Kuasa Cahaya

2.5K 219 8
                                    


Luhan meregang-regangkan otot lehernya yang terasa sakit.. Sudah berapa jam dia menghadap komputer ribanya itu untuk mencari maklumat.. Chanyeol turut menghadap komputer riba miliknya sendiri bagi membantu Luhan.. Kris hanya duduk kebosanan.. Dia memang tidak tahu bagaimana hendak menggunakan peralatan canggih untuk mencari maklumat dan dia memang tidak mahu melakukan kerja itu.. Rumah sewa mereka itu juga kelihatan suram tanpa sebarang yang boleh menceriakan bila dipandang..

"Awak rasa betul ke salah satu daripada puak huruf ada di sini.?" tanya Chanyeol ketika menyuapkan kekacang yang dibeli ke dalam mulutnya..

"Dengar cerita budak Jimin tu.... Saya pasti ada satu di sini.." jawab Kris.. "Walaupun banyak sangat andaian mengarut yang dia buat.."

"Tapi kamu rasa siapa yang membunuh.?" tanya Chanyeol lagi..

"Saya tak pasti.. Tapi saya yakin orang yang menyelamatkan Jimin tu adalah salah seorang daripada huruf.." Luhan mencelah..

Tiba-tiba sahaja kedengaran satu bunyi seperti bergerak-gerak dari atas meja di belakang sofa betul-betul di tempat Kris duduk.. Satu cahaya menerangi bilik itu menyebabkan Kris segera mencapai beg sandangnya itu lalu mengeluarkan satu kotak keperakan yang sentiasa diperiksanya.. Chanyeol dan Luhan hanya mampu memandang sambil mengecilkan mata akibat kesilauan..

Perlahan-lahan Kris membuka kotak keperakan itu dan mencapai seutas rantai yang kini sedang bercahaya.. Rantai berbuah huruf 'Q' itu bertukar menjadi debu dan hilang serta-merta.. Kris dan Luhan segera mendengus perlahan..

"Kita dah terlambat lagi.." keluh Kris..

Luhan hanya mampu menarik nafas panjang..

"Okey.." Chanyeol agak kebingungan sambil tercengang memandang apa yang terjadi.. Dia mengenyit-ngenyitkan matanya yang terasa perit akibat kesilauan cahaya tadi.. "Apa maksudnya tu.?"

Serentak Kris dan Luhan memandang Chanyeol.. Mereka baru perasan bahawa itu adalah pertama kali Chanyeol melihat kemusnahan rantai itu dan mereka juga belum memberitahu dia mengenai hal itu..

"Rantai ni..." Kris menunjukkan rantai yang tergantung dilehernya.. "Adalah seperti kita.."

Chanyeol mengerutkan dahinya.. "Maksudnya.??"

"Jika kita mati... Ia juga akan turut musnah.."

Chanyeol agak terkejut kemudian memandang kalungnya seketika lalu memandang kotak keperakan yang berada ditangan Kris.. "Jadi maknanya...."

Kris dan Luhan hanya mengangguk-angguk sebelum sempat Chanyeol menghabiskan kata-katanya..

Tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang amat kuat bergema dari luar menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu terkejut lalu berpandangan sesama sendiri..

"KUNCI SEMUA RUMAH KAMU!!!"

Satu suara kedengaran menjerit di luar disusuli dengan bunyi derapan pintu dan tingkap yang direntap kuat dari segenap arah.. Chanyeol, Luhan dan Kris tersentak lalu berlari ke tingkap untuk melihat apa yang terjadi.. Semua orang berlari kelam-kabut masuk ke dalam rumah dan menutup semua rumah mereka.. Tidak sampai beberapa minit kemudian, jalan raya dan kawasan perumahan itu jadi sunyi.. Tiada seorang manusia pun yang kelihatan.. Hanya kedengaran bunyi dentuman dan tembakan yang entah dari mana.. Ia kini seperti taman perumahan yang bakal dirobohkan tidak lama lagi..

"Apa dah berlaku.?" Chanyeol kebingungan..

"Tengok tu!"

Serentak Luhan dan Chanyeol menoleh.. Kris kini menuding ke arah satu tempat di mana cahaya kemerahan sedang berlegar-legar di udara..

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now