Bab 68

9.9K 695 51
                                    

"You nak apa?!"

Tengku Nurfaiza menepis kasar tangan suaminya. Sejak tadi lelaki itu cuba mendekati ia bagaikan belangkas. Rimas! Pasangan sejoli itu turun daripada tingkat bawah dengan terburu-buru. 'Sekor' nak larikan diri. Yang 'sekor' lagi degil nak mengejar. Ingat musim mengawan ke?

"Baby, please. Kejap je. Okay?" pujuk Tazaki Genji ala-ala comel nak minta kaki.

"Semak tau tak semak!" bengang Tengku Nurfaiza membantah.

"Tahulah semak. Tapi biy ni suami sayang. So, tak boleh nak semak-semak," sengih Tazaki Genji tak tahu malu.

Tengku Nurfaiza menjengilkan matanya tanda menahan bengang. Orang serius dia nak main-main pula. Karang ada juga kaki aku terbang kat muka dia.

"I dah kata tak nak. You tak faham bahasa ke? Jangan cuba nak naikkan darah I lah, Genji. You nak tengok I berubah jadi.."

"Shrek?" potong Tazaki Genji bersama sengihan yang lebar. Sejurus mendengar jawapan lelaki tersebut, Tengku Nurfaiza menyeringai geram. Tubuh suaminya dipukul secara bertubi-tubi sehingga dia berasa sedikit letih.

"Tak perlu kut nak pukul badan biy yang sado ni. Tak rasa sakit pun. Macam kena pukul dengan tangan bayi je," ejek Tazaki Genji, selamba.

Tengku Nurfaiza merengus sebal. Niat nak turun ke aras tingkat bawah terbantut disebabkan gurauan leceh daripada suaminya. Baru sahaja dia ingin nak ke tingkat atas, tiba-tiba dia merasakan tubuhnya melayangkan di atas udara.

"Woiiii!!" Pergh, terkeluar suara jantan bhai.
"Apa woi, woi, woi? Takde adap ke?" tegur Tazaki Genji seraya mencempung tubuh isterinya menuju ke tingkat bawah.

"Anak Tazaki! Put me down! You bloody idiot! " maki Tengku Nurfaiza, bengang.

"Mulut sugar baby dah makin kurang ajar erk? Sape ajar? Harry Potter en? Meh, biy ajar dia cukup-cukup!" balas Tazaki Genji sengaja ingin menyakitkan hati isterinya.

"You tak payah nak buat bodohlah Genji! I...."

Sunyi. Tengku Nurfaiza terkedu apabila melihat sebuah kumpulan yang memegang violin di tangan masing-masing. Baju yang dikenakan pada tubuh mereka berwarna hitam seperti kot.

"Apa semua ni?" soal Tengku Nurfaiza, perlahan.

"Surprise, baby!"   

Tengku Nurfaiza menutup mulutnya. Dia terharu. Terharu melihat keikhlasan yang lahir daripada hati nurani suaminya. Air mata yang mengalir cepat-cepat diseka oleh Tazaki Genji bersama ketawa kecil.

"Cepat sangat baby menangis sejak pregnant ni," usik Tazaki Genji lantas mengucup ubun-ubun Tengku Nurfaiza dengan penuh syahdu.

"Setahu Riley, orang pregnant memang emosinya tak stabil," sampuk Riley daripada belakang. Ketika itu, kelihatan mereka yang lain sedang menuju ke arah mereka berdua dengan senyuman.

"So, tunggu apa lagi?" tambah Tengku Fazril. Tengku Nurfaiza mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Tazaki Genji. Apa yang nak ditunggu? Tunggu bulan jatuh ke riba ke?

Tazaki Genji tersenyum lebar. Tak lama kemudian, dia memberikan isyarat mata kepada kumpulan muzik tersebut untuk memainkan sebuah lagu. Sebuah lagu yang amat memberikan lebih seribu makna kepada mereka sepanjang hidup bersama.

City of stars
Are you shining just for me?
City of stars
There's so much that I can't see
Who knows?
I felt it from the first embrace I shared with you
That now our dreams
They've finally come true..

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now