Kehilangan

1.8K 155 9
                                    



Kehilangan Kyungsoo benar-benar memberi impak yang amat besar kepada mereka. Salah seorang daripada penaung puak Huruf itu kini sudah tiada membuatkan keadaan menjadi lebih huru hara. Bahaya yang bakal mereka hadapi kini mula terasa. Perasaan takut mula menyelubungi mereka tidak seperti sebelumnya. Apa yang mereka pasti, ada penceroboh yang telah masuk ke situ dan ia adalah Tao. Kematian Kyungsoo yang kelihatan seperti lemas telah membuktikan segala-galanya.

Xiumin membuka pintu itu perlahan-lahan kemudian melangkah masuk ke bilik itu disusuli oleh Sehun dan Lay yang berada di belakangnya. Kelihatan Kai sedang baring di atas katilnya membelakangkan pintu. Esakan kedengaran jelas menunjukkan bahawa dia sedang menangis.

Baekhyun pula sedang duduk di sebuah kerusi di sudut paling hujung bilik itu sambil berpeluk tubuh dan mengelamun sendirian. Xiumin memandang Sehun dan Lay sekali imbas kemudian duduk di katil Baekhyun yang kosong sambil menarik nafas panjang. Kai bingkas bangun kemudian mengesat air matanya apabila sedar mereka datang.

"Awak okey, Kai.?" Lay segera mendekati kawan baiknya itu.

Kai hanya mengangguk tidak menjawab. Entah apa yang perlu dijawab pada soalan itu.

"Baekhyun..." panggil Xiumin.

Tiada sahutan yang diterima. Baekhyun langsung tidak bergerak dari kedudukannya. Xiumin memandang Sehun sekali imbas yang berada di sebelahnya. Mereka dapat merasakan itu bukan masa yang sesuai untuk bercakap dengan lelaki itu.

"Kamu rasa ni memang perbuatan Tao ke.?" Lay bersuara sambil berfikir seketika.

"Kalau bukan dia siapa lagi." Sehun menjeling ke arah lelaki itu.

"Kita tak nampak apa-apa kan.?" Lay bersuara lagi. "Boleh jadi itu orang lain... Kita tak boleh buat spekulasi..."

"Tak cukup bukti lagi ke awak tak nak tuduh Tao.?!!"

Serentak semua orang terdiam. Baekhyun kini sudah berdiri menghadap mereka dengan wajah bengang.

"Kenapa susah sangat awak nak percaya ini perbuatan dia.??" Baekhyun merenung Lay tajam dengan mata birunya.

"Saya bukan tak nak percaya tapi..." Lay menelan air liurnya memandang lelaki itu. "Saya pun tak tahu."

"Dengar ni..." Baekhyun merenung mereka satu-persatu. "Ini adalah hakikat. Walaupun Tao adalah salah seorang daripada kita... Kita kena jadikan dia sebagai musuh tak kira macam mana pun."

Tiada seorang pun yang bersuara.

"Itu saja caranya yang kita ada sekarang." tambah Baekhyun. "Membunuh... Atau pun dibunuh."

"Kita dah kehilangan seorang penaung." gumam Sehun. "Tak tahu apa akan jadi lepas ni."

"Jangan pernah bergantung pada penaung." Baekhyun kembali duduk membelakangkan mereka. "Kami tak semestinya dapat bertahan."

"Tapi kami pun baru dalam perkara ni." Kai bersuara perlahan.

"Kita belum tahu apa yang akan terjadi." ujar Baekhyun. "Boleh jadi kamu akan menjadi penaung selepas ini."

Semua orang terdiam tidak bersuara.

"Dengar ni..." Baekhyun cuba menenangkan dirinya. "Saya dah buntu. Apa nak buat sekarang ni pun saya dah tak tahu."

Sehun, Xiumin, Lay dan Kai hanya merenung lelaki itu.

"Kami tak boleh sentiasa berdiri di hadapan kamu dan memberi arahan setiap masa." sambung Baekhyun lagi. "Kamu kena bijak bertindak sendiri. Sekarang kita dah tak boleh tunggu apa-apa lagi."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now