Bab 56

9.8K 697 126
                                    

"Along, papa masih tak jawap call. Riley rasa dia tengah sibuk meeting kat luar negara," beritahu Riley gelisah. Riak wajah abang kandungnya yang kelihatan serius dipandang lama.

Tadi, sebaik sahaja menerima khabar mengenai keadaan Putri Risha, Double R, Zack dan Akim segera menempah tiket online pergi ke Amerika.

Sebelum itu, mereka sempat menghantar Zalikha, Tasya, Tengku Lily, Black Eryn dan Maisara ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Teruk juga mereka dibelasah sehingga tidak menyedarkan diri buat seketika. Nasib tak koma.

"Xender kalau dah meeting kat luar negara, mesti seharian off phone. Memang tak on punya. Takut perhatian dia terganggu," tutur Akim, mendatar.

Time kecemasan ni lah ketua mafia ni nak off. Kalau dia ada kat sini, confirm semua benda ni tak jadi.

"Along.." leret suara Riley memanggil nama abangnya. Kelihatan Roland mengetap gigi menahan marah. Bebola matanya bagaikan berapi-rapi manakala tangannya kemas mengenggam sebuah penumbuk.

"Along..." seru Riley lagi. Tangan abangnya kemudian dipegang perlahan lalu dia menangis mengenangkan nasib keluarganya. Dah insaf daripada dunia mafia pun, masih ada lagi musuh nak mencari.

Zack dan Akim masing-masing mengunci mulut. Buntu dengan apa yang dah berlaku.

Sesaat, Roland menyeka air mata adiknya yang mengalir di pipi tanpa sebarang kata. Dia tak suka melihat orang tersayangnya menangis.

"Riley takut..." luah dia, jujur. Dia memeluk tubuh Roland seolah-olah dia memeluk tubuh papanya setiap kali dalam ketakutan.

Roland hanya berdiam diri. Memang perwatakannya agak berlainan jika dibandingkan dengan adik kembar tak seirasnya. Jika Riley berpewatakan ceria, maka dia pula berpewatakan dingin.

________________________________

Tap! Tap! Tap!

"Biyyy.. " Tengku Nurfaiza tersenyum lemah. Air matanya berhenti melihat dua manusia yang cukup disayanginya berada di belakang Satsuna.

Grrrrrr..

Dari jauh, Tazaki Genji mengetap giginya menahan marah. Kedua-dua tangan Tengku Nurfaiza yang terikat di udara menggunakan besi membuatkan darahnya membuak-buak.

Dasar jantan Psiko! Berani kau seksa bini aku!

"Well, well, well.. " Satsuna berpusing ke belakang dengan lagak yang sombong lagi nak minta penampar. Kelibat Tazaki Genji dan Honey yang sedang merenung ke arah mereka dengan pandangan tajam semakin membuatkan Satsuna berasa gembira.

Gembira kerana telah berjaya menaikkan darah ketua yakuza yang dibenci-benci oleh mereka setelah sekian lama.

Narumi pula masih releks berdiri merenung wajah musuh ketatnya. Dari segi postur tubuh Tazaki Genji yang agak yakin itu, dia pasti lelaki tersebut sudah 'mengurus' anak-anak buahnya di tingkat bawah.

"Maaflah. Aku pinjam bini kau sekejap," ujar Narumi, selamba.

Tazaki Genji mengenggam erat penumbuknya. Wajah Tengku Nurfaiza yang kelihatan lemah benar-benar menyeksa jiwanya. Andai sahaja dia tak terleka, mungkin perempuan itu masih selamat.

"Gen-san, kau ada hutang darah dengan kitorang. So, nak settle benda tu hari ni tak?" sampuk Satsuna, sinis.
"Kepala bapak kau kat kubur! Setahu aku, kitorang takde hal pun dengan kumpulan lemah macam kau!" balas Honey, sebal. Hati merecik panas hawauuu!

"Ha! Ha! Ha! Ha! Gen-san, jangan kata anjing betina ni tukang cakap kau pulak. Sedihhh!" ejek Satsuna. Dia berjalan angkuh ke arah abangnya lalu berhenti tepat di sebelah Narumi.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now