"Kak ngah." Tangan Melur dipegang.

"Apa?!" Jerkah Melur geram kerana Amira asyik mengganggunya.

"Mira nak makan mempelam," ujar Amira tidak peduli pada jerkahan Melur.

Dia teringin sangat hendak makan mempelam muda. Dapat makan sedikit jadilah, janji dapat lepaskan kempunan. Bukannya perlu dibeli, hanya kait di pokok di belakang rumah. Dia hendak kait sendiri, rasa macam tak berapa sesuai. Perutnya sudah boyot.

"Tengoklah dalam peti ais. Ish, kau ni. Jangan kacau kak ngah boleh tak?" Melur menolak Amira ke peti ais.

Amira membuka peti ais. Mencari buah mempelam yang diinginkan. Puas diselongkar, sehiris mempelam pun dia tak jumpa.

"Tak ada pun kak."

"Manalah kak ngah tahu. Pergi cakap dekat abang chik. Suruh dia kait," saran Melur tanpa memandang Amira yang sudah mahu menangis.

Dia ingin meraung. Dia hanya mahukan buah mempelam. Di halaman rumah juga ada pokok mempelam. Kenapa tidak ada seorang pun yang sudi ambilkan untuknya?

"Tak apalah. Mira ambik sendiri," getus Amira, tidak disahut Melur. Dia merajuk kerana sebiji mempelam yang diidamkan. Lantaklah apa nak jadi pun. Dia terlalu kempunan hendak makan buah mempelam.

Tengah hari itu mereka gempar. Amira terjatuh sewaktu cuba mengait buah mempelam. Amira yang sudah tujuh bulan mengandung dikejarkan ke hospital.

Gadis malang itu terpaksa bersalin hari itu juga kerana mengalami tumpah darah. Dan hari itu juga Amira hembuskan nafasnya yang terakhir. Membawa bersama rahsia siapa bapa Khadeeja.

🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

ALIYA mengesat air matanya yang mengalir. Mendengar cerita tentang Amira merobek seluruh organ dalamannya. Menghancur-lumatkan hatinya yang sedang berduka semenjak mengetahui kematian adiknya. Apatah lagi Amira dikhabarkan telah membunuh diri.

Dia ingin tahu apakah benar fikiran Amira sedangkal itu? Benarkah khabar tragis yang dibawa suaminya? Nalurinya sebagai kakak sukar mempercayai.

“Jadi Mira tak bunuh diri?”

"Kalau dia nak mati sangat, tak payah tunggu sampai tujuh bulan. Awal-awal lagi dia dah buat macam tu. Dia tak bunuh diri. Orang yang pandai-pandai buat cerita," ucap Melur lagi. Dia menatap Aliya yang masih cantik walaupun sudah berumur. Tidak seperti dia yang sudah serupa tong dram.

"Terima kasih kak ngah."

"Hurm. Lokman mana? Kenapa datang sorang?" Melur menjamah pisang goreng cheese yang dibawa oleh Aliya. Sebenarnya banyak lagi buah tangan lain yang dibawa Aliya, disebabkan dia lebih sukakan makanan, maka itulah yang dituju dahulu.

"Kerja, kak," jawab Aliya sambil melihat-lihat keadaan rumah.

"Amboi, semenjak dah kaya ni lupa asal usul. Balik kampung pun baru sekali ni. Ke kau dengan Lokman dah lupa daratan?" Soal Melur selamba. Satu persatu pisang goreng dilahapnya. Langsung tidak dipelawa Aliya yang datang sebagai tetamu.

"Siapa nama anak Amira?" Soal Aliya beralih dari satu bingkai ke satu bingkai gambar yang tergantung di dinding. Tidak peduli pada bicara pedas menghiris kalbu Melur.

Dia mahu mencari wajah anak Amira. Tidak ada yang seiras dengan Amira. Kebanyakan gambar keluarga Melur.

"Khadeeja."

Khadeeja? Ruang minda terbayangkan wajah gadis yang dilihat di restoran makanan segera sedikit masa dulu.

"Kak ngah ada gambar Khadeeja?" Aliya benar-benar ingin tahu. Dia mahu mengenali Khadeeja.

"Tu." Melur meletakkan telefonnya.

Skrin telefonnya memaparkan Khadeeja yang memakai baju kurung putih. Gambar yang diambil curi-curi sewaktu pernikahan Khadeeja.

Aliya mengamati. Terketar-ketar dia menyentuh skrin telefon itu. Menahan diri supaya tidak menangis lagi.

"Mana dia sekarang kak?”

“Huh!” Melur mendengus. “Aku dah kahwinkan dengan jantan yang menyundal dengan dia. Anak dengan mak sama aje! Sama-sama murah!”

“Kah...win?”

Aliya terkedu. Khadeeja sudah berkahwin?

ALLAH…

Dada Aliya sesak.

🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

20 tahun yang lalu….

PINTU bilik itu ditutup perlahan. Lokman mengesat peluh di dahi. Bibirnya menyeringai licik. Baru puas hatinya! Kalau dia tak dapat, lelaki lain juga tidak akan dapat memiliki Amira.

Ah, manis sekali rasa tubuh itu! Lebih manis daripada tubuh isterinya. Sewaktu dia mula-mula melihat Amira, jantungnya berdegup dengan lebih pantas. Rasanya dia jatuh cinta sekali lagi.

"Jangan harap kau boleh bagi tahu sesiapa. Tak ada orang akan percaya cakap kau!" Dia bersuara di hadapan wajah yang lencun dengan air mata itu.

Adik iparnya sudah tidak gadis lagi. Rasakan! Berani Amira dengan Syed bercengkerama di hadapannya. Dia cemburu. Kalau Amira tidak cuba menayang kemesraan itu, semua ini tidak akan berlaku.

"Sayang esok abang dah nak kena pergi."

Lokman membungkam mulut Amira yang tidak berdaya. Entah berapa kali dia menggauli Amira secara paksa sehingga dia puas dan Amira terkapar tidak berdaya. Ketika terakhir kali dia menyentuh Amira, adik iparnya itu sudah diam tanpa perlawanan. Entahkan tidur, entahkan pengsan.

Ah, lantaklah! Yang penting hatinya puas. Selepas ini tidak ada lagi orang yang akan mahukan Amira. Siapa yang mahukan gadis yang tidak suci seperti Amira lagi?

Lagipun esok juga dia akan keluar dari rumah ini bersama isterinya. Dia yakin tidak ada orang yang akan percayakan Amira.

Sewaktu dia memberitahu Amira cuba menggodanya kerana Aliya menangkap dia sewaktu keluar dari bilik Amira, isterinya terus percaya. Teruk Amira kena pukul dengan bapa mentuanya. Kasihan juga dia. Tetapi apa yang boleh dia buat? Takkan dia hendak berterus terang dia berniat mencabuli adik iparnya sendiri.

"Adik dengan kakak sama aje. Dua-dua bodoh!" Desisnya setelah berbaring di sebelah Aliya yang tertidur pulas. Langsung tidak sedar suaminya keluar dari bilik lalu menceroboh bilik adiknya.

"Liya." Sengaja dipanggil nama Aliya untuk memastikan Aliya tidak sedar.

Aliya tidak menjawab. Tidur mati tanpa bergerak walau sedikit pun. Lokman tersenyum bahagia. Dia menarik tubuh Aliya lalu memeluknya erat.

Bahagia sungguh hatinya. Kakak dia dapat, adik yang diidam-idamkan juga dia dah dapat. Esok dia boleh tinggalkan rumah mentuanya dengan hati yang lapang.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now