Kosong

1.8K 160 14
                                    


Kehilangan dua penaung puak Huruf itu benar-benar memberi impak yang amat besar kepada mereka. Bermula dengan Kyungsoo, dan kini giliran Kris, orang yang selama ini amat digeruni dan boleh dikatakan sebagai harapan mereka. Jika kedua-dua mereka boleh tumbang, bagaimana dengan nasib mereka yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi.? Apa akan terjadi kepada mereka.?

Luhan kini sedang duduk di kawasan latihan markas itu seorang diri. Setelah pemergian Kris, dia semakin hilang arah. Dua daripada penaung puak Huruf itu sudah tiada. Dia langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan. Perkara yang selama ini menjadi kerisauannya tentang lelaki itu sudah terjadi. Benar apa katanya sebelum mati, dia akan kalah kepada Tao walau apa pun yang akan terjadi.

"Luhan..."

Luhan tidak menjawab mahupun menoleh. Dia kenal benar siapa yang berada di belakangnya itu. Sehun kini sedang berdiri memandangnya risau. Perlahan-lahan lelaki itu mendekatinya.

"Awak okey ke.?"

Luhan tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya dah penat dengar soalan tu."

Sehun menarik nafas panjang kemudian segera duduk betul-betul di sebelah lelaki itu. "Sebab awak tak pernah jawab."

Luhan tidak membalas sebaliknya memandang pasir yang kini ditiup angin.

"Esok pelindung tempat ni akan hilang kan.?" Tanya Sehun yang sebenarnya dia memang sudah sedia tahu jawapan kepada soalannya itu.

"Saya dah terlupa pun pasal benda tu." gumam Luhan.

Sehun segera memandang lelaki itu. "Luhan... Awak adalah ketua puak ni. Saya harap awak tak lupa benda tu."

Luhan tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya tak pernah lupa. Tapi saya rasa saya dah hilang kekuatan saya."

"Luhan, dengar ni..." Sehun cuba menyusun ayat. "Kami semua sentiasa ada dengan awak. Hanya awak dan Baekhyun yang ada sekarang. Kami letakkan harapan sepenuhnya pada kamu."

Mendengar kenyataan lelaki itu, mata Luhan mula berkaca. Dia tidak pernah merasa beban yang selama ini dipikulnya terlalu berat seolah-olah boleh mematahkan bahunya sendiri. Dia tidak pernah memikirkan bagaimana hidupnya tanpa Kris dan Kyungsoo menjadi pelengkap kepada perjalanan untuk mengakhiri peperangan itu.

"Apa yang dah lepas kita tak boleh nak buat apa-apa lagi." ujar Sehun lalu memandang ke hadapan semula. "Nak menyesal pun tak ada guna."

"Mungkin awak akan menyangkal semua benda tu kalau awak bersama mereka sejak kecil lagi."

Sehun terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

"Bagi saya..." suara Luhan mula kedengaran tersekat-sekat. "Saya hidup selama ni dengan mereka. Dengan tujuan yang sama. Tapi kali ni..."

Sehun memejamkan matanya seketika kemudian menelan air liur cuba menahan segala apa yang dirasainya ketika itu.

"Sehun... Saya nak minta tolong awak sesuatu."

Sehun segera memandang lelaki itu. "Apa dia.?"

"Kalau misalnya ada apa-apa akan berlaku..." Luhan bersuara perlahan. "Saya nak awak ambil rantai saya ni."

Sehun segera mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Apa maksud awak.?"

"Rantai ni..." Luhan mengeluarkan rantai yang ada di lehernya itu. "Kalau ada apa-apa yang akan berlaku nanti..."

Huruf (EXO Version) ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon