Kristal Hitam

1.7K 162 19
                                    


Kris dan Xiumin kini masih meneruskan perjalanan yang mereka sendiri tidak pasti di manakah penghujungnya. Entah kenapa, terasa seperti markas telah jauh dari mereka. Sepertinya mereka akan sesat dan tidak akan menemui jalan pulang dan akan terus hidup seperti itu.

"Perjalanan ni lebih jauh dari yang kita sangka." gumam Xiumin yang kini sudah hampir berputus asa.

Kris tersengih mendengar kata-kata lelaki itu bagaimanapun mengangguk bersetuju.

"Harap-harap jalan pulang nanti berjalan lancar." Xiumin memandang ke belakang seketika untuk melihat jalan yang mereka telah lalui. Jalan yang dia tidak pasti dapat ingat lagi atau tidak.

"Nampaknya kita kena AAAAA!!!!!" belum sempat Kris menghabiskan kata-katanya, tidak semena-mena sahaja dia tergelincir jatuh akibat tanah yang pijaknya itu amat licin.

Tanpa di sedari, jalan sudah mencuram jatuh di hadapan mereka betul-betul menuju ke arah sungai di bawah mereka yang mengalir deras seperti air laut. Dengan pantas Xiumin menyambut tangan lelaki itu.

"Tak guna!!" gumam Kris sambil memandang sekali imbas air sungai deras di bawah kakinya.

"Dapat panjat tak.??" Ujar Xiumin dalam keadaan wajah yang kini pelat dan merah padam kerana cuba menampung berat Kris dengan hanya menggunakan tangan kanannya sahaja.

Kris cuba memegang segala apa yang boleh di badan Xiumin untuk naik semula ke atas.

"Argh!! Kris, awak tarik rambut saya!"

"Maaf!" pekik Kris melepaskan semula pegangannya.

"Nanti." Xiumin cuba membetulkan kedudukannya dengan tangan kanannya kini berurat kerana mengeluarkan banyak tenaga. Ia mula terasa lenguh bagaimanapun tetap digagahkan agar Kris tidak terlepas dari genggamannya. Tidak semena-mena, akar-akar pokok keluar dari tanah di tempat Xiumin kini sedang bertiarap. Akar-akar itu mengeras betul-betul dekat dengan badan Kris.

"Panjat!"

Kris tidak membantah. Dia memanjat akar-akar itu dengan tangan kanannya masih memegang tangan Xiumin. Dia benar-benar tidak mahu jatuh ke dalam sungai yang berada di bawahnya itu.

"Wuoh." Xiumin mengurut-urut tangan kanannya yang kini terasa lenguh apabila Kris sudah berada di sebelahnya.

Kris tersengih memandang gelagat lelaki itu yang kini kelihatan merah padam dan jelas kelihatan kerana kulitnya yang putih. "Kenapa awak tak lepaskan je saya.? Sungai pun kat bawah tu. Bukannya batu."

"Saya masih ingat lagi bagaimana awak hampir lemas dalam laut dulu tu. Takkan saya nak lepaskan."

Kris tersentak mendengar kata-kata lelaki itu.

"Saya tak ada kuasa api untuk sembuhkan awak." ujar Xiumin lagi dengan wajah yang selamba.

Kris hanya tersenyum tawar kemudian bingkas bangun lalu melibas-libas seluarnya. "Terima kasih, Xiumin."

Xiumin hanya tersenyum turut bangun dari tempat duduknya. Kris terus membuka langkah untuk meneruskan perjalanan disusuli oleh Xiumin tanpa berkata apa-apa lagi.

"Bagus betul tempat yang Baekhyun tetapkan untuk kita ni." Kris menggerutu. "Sukar dijumpai."

Xiumin hanya ketawa mendengar kata-kata lelaki itu. "Kris..."

"Apa.?" Sahut Kris tanpa menoleh memandang Xiumin. Dia hanya memandang jalan di hadapannya kerana takut akan jatuh lagi.

"Boleh saya tanya satu soalan.??"

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now