Lawan Pedang

2.7K 213 33
                                    


Kereta besar berwarna hitam itu meluncur laju menyusuri jalan raya yang amat lengang itu.. Di kiri dan kanan jalan hanya dipenuhi hutan belukar.. Semakin lama semakin tinggi kawasan yang mereka tuju itu kemudiaan curam kembali.. Ia seperti sedang balik ke kampung halaman yang berpuluh-puluh batu jauhnya..

Chanyeol memandu kereta itu dengan tenang.. Perjalanan mereka terasa amat jauh berbatu-batu.. Sudah sebelas jam mereka memandu tanpa henti.. Dua jam pertama Kris memandu kereta kemudian digantikan oleh Luhan yang memandu selama lima jam.. Setelah itu baru lah Chanyeol menggantikan tempatnya kerana risau memandang lelaki itu yang semakin lemah akibat mengantuk.. Lelaki itu memandang cermin tengah sekali imbas untuk melihat orang-orang di dalam kereta itu sama ada masih hidup atau tidak.. Kris dan Luhan yang duduk di kerusi paling belakang hanya merebahkan kepala di kerusi sambil memandang ke luar tingkap tidak bersuara.. Suho dan Chen yang duduk di kerusi tengah pula mengeliat baru bangun dari tidur yang lena.. Tao yang duduk di sebelah Chanyeol hanya berdiam diri sambil memandang ke luar tingkap.. Lelaki itu langsung tidak tidur di sepanjang jalan.. Entah apa yang difikirkannya..

"Luhan!"

Luhan segera memandang Chanyeol dari belakang kerana Chanyeol kini sedang memandu dan tidak dapat untuk melihat wajah Luhan.. Dia hanya mampu memandang Luhan melalui cermin tengah itu sahaja..

"Ada apa, Chanyeol.?"

"Ini ke tempatnya.?" tanya Chanyeol serta-merta..

Luhan segera memandang ke luar tingkap sambil membetulkan kedudukannya.. Yang lain juga melakukan hal yang sama.. Chanyeol kini sudah memberhentikan keretanya di sebuah kawasan berumput hijau yang amat cantik dan luas.. Terdapat sebuah perkampungan kecil yang mana setiap tempat di situ diperbuat daripada kayu, papan dan daun nipah.. Tempat itu sangat terpencil dan sukar untuk ke sana.. Ia memerlukan masa berjam-jam untuk sampai ke tempat itu..

"Saya rasa ini lah.." ucap Luhan masih memandang sekeliling walaupun dia sendiri sebenarnya kurang pasti dengan jawapan itu..

Satu-persatu mereka turun dari kereta itu sambil memandang sekeliling dalam keadaan bingung bagaimanapun udaranya amat nyaman sekali membuatkan mereka merasa amat tenang..

"Kita masih dalam negara kan.?" Tanya Chen tiba-tiba..

Tiada seorang pun yang menjawab soalan itu kerana masing-masing tidak tahu apa jawapan sebenar.. Mereka hanya mampu mengikut peta yang mereka dapat daripada laman sesawang..

"Ia nampak macam perkampungan orang asli.." komen Suho sambil cuba melihat apa orang-orang di situ tengah buat..

Bentuk rumah mereka amat unik.. Pakaian mereka juga sangat pelik dan agak ganjil bagi zaman moden seperti sekarang.. Aktiviti yang mereka lakukan juga jarang dibuat di negara ini..

"Ah..." Kris menghirup udara di situ yang terasa amat segar sekali.. "Udara seperti ini lah yang baik.."

Luhan hanya menggelengkan kepalanya kerana lelaki itu asyik membebel di kawasan sebelum ini yang asyik hujan.. Sekurang-kurangnya telinganya tidak perlu mendengar leteran memanjang dari lelaki itu..

"Dah, turun kan barang-barang.." arah Suho..

Tao membantu Chen dan Chanyeol menurunkan barang-barang dari kereta.. Luhan dan Suho hanya menggelengkan kepala melihat perangai Kris yang masih dengan lagak seorang pelancong menghirup udara segar.. Chen segera menghulurkan beg yang diturunkannya kepada Suho..

"Thanks!" ucap Suho lalu menyambutnya..

Luhan mencapai beg yang dihulurkan oleh Chanyeol kepadanya tanpa apa-apa ucapan pun.. Tao yang menawarkan dirinya sendiri berjalan perlahan-lahan mendekati Kris sambil menghulurkan beg sandang yang dipegangnya kepada lelaki itu..

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now