Perang

1.7K 161 20
                                    


Fajar terbit menyinari pagi yang terasa suram itu. Terasa seperti sekejap sahaja masa berlalu, bulan sudah pun digantikan dengan matahari. Setiap detik berjalan seperti air tanpa menunggu sesiapa. Masa yang menjadi taruhan mereka kini sudah tiba. Pelindung tempat itu akan terbuka pada tarikh 29 Februari. Dan tarikh itu sudah pun menjelang. Hari itu sudah pun tiba.

Luhan kini sedang berdiri di atas sebuah batu besar yang terletak di atas bukit betul-betul di sebelah bendera merah yang sering menjadi pertaruhan mereka ketika sedang bermain. Dia berdiri seorang diri sambil menghadap matahari seolah-olah sedang menunggu seseorang akan datang kepadanya. Dari semalam dia langsung tidak melelapkan mata. Baginya, tidur sudah tiada erti lagi.

"Ada petanda yang tak baik.?"

Luhan tidak menoleh apabila mendengar pertanyaan itu. Baekhyun yang sedang berdiri di belakangnya mendekati lelaki itu perlahan-lahan. Dia juga melakukan hal yang sama dengan Luhan. Berdiri menghadap matahari dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Setakat ni belum ada." Luhan menarik nafas panjang.

"Awak tak tidur langsung kan.?"

Luhan tersenyum sedikit mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya langsung tak mengantuk."

"Sekurang-kurangnya tidur lah." Baekhyun turut tersenyum. "Mungkin buat kali yang terakhir."

Luhan hanya tersenyum tidak membalas.

"Kalau kita tak jumpa lagi lepas ni..." Baekhyun memandang lelaki itu. "Jangan lupa saya pula."

Luhan tersengih. "Malas saya nak ingat awak."

"Amboi..." Baekhyun menjeling tajam ke arah lelaki itu dengan mata yang dirasakan mula berkaca. "Sampai hati betul."

Luhan hanya ketawa. "Awak tahu tak... Dulu waktu kita mula berkawan masa kecil tu... Saya ingatkan awak suka dengan Kyungsoo."

Baekhyun tergelak mendengar kenyataan lelaki itu.

"Saya dan Kris ingat awak nak bermain dengan kami sebab ada Kyungsoo. Kami pun mula lah buat andaian."

"Awak dan Kris syak macam tu sampai kita dah meningkat remaja pun kan.?" Baekhyun memandang lelaki itu. "Awak berdua asyik tanya saya soalan yang sama. Naik muak saya nak menjawab."

Luhan hanya ketawa.

"Saya gembira dapat jumpa kamu."

Kata-kata Baekhyun yang kini sudah bertukar sayu membuatkan Luhan terdiam semula. Cepat sahaja masa berlalu.

"Luhan... Baekhyun..."

Serentak kedua-dua mereka menoleh. Kelihatan Xiumin, Sehun, Lay, Kai, Suho, Chen dan Chanyeol berdiri memandang mereka dengan wajah yang bercampur baur perasaannya.

"Kita kena buat persediaan ke.?" Tanya Chen.

Luhan menarik nafas panjang kemudian segera memandang Baekhyun yang sudah sedia memandangnya. Baekhyun mengangguk-angguk tidak berkata. Dia kini tunduk di lantai tanpa tujuan.

"Macam ni lah..." Luhan mendengus perlahan kemudian kembali merenung kawan-kawannya itu satu-persatu. "Saya cakap benda ni sekali je. Jadi dengar baik-baik apa yang saya nak kata."

Semua orang mula fokus memandang lelaki itu dan bersedia untuk menerima apa sahaja arahan daripadanya.

"Kalau kamu nak tarik diri... Saya benarkan."

Serentak semua orang terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.

"A... Apa.?"

Mereka beralih memandang Baekhyun yang berdiri di sebelah lelaki itu tidak bersuara. Lelaki itu hanya tunduk memandang batu-batu kecil yang ditendangnya. Perasaannya pada ketika itu berusaha ditahan.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now