henti-henti daripada merungut mengenai perangai sebenar
suaminya.

Setibanya dia di bilik, dia melihat Tazaki Genji sedang membuka seluarnya sehingga hanya menunjukkan boxer sahaja.

Serta merta pipi Tengku Nurfaiza bertukar warna merah. Malu siot!

"Ehem!" Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now