Kuasa Angin

2.8K 218 27
                                    


Hari berganti hari, terasa seperti sudah agak lama mereka menjadi pelajar di kolej sains antarabangsa itu.. Masa yang berlalu seperti air yang mengalir deras.. Sudah hampir seminggu sejak kejadian Jungkook tahu mengenai identiti Kris dan Luhan, akan tetapi lelaki itu benar-benar boleh dipercayai dan langsung tidak membuka mulut.. Malah, lelaki itu kini bersungguh-sungguh untuk membantu mereka dalam misi pencarian itu.. Dia telah berjaya mendapatkan beberapa senarai orang-orang yang dicurigai mempunyai kuasa seperti mereka.. Akan tetapi, hampir semua orang yang tersenarai bukan daripada kalangan mereka.. Ia hanya sifat pelik mereka sendiri..

Jungkook, Kris dan Luhan berjalan masuk ke dalam kolej itu seperti biasa.. Orang ramai kini sudah mula tidak peduli dengan mereka.. Jika sebelum ini, ke mana sahaja dua lelaki itu pergi, mereka pasti akan menjadi bahan bualan dan ejekan yang berpunca daripada Jay.. Jay juga sudah tidak terlalu menganggu mereka lagi.. Dia kini sudah mempunyai mangsa baru iaitu budak skema yang baru tahun pertama masuk ke situ..

"Hampir semua dari senarai tu kita dah siasat tapi ternyata mereka bukan lah orangnya.." Luhan mengeluh panjang..

"Tapi belum semua kan.." Jungkook bersuara cuba memberi semangat.. Dia kini kelihatan lebih bersemangat dari Luhan dan Kris..

Mereka memandang sekeliling agak pelik.. Tidak terlalu ramai pelajar di koridor itu.. Ia kelihatan agak lengang dari biasa..

"Mana semua orang.?" Tanya Kris masih memandang sekeliling..

"Ke kafe kot.." jawab Luhan turut memandang sekeliling..

"Oh, ya..." Jungkook memandang Kris dan Luhan silih-berganti.. "Setakat ni dah berapa orang yang kamu jumpa.?"

Kris dan Luhan berpandangan seketika..

"Belum ada sesiapa lagi.." beritahu Kris..

Jungkook tercengang mendengar kata-kata Kris.. "Belum ada.?? Habis kamu berdua pula macam mana boleh berjumpa.?"

"Kami memang berasal dari keturunan puak ni.." ujar Luhan..

"Puak.??" Ulang Jungkook..

"Kumpulan orang-orang yang ada kuasa seperti kami.." terang Luhan menghilangkan kekusutan pada wajah Jungkook..

"Habis tu mana yang lain.?" Tanya Jungkook lagi..

"Dah mati.." selamba Kris menjawab.. "Belasan tahun dulu puak kami dah terhapus.. Kami je yang tinggal.."

"Kamu ni puak apa sebenarnya.?" Jungkook masih lagi menyangka yang dia berada di dunia khayalan..

"Huruf.." ringkas jawapan Kris..

"Huruf.??" Ulang Jungkook lagi..

Kris dan Luhan hanya mengangguk-angguk..

"Abjad.??" Teka Jungkook lagi..

"Huruf je lah.." Luhan mendengus.. "Macam-macam pula awak teka.."

"Oh.." Jungkook menggaru-garu kepalanya..

"Dalam kalangan puak kami..." Kris bersuara.. "Hanya ada dua puluh enam orang sahaja yang mempunyai kebolehan seperti kami.. Ia mengikut huruf pada nama.."

Jungkook tercengang mendengar kata-kata Kris.. Kris dan Luhan menunjukkan parut di lengan masing-masing yang melambangkan huruf mereka..

Jungkook ternganga.. "Awak huruf L.. Dan awak pula huruf K.. Wow!"

"Kuasa kami berbeza-beza mengikut huruf.." sambung Kris lagi.. "Saya rasa awak dah tahu apa kuasa kami berdua.."

Jungkook hanya mengangguk-angguk.. Dia sudah melihat apa yang kedua-dua lelaki itu boleh lakukan..

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now