Latihan Yang Membunuh

2.6K 204 13
                                    


Suasana pagi itu begitu baik sekali. Mereka kini sudah kembali dari perkampungan kecil yang mengejutkan mereka dengan pelbagai budaya. Mereka menjumpai Sehun, yang sukar dilepaskan oleh orang-orang kampung untuk mengikut mereka. Nyaris-nyaris mereka dihalau kerana berniat hendak merampas Sehun dari orang kampung yang dikatakan pahlawan atau pembawa tuah kepada mereka.. Mujur lah Sehun memberi penerangan dengan sebaiknya.

Luhan dan Chanyeol masih lagi menghadap komputer riba untuk mengesan orang dari kalangan huruf.. Tugas itu seolah-olah sudah ditetapkan untuk mereka kerana hanya mereka berdua saja yang mahir untuk menggunakan peralatan canggih yang sedia ada untuk mencari dan hanya mereka sahaja yang tahu bagaimana caranya. Kris pula sedang mengemas kotak keperakan yang sentiasa mereka bawa ke mana-mana itu. Ia kini semakin berkurangan. Hanya ada dua sebab yang boleh mengurangkan kuantiti rantai di dalam kotak keperakan itu. Sama ada rantai itu sudah dipakai oleh tuannya, atau ia sudah hancur menjadi debu sebelum sempat berjumpa tuannya. Chen dan Suho mengemas meja makan kerana mereka baru saja selesai makan. Tao dan Sehun pula hanya duduk di sofa sambil termenung tidak tahu hendak berbuat apa. Mereka masih belum menjumpai apa fungsi mereka dalam misi mencari itu.

Tidak semena-mena cahaya menerangi seluruh ruang tamu itu menyebabkan semua orang memandang ke arah Suho yang mana langkahnya turut terhenti..

"Bukan saya lah!" bentak Suho.

"Sini."

Semua mata kini beralih memandang Kris yang sedang mengangkat seutas rantai dengan buah huruf 'V'. Seperti biasanya, rantai itu bertukar menjadi debu dan hilang dari pandangan. Serentak semua orang mengeluh termasuk Sehun. Sehun tidak terlalu terkejut kerana dia sudah tahu mengenai puak huruf itu sedikit ketika dalam perjalanan balik ke situ. Pada waktu itu, rantai dengan buah huruf 'H' musnah di hadapan matanya membuatkan dia benar-benar terkejut.

"Kita terlambat lagi." keluh Suho.

Semua orang hanya mampu memandang kotak keperakan yang berada di tangan Kris itu dengan pandangan yang sayu. Mereka tidak mampu berkata apa-apa kerana tiada apa yang dapat dilakukan lagi.

"Kami tak dapat kesan lah." keluh Chanyeol sambil bersandar di kerusi kelihatan mengeluh panjang agak berputus asa.

Luhan yang duduk di sebelahnya turut mengeluh perlahan. Dia juga sudah terlalu letih menghadap komputer riba itu. Dia mula meregang-regangkan otot lehernya yang dirasakan seperti hendak tercabut.

"Macam mana kita nak jejaki mereka kalau tak dapat dikesan." Suho turut mengeluh dari meja makan.

"Kami dah cuba." Luhan bersuara perlahan. "Tapi memang tak ada sebarang tanda pun."

Tiada sesiapa pun bersuara. Mereka juga tidak berani untuk mempertikaikan kerja Luhan dan Chanyeol kerana hanya mereka berdua sahaja yang melakukan kerja itu tanpa henti dan tanpa sebarang bantuan.

Kris menarik nafas panjang lalu bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan mendekati tingkap kemudian menyelak langsirnya. Dia melihat sebuah padang besar di depan rumah tumpangan yang sunyi itu. Mereka kini menyewa di sebuah rumah tumpangan yang paling dekat sejak mereka keluar dari perkampungan yang jauh itu. Hanya itu tempat yang dirasakan selamat untuk mereka.

"Jom kita berlatih kat padang tu."

Serentak semua orang memandang bingung ke arah Kris.

"Awak dah gila ke?!" Chen merenung lelaki itu. "Kalau orang-orang di sini nampak... Habislah kita."

"Bukan ke cuma kita yang menyewa kat sini sekarang??" Balas Kris. "Lagipun penjaga kat bawah tu dah terlalu tua dan uzur. Dia pasti tak akan nampak. Kawasan ni pun terpencil. Tiada orang akan tahu."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now