"Budak tak guna! Ini kerja kau belakang aku ya?" Khadeeja tak sempat mencerna sekeliling ketika rambutnya ditarik. Bajunya basah. Dia disimbah air.

Sakit. Khadeeja menarik tangan besar Melur. "Sakit, mak ngah. Sakit. Aduh!"

"Eh, hati aku ni lagi sakit, tahu tak? Kenapalah kecik-kecik dulu kau tak nak ikut mampus macam mak kau?!"

Khadeeja terjelepok di kaki pak ngah. Hidungnya mencium kaki pak ngah. Air matanya berderaian. Dia salah apa lagi? Ketika kepalanya terangkat, ada ramai manusia menyapa pandangannya.

"Tengok, mak! Buat-buat menangis. Memang muka tak tahu malu," ejek Julia. Suka dia jadi pengadu domba.

"Pak ngah...." Khadeeja pandang pak ngahnya. Lelaki tua itu membuang pandang. Benci agaknya tengok muka Khadeeja. Sumpah Khadeeja tak tahu apa salahnya. Kenapa dia dihina begini?

"Kau! Aku nak kau kahwin dengan budak sial ni. Panggil keluarga kau datang sekarang!" Tangan montel Melur menunjuk seseorang.

Kahwin? Khadeeja menoleh ke arah jari yang dituding mak ngah. Lelaki itu siapa? Lelaki asing, tidak berbaju, basah kuyup, sedang balas menatap Khadeeja.

Mata Khadeeja membulat. Lelaki itu adalah lelaki yang ditolongnya malam tadi. Khadeeja pegang bajunya. Basah juga! Khadeeja pegang kepalanya. Ya ALLAH! Dia tidak bertudung.

"Kau nak pergi mana?" Soal Melur selajur menarik tangan Khadeeja yang mahu mencari tudung.

"Nak pergi pakai tudung," cicit Khadeeja.

Banyak suara bergabung gelakkan Khadeeja. Ah, dasar! Berlagak baik konon. Julia senyum mencemuh. Sakinah tertawa sinis.

"Tak payah. Masa kau berjoget dengan jantan ni semalam, kau pakai tudung ke? Tak, kan? Kau tak payah nak berlagak alim dengan aku. Sekarang semua orang dah tahu perangai sundal kau!" Jerkah Melur mengheret Khadeeja. Tangannya merentap baju Khadeeja. Kalau boleh dia hendak bogelkan Khadeeja, selepas itu arak keliling kampung.

"Jangan, mak ngah! Khadeeja tak buat apa yang mak ngah cakap." Khadeeja pegang erat bajunya yang basah. Dia malu.

Khadeeja meluru kepada Mad."Encik, tolonglah. Cakap dengan mak cik saya, kita tak buat apa-apa. Encik..."

Mad tergamam. Tak ubah seperti drama. Khadeeja sujud di kakinya. Gadis itu menangis teresak-esak. Lambat Mad bertindak, Khadeeja kembali menjadi mangsa.

Hening! Semua membisu ketika bunyi tamparan kuat itu bergema di ruang tamu. Tangan Mad terkepal, bodohnya dia! Kenapa dia hanya membiarkan tubuh kecil itu terus diperlakukan dengan kasar?

 🖋.️🖋️.🖋️.🖋️.🖋️

BUNYI dentuman mercun, entah mainan siapa, menyedarkan Mad. Khadeeja belum juga selesai makan. Terdetik sebuah persoalan di minda Mad. Menyesalkah Khadeeja membantunya malam itu? Terseksakah Khadeeja kerana dipaksa menikah dengannya?

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now