Bab 3

14.9K 685 35
                                    

Japanese=Malay (Translate)

Di Jepun...

"Hei, Genji. Bila kau nak balik ke sini? Tak puas lagi 'bercuti' kat sana?" Tamao Serizawa menghisap rokok lalu asap tersebut dihembuskan ke udara.

Seperti biasa, kakinya akan berada di atas meja.

"Genji kat pasar. Aku ni Mika. Hah, asal kau call?" soal Mika acuh tak acuh.

"Kat pasar? Buat apa?" Kini, giliran Tokio pulak yang mengambil alih telefon Tamao Serizawa memandangkan lelaki itu sedang bermain bola boling.

"Jual ikan," jawap Mika sepatah. Dari jauh, dia melihat adik kembarnya sedang merokok di tepi jendela.

"Gen-san (Genji) jual ikan? Pftttt...hahahaha!! Hei, Makise! Gen-san menjual ikan kat pasar! Hahahaha!!" Tokio terkekek-kekek mentertawakan tindakan ketuanya.

"Huh, budak tu. Takde benda lain ke yang dia nak buat?" gumam Izaki perlahan seraya turut menemani Tamao Serizawa bermain bola boling.

"Tokio ! Bagitau kat Mikami Brothers yang aku dah rindu nak buli diorng berdua," usik Makise selamba.

Tokio menunjukkan ibu jarinya lalu kembali di atas talian.
"Mika, Makise rindu kat kau dan Kami-san. Bila korang berdua dan Genji nak balik kat sini?"

"Aku dan Kami nak tolong Genji urus sesuatu kat sini. Kalau dah settle, kitorang balik," ujar Mika serius.

Selepas beberapa minit berada di talian, Tokio menamatkan panggilan lalu mendekati mereka bertiga.

"Mesti dia pegi Malaysia sebab nak cari Xender," teka Makise tenang.

Di kala itu, mereka bertiga sedang melihat Tamao Serizawa menendang bola besar ke arah pin-pin yang merupakan konco-konconya.

Sebaik sahaja bola tersebut terkena pada tujuh pin manusia, kesemua mereka terjatuh di atas lantai.

"Strike!" jerit Tamao Serizawa bangga.

"Tepi! Turn aku pulak!" Halau Makise lalu mengarahkan agar pin-pin manusia tersebut untuk bangun semula tanpa dibantu oleh sesiapa.

______________________________

"Inspektor Faiza!" Ketua polis Kuala Lumpur datang ke dalam bilik gadis tersebut lalu tersenyum lebar.

"Tuan!" Dengan pantas, Tengku Nurfaiza bangkit daripada tempat duduknya lalu memberikan tabik hormat.

"Apa khabar Inspektor Faiza? " Soal ketua polis yang bernama Razzher Azz. Ketika itu, Tengku Nurfaiza mampu melihat seorang gadis muncul di belakang ketuanya seraya menguntumkan senyuman lebar.

"Khabar baik, tuan. Errh apa hajat tuan datang ke bilik saya?"

"Saya nak perkenalkan awak dengan Koperal Haznani. Dia akan sertai awak dalam apa jua misi yang bakal awak terima mulai hari ni," ujar Tuan Razzher Azz,mendatar.

Beberapa minit kemudian, ketua polis tersebut beredar selepas memastikan Koperal Haznani telah mempunyai ketua yang baru dalam bahagian unit khas.

"Selamat berkenalan,puan. Saya gembira berjumpa dengan sorang lagenda yang hampir terkenal di serata dunia," senyum Koperal Haznani ikhlas.

"Selamat berkenalan juga. Awak boleh ambik tempat awak sekarang. Kejap lagi, saya akan perkenalkan awak pada Inspektor Risha," tutur Tengku Nurfaiza dalam kelembutan.

Semasa Koperal Haznani beredar, dia sempat melihat anak mata gadis itu yang berbentuk sepet. Mungkin sahaja pertukaran dari negara lain atau daripada negeri Sabah.

I'm A Fighter!Onde histórias criam vida. Descubra agora