Ketua Terakhir

1.9K 158 18
                                    


Detik demi detik kian berlalu. Sehun duduk di atas sebuah batu besar yang sudah hancur di kawasan tempat mereka selalu berehat iaitu ruangan makan mereka sambil tunduk ke lantai. Fikirannya amat bercelaru pada ketika itu. Dia langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Xiumin hanya duduk di sebelahnya diam membisu. Lelaki itu juga seperti tidak bermaya lagi. Rasa ingin putus asa ada juga. Tapi mengenangkan rakan-rakan mereka yang lain sudah mati dalam pertempuran itu, apa guna mereka terus hidup jika perang belum terhenti.

Chen dan Chanyeol pula duduk bergandingan. Tangisan mereka tidak berhenti. Luhan semakin kalut. Dia tidak tahu lagi apa yang harus dikatakan. Kini, hanya tinggal dia seorang lagi penaung yang masih tinggal.

Keadaan mereka kini kelihatan kusut masai. Kesan darah kelihatan di baju dan kulit mereka akan tetapi segala luka mereka sudah diubati oleh Luhan menggunakan kuasa yang dia dapat dari Kyungsoo.

"Macam ni lah yang kamu rasa dulu."

Serentak semua orang memandang Sehun. Lelaki itu kini sedang memandang Luhan. "Macam mana pertempuran yang kamu alami dulu. Tak hairan lah kamu takut sangat."

Luhan tersengih tiba-tiba. "Macam ni lah."

"Dah agak lama." gumam Xiumin dalam keadaan tunduk. "Apa sahaja berlaku selepas ini... Kita tak boleh nak elakkan lagi."

Tiada seorang pun bersuara. Semua orang kini sudah tidak ada pilihan lain. Hanya itu pilihan mereka. Teruskan berperang.

"Saya cuma nak cakap..." Xiumin bersuara lagi. "Saya bangga menjadi salah seorang dari puak ni."

Luhan pantas merenung lelaki itu.

"Walaupun pengakhirannya tak seperti yang saya harapkan." sambung Xiumin.

"Kalau misalnya..."

Semua orang kini berpaling memandang Luhan.

"Ditakdirkan kamu berempat pula jadi penaung macam kami..." Luhan bersuara seperti kelihatan terdesak. "Saya harap kamu buat sehabis baik. Jangan jadi macam kami."

Chanyeol tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya rasa kamu ada penaung yang terbaik."

Pandangan mereka kini beralih pula ke arah Chanyeol.

"Saya adalah orang pertama yang bersama kamu." Chanyeol bersuara lagi. "Memang lah kekok. Tapi bersama orang yang ada kebolehan sama macam saya... Ibarat saya dah jumpa identiti saya yang sebenar."

"Penaung Huruf." Sehun yang bersuara sambil tersenyum sendiri membuatkan semua orang memandangnya. "Lain-lain perangai kamu berempat."

Luhan tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.

"Kris... Dengan sifat panas barannya." Sehun merenung tangannya yang ada banyak kesan darahnya sendiri yang sudah kering dan melekat. "Kyungsoo... Lemah-lembut sangat. Baekhyun pula suka sangat bergurau." Sehun memandang Luhan. "Dan awak pula sentiasa menyelamatkan keadaan."

"Kita dah macam keluarga." celah Chen. "Tak ada sebab nak menyesal. Sama-sama sampai habis walau apa pun nasib kita."

Semua orang mula berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum puas. Walaupun maut bakal berada di hadapan mata mereka, entah kenapa mereka sudah tidak berasa takut lagi. Mereka rasa bahagia dalam keadaan seperti itu.

"Satu je yang saya nak pesan." Luhan memandang mereka satu-persatu. "Kalau misalnya kamu semua terselamat..."

Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen merenung lelaki itu.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now