Bab 41🔞

24.8K 689 58
                                    

Bunyi guruh berdentum di luar sana mengganggu sesiapa sahaja yang sedang berada di luar. Yuki yang baru sahaja berniat ingin balik ke rumah menderam geram apabila keretanya rosak di tengah jalan.

Tak tahu apa sebabnya. Disebabkan kerosakan itu, dia terpaksa mencari jalan lain untuk pulang ke rumah. Rumah?

Seketika, dia berfikir. Nak balik ke sekarang? Dahlah aku tak bawa payung. Basah pakaian aku. Dalam leka berfikir, tiba-tiba dia mendapat satu idea nakal.

'Dah alang-alang satu jalan dengan crush, baik menginap kat rumah dia. Hehehe. Bagi je alasan kereta rosak. Boleh jugak aku ngorat dia.'

I'm on my way, sayang!

______________________________

9:05 malam...

"Ardiel..Ardiel..jangan tinggalkan aku! Jangan!! Eisk..eisk..Ardiel!!"

Tengku Nurfaiza mulai meracau-racau dalam mimpinya. Tubuh Ardiel yang berada di dalam pelukannya bersertakan darah di celah kelangkang membuatkan air matanya semakin deras mengalir.

Dia takut. Takut tahap maksima.

Di suatu sudut pula, Tazaki Genji yang sedang tekun menekan jarinya di atas papan kekunci laptop, tersentak kecil apabila melihat gadis itu mengigau dalam lena.

Pantas sahaja dia menerpa ke arah Tengku Nurfaiza lalu pipi tembam itu ditampar perlahan-lahan. Dia sedar gadis tersebut mengalami mimpi yang hampir sama setiap malam.

"Faiza! Bangun, Faiza! Kau ngigau ni," kejut Tazaki Genji namun Tengku Nurfaiza masih tidak sedarkan diri malah menangis dalam tidurnya.

"Faiza!" desak Tazaki Genji lagi. Sesaat kemudian, Tengku Nurfaiza membuka matanya secara perlahan-lahan. Sempat juga Tazaki Genji menyeka air mata ia.

"Hmmmm..."

"Mimpi buruk lagi?" soal dia, prihatin.

Tengku Nurfaiza mengangguk lemah. Bayangan Ardiel yang sedang menangis menahan kesakitan terlayar di dalam mindanya.

"Kau tunggu sini jap. Biar aku ambikkan air," kata Tazaki Genji. Dia turun daripada katil lantas menuju ke arah pintu.

Orang kata air tangan daripada suami lebih baik walaupun hanya sekadar air kosong. Lol.

Ketika Tazaki Genji selesai melakukan 'tugasnya', dia cepat-cepat ingin naik ke tingkat atas. Namun, baru sahaja melangkah ke hadapan, tiba-tiba Yuka datang bersama riak wajah yang serius.

"Tuan, Cik Yuki datang menjenguk," lapor dia, amanah.

"Malam-malam buta ni?" soal dia malas.

Yuka mengangguk kemas tanda mengiyakan.

"Suruh dia blah. Aku takde masa nak layan," arah dia serius lalu mengorak langkah ke hadapan. Namun, sekali lagi niatnya terbantut apabila Yuki menerjah ke arahnya bersama suara yang amat gedik.

Cuba bagi penampar sikit.

"Senpaiiii!!!" jerit dia lalu memeluk tubuh Tazaki Genji serta-merta. Terdiam lelaki itu dibuatnya manakala Yuka pula sudah ternganga. Masak Tuan Az dengan Puan Faiza kejap lagi.

"Yuki..aku.." Tazaki Genji cuba menolak tubuh Yuki namun gadis itu tetap berkeras ingin berdamping dengannya.

"Senpai! Yuki rindu! Rindu! Rindu! Rindu! Rindu sangaattt kat senpai!!" Setiap kali perkataan 'rindu' disebut, Yuki akan mencium pipi Tazaki Genji secara bertalu-talu.

"Yuki!" tolak Tazaki Genji. Rimas aku dengan pompuan ni!

Belum sempat Tazaki Genji menegur, kedengaran suara orang menjerit namanya. Mereka berdua segera menoleh ke arah empunya suara tersebut manakala Yuka sudah mengundur diri. Kejap lagi ribut datang melanda.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now