Markas

2.5K 205 28
                                    


Setelah hampir sebulan bergerak, misi mencari orang-orang di kalangan puak Huruf telah pun selesai. Pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang misi mencari itu mereka harus hadapi.

Bermula dengan Chanyeol, yang mereka jumpa di sebuah kolej ketika mereka menyamar sebagai pelajar di situ. Kenangan pahit mereka harus lalui semasa menyamar. Selepas itu mereka bertemu dengan Suho di sebuah pekan yang bekerja sebagai pelayan restoran. Diikuti dengan Chen, yang berbangga dengan kebolehan yang dia miliki menyebabkan Kris naik angin ketika mula-mula berjumpa dengan lelaki itu.

Dan seterusnya mereka berjumpa dengan Tao, seorang guru piano yang dijumpai oleh Luhan. Lelaki yang Kris tidak berkenan sehingga kini disebabkan kuasa mereka yang sangat berlawanan menyebabkan Kris hampir membunuh lelaki itu.

Setelah itu, mereka berjumpa dengan Sehun disebuah perkampungan yang amat terpencil dan mengamalkan cara hidup yang sangat berbeza dengan kehidupan yang lain. Lelaki itu satu-satunya orang yang mempunyai kuasa yang boleh digabungkan kuasa Luhan.

Selepas itu, mereka kembali ke kolej di mana mereka berjumpa dengan Chanyeol dan mendapat pengalaman pahit. Di sana, mereka berjumpa dengan Xiumin yang mempunyai kebolehan mengawal akar dan tumbuhan.

Seterusnya, mereka menjumpai Lay yang hampir membunuh Sehun disebabkan takut akan dihantar ke makmal untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji. Lelaki itu membawa mereka kepada Kai, yang merupakan kawan baiknya sendiri dan menamatkan misi pencarian mereka di situ.

Misi pencarian itu tidak berjalan dengan lancar. Hanya beberapa orang sahaja yang mereka temui daripada dua puluh enam Huruf yang ada. Kesemua yang lain sudah pun dibunuh sebelum sempat mereka jumpa. Malah lebih ramai daripada bilangan yang mereka dapat.

Pintu gerbang batu itu segera terbuka. Luhan dan Kris segera berjalan masuk dengan senyuman lebar. Rakan-rakan mereka yang lain hanya menyusul sambil memandang sekeliling. Tempat yang indah itu amat cantik sekali. Semua tempat diperbuat daripada batu yang amat besar. Ia seperti sebuah taman cantik yang besar. Pokok-pokok dan bunga-bungaan tumbuh merimbun. Kedengaran bunyi air terjun dan burung-burung berkicauan dari segenap arah.

"Wah..."

Semua orang ternganga melihat tempat itu.

"Tempat apa ni.?" Chen memandang Kris dan Luhan silih berganti dengan mata yang bersinar-sinar.

Kris dan Luhan berpandangan seketika kemudian tersenyum yang penuh makna tersirat.

"Ini lah markas kita."

"Markas.???" Serentak semua orang mengulang.

Kris dan Luhan hanya mengangguk. Mereka memandang tempat yang cukup mereka kenali. Tempat tinggal mereka sendiri. Di situ lah mereka berasal dan kini mereka kembali lagi.

LIMA BELAS TAHUN DULU.....

Budak lelaki berkulit putih itu duduk di atas tanah sambil menangis teresak-esak tanpa henti. Dia asyik menyebut perkataan 'ayah' sejak tadi.. Budak lelaki berambut perang itu hanya tercegat berdiri seperti orang yang tidak bernyawa. Dia kini seperti sebuah patung yang keras. Budak lelaki bermata bulat itu pula hanya duduk merenung nasib, manakala budak lelaki bermata biru bersinar itu hanya tercungap-cungap tidak tahu hendak berbuat apa.

"Apa kita nak buat sekarang.?" Budak lelaki bermata biru itu bersuara.

"Saya tak tahu." budak lelaki berkulit putih itu menjawab dengan suara yang tertahan-tahan.

"Kita dah tak ada rumah lagi." budak lelaki bermata biru itu mengeluh panjang. Mereka kini sedang duduk di sebuah hutan gelap yang mereka sendiri tidak tahu di mana tempat itu. Apa yang pasti, tempat itu jauh dari rumah mereka.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now