Kongsi Kuasa

2.1K 183 13
                                    


Kesemua ahli puak Huruf itu bangun pada awal pagi bagi mempersiapkan diri mereka untuk memulakan perjalanan. Setelah Baekhyun memberikan peta kepada setiap kumpulan, mereka dilepaskan untuk bergerak. Pelbagai soalan dilontarkan pada lelaki itu bagi tidak menyulitkan keadaan semasa dalam perjalanan. Baekhyun sempat lagi memberi pesanan berjela-jela pada Kai yang ditugaskan untuk berjaga di markas. Kumpulan Chen, Tao dan Lay bergerak ke arah Utara. Kumpulan Luhan dan Sehun menuju ke Timur. Kumpulan Baekhyun, Suho dan Chanyeol pula bergerak ke Selatan, manakala kumpulan Kris dan Xiumin menuju ke Barat.

Chanyeol, Baekhyun dan Suho berjalan masuk ke dalam hutan itu sambil memandang sekeliling penuh berhati-hati. Masing-masing membawa beg galas yang mempunyai barang-barang keperluan mereka untuk tidak menyukarkan keadaan. Baekhyun menggenggam erat peta ditangannya.

"Baekhyun..."

Baekhyun menoleh memandang Suho.

"Pernah tak awak keluar dari markas sebelum ni.?" Tanya Suho serta-merta tanpa memberhentikan langkahnya.

Baekhyun mengerutkan dahinya. "Maksud awak.??"

"Maksud saya..." Suho bercakap sambil melihat laluan tempat dia berjalan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. "Kris dan Luhan kan pernah keluar untuk cari kami..."

"Oh." Baekhyun segera faham apa yang lelaki itu cuba tanya kemudian kembali melihat jalan yang dilaluinya. "Tak pernah."

"Kenapa.?" Tanya Suho lagi sambil memandang Chanyeol sekali imbas yang sibuk memandang sekeliling tempat itu seperti seorang pelancong. "Jadi ini adalah pertama kali awak keluar.?

"Ya. Setakat ni kami masih belum yakin untuk tinggalkan markas tu tanpa ada yang jaga." jawab Baekhyun. "Nak berharap pada Kyungsoo... Dia tak ada kemahiran untuk berlawan macam kami."

Suho hanya mengangguk-angguk.

"Kenapa tak awak je yang keluar dalam misi mencari hari tu.?" Chanyeol akhirnya bersuara. "Biar salah seorang daripada mereka pula yang tinggal."

Baekhyun tersenyum. "Kris dan Luhan lebih tahu dan kenal dengan dunia orang biasa. Lagipun mereka memang bersedia untuk menerima sebarang serangan. Mereka lebih sesuai untuk misi tu."

Chanyeol dan Suho tidak bersuara.

"Bila kita melangkah keluar dari markas..." Baekhyun bersuara lagi.. "Maknanya kita dah bersedia untuk diserang."

Serentak kedua-dua lelaki itu membesarkan mata memandang Baekhyun.

"Macam keadaan kita sekarang ni..." ujar Baekhyun.

"Tapi kami rasa tak bersedia lagi." Suho mula kelihatan risau sambil memandang sekeliling.

Baekhyun tersenyum sekali lagi. "Kamu dah bersedia. Kami dah boleh nampak kedudukan kamu semua."

Chanyeol dan Suho tidak membalas.

"Waktu kami mula-mula dapat kuasa kami dulu..." sambung Baekhyun. "Kris dan Luhan memang sangat gigih berlatih. Berlatih tanpa apa-apa guru pun. Sebab tu mereka hebat."

Serentak kedua-dua lelaki itu mengangguk.

"Tapi kan..." Suho memandang Baekhyun. "Kenapa Kris benci sangat pada Tao.? Takkanlah hanya disebabkan kuasa mereka berlawanan."

Baekhyun terdiam seketika. Dia tidak segera menjawab soalan itu membuatkan Suho dan Chanyeol berpandangan. Sepertinya soalan itu amat sensitif dan langsung tidak patut untuk diutarakan.

"Dia ada sebab yang kukuh jadi macam tu."

Serentak Chanyeol dan Suho terkedu memandang Baekhyun.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now