"A...awak tidur kat mana?"

"Atas kau!" Mad menyeringai.

"Hah?"

Melihat muka terpelangah Khadeeja, dia terus tertawa. Tak boleh dibawa bergurau langsung. Terus muka pucat macam nampak hantu. Dia yang muka tampan kalah Lee Min Ho pun Khadeeja takut, kalau muka dia versi muka pecah rumah macam mana agaknya? Mahu trauma terus.

"Aku tidur sinilah. Nak tidur mana lagi? Kau lupa ke suami isteri wajib tidur sebilik. Nanti senang nak memadu asmara." Mad lepaskan tawa. Muka Khadeeja semakin pucat.

Baru sebut memadu asmara, lutut Khadeeja terasa longgar. Dia nak rebah dah ni. Mad bergurau ke? Kenapa mereka kena tidur sebilik? Bukankah rumah ini mempunyai tiga bilik? Berikan satu bilik kepadanya, dia berjanji tidak akan pernah mengganggu Mad. Kalau Mad kedekut tak nak bagi bilik, dia tidur dekat sofa di ruang tamu pun tak apa. Mana-mana pun boleh asalkan tidak sebilik dengan Mad. Kalau Mad halau dia keluar lagi dia suka. Aduh, apa yang dia merepek ni?

"Err ..." Kalau dia buat satu permintaan kecil, agak-agak Mad bagi tak?

"No!"

Hah? Dia tak tanya lagi Mad dah jawab no?

Mad memutar bola mata. Dia dah tahu apa yang ada dalam otak kecil Khadeeja. Mentang-mentang kahwin paksa hendak tidur asing-asing? No way! Mad tak terfikir sampai ke situ. Perempuan lain syok bawa masuk bilik hotel, dapat isteri nak keluarkan dari bilik sendiri? Maaf, dia tak bodoh!

"Kau jangan ingat kita tidur asing-asing. Solat kau nak ikut hukum. Bila jadi laki bini sebab kahwin terpaksa, kau nak lupakan hukum-hakam? Tak takut pula kau masuk neraka sebab jadi isteri derhaka? Kau tahu berapa ramai perempuan jadi penghuni neraka sebab ingkar arahan suami?”

Aduhai, dia mula lagi bercerita tentang ingkar isteri!

Terkebil-kebil mata Khadeeja. Kenapa ke situ pula Mad fikir? Rasanya dia belum jatuh derhaka setakat membuat permintaan kecil seperti itu. Lagipun kalau Mad reda dan memberi keizinan, soal derhaka tidak akan wujud.

Mad menyentuh belakang Khadeeja. Walaupun Khadeeja menggeliat tanda protes, dia tidak mengendahkan. Khadeeja dibawa ke sebuah sofa, satu-satunya sofa di dalam bilik itu. Dia duduk di sofa, Khadeeja pula ditarik supaya duduk di lengan sofa.

Pinggang Khadeeja dipeluk, dan-dan itu juga tubuh Khadeeja menegang.

"Relaks...." Belakang Khadeeja diusap. "Aku ni suami kau, bukan perogol bersiri. Kau tak perlu takut dengan aku."

Mahunya Khadeeja tak takut? Mad sedang menarik pinggangnya sehingga dia terduduk di atas riba Mad dalam keadaan dia menghadap Mad. Mad mengangkatnya semudah Mad mengangkat kapas. Dia ringan sangat ke?

Khadeeja menahan dada Mad dengan kedua-dua belah tangannya sebelum wajah mungilnya tersembam ke dada bidang itu. Hari-hari dekat dengan Mad seperti ini mahu kojol Khadeeja nanti. Silap-silap boleh mati muda dia.

"Tudung ni buka! Dalam rumah pun nak pakai tudung! Buka sekarang!" Mad menatap Khadeeja lekat membuat Khadeeja salah tingkah.

Mati dia! Di sini hanya ada dia dan Mad. Ke mana dia hendak melarikan diri lagi? Atas alasan apa dia menolak permintaan lelaki yang telah sah menjadi suaminya?

Khadeeja menghembuskan nafas gugup. Perlahan-lahan menurut perintah Mad dengan melucutkan tudung yang menutup kepalanya. Dibawa lekat tudung tersebut ke dada. Berasa malu diperhatikan Mad.

Rambut dia tak cantik, tak halus seperti bintang iklan syampu. Sumpah dia malu diperhatikan lelaki ini! Rasa hendak menyorok di belakang sofa. Itu pun kalau belakang sofa ini mampu menyorokkan tubuh mungilnya.

“Dengar cakap macam ni kan bagus. Barulah boleh digelar isteri misali. Dapatlah kau cium bau syurga nanti.” Tangan kanan Mad mengelus lembut rambut Khadeeja. Indera baunya mencium bau harum yang menyeruak dari tubuh Khadeeja. Sedikit bercampur dengan bau mandian Mad yang Khadeeja gunakan pagi tadi.

Tidak lupa juga dengan bau semburan minyak wangi Mad, sengaja disemburkan sewaktu Khadeeja lalu di belakangnya ketika dia sedang bersiap sebelum pulang ke apartmen. Saja dia mahu mengusik Khadeeja. Sesungguhnya Khadeeja ada bau tersendiri yang membuat Mad rasa nyaman setiap kali di sampingnya.

Nafas Khadeeja tersekat dengan tingkah Mad. Sesak! Serasa detik ini Khadeeja hanya mampu menahan nafas kerana terlalu gugup. Bahkan Khadeeja dapat rasakan badannya menggigil dengan sentuhan Mad.

“Hei, relaks! Bukannya aku nak makan kau.” Mad cuba menenangkan Khadeeja. Dia menyedari perubahan tubuh Khadeeja yang semakin menegang dan menggigil di bawah taklukannya. Apakah gadis ini benar-benar naif?

Melihat pada reaksi Khadeeja, gadis itu seolah-olah belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Mungkinkah Khadeeja hanya berpura-pura polos untuk menutup sikapnya yang sebenar?

“Khadeeja....” Mad berbisik perlahan. Tubuh Khadeeja dipeluk erat. Dia semakin nyaman, namun Khadeeja semakin menegang. Tak bergerak dalam pelukannya.

Sungguh-sungguh Khadeeja hendak pitam. Kalau dua saat lagi Mad tak lepaskan, dia akan buat-buat pengsan. Dalam hati dia mengira. Tepat ketika dia mahu lembikkan badan, Mad memisahkan tubuh mereka. Wajah Khadeeja direnung, bibirnya dijilat. Khadeeja tidak jadi hendak pengsan, matanya pula yang terbeliak.

Apabila muka Mad semakin mendekat, secara refleks matanya terpejam. Tak faham kenapa dia pejamkan mata, walhal dia sedang ketakutan. Janganlah Mad buat apa yang sedang dia fikirkan.

"Boo!" Jerit Mad di telinga Khadeeja. Puas hati dapat mengusik Khadeeja.

"Kenapa? Kau tengah ingat first kiss kita ke? Nak aku cium lagi?”

Mata Khadeeja terbuka. Tak semena-mena pipinya kemerahan setelah menyedari dia dikenakan Mad. Jahat!

Khadeeja diturunkan dari pangkuannya. Dia duduk bersilang kaki.

"Dah jangan tercegat macam orang bengong. Pergi buatkan aku air."

Tidak perlu tunggu Mad ulang sampai dua kali Khadeeja segera berlalu ke ruang dapur yang boleh dilihat dari ruang tamu. Fuh, kus semangat! Nasib baik Mad main-main aje. Dia mengurut dada kelegaan.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now