Kuasa Pasir I

2.4K 211 11
                                    

Keadaan di Bandar itu tidak sama seperti yang mereka sangkakan.. Hujan turun mencurah-curah tidak berhenti.. Jika hujan tidak lebat, ia pasti renyai-renyai..Tempat itu sentiasa basah dengan air hujan.. Mereka kini sudah dua hari duduk di situ setelah berpindah dari pekan sebelum ini.. Suho turut bersama mereka setelah berjam-jam mereka meyakinkan lelaki itu sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kuasa mereka.

Kris menyelak langsir tingkap itu kemudian memandang sekeliling.. Hujan masih turun dengan lebat tidak berhenti membuatkan dia mendengus kuat.. "Aish! Kenapa hujan tak pandai berhenti ni.?!"

Suho yang sedang makan kerepek hanya memandang Kris.. Chanyeol pula buat-buat tidak tahu, manakala Luhan hanya tersengih melihat perangai Kris yang tidak senang duduk sejak mereka di situ.. Lelaki itu asyik menyumpah seranah dan mengomel mengenai tempat itu kerana hujan tidak berhenti..

"Memang cuaca kat kawasan ni, Kris.." beritahu Chanyeol.. "Apa lagi yang kita boleh buat.?"

Kris mengetap giginya kegeraman kemudian duduk semula di atas sofa.. "Menyampah betul!!"

"Saya tahu lah awak paling tak suka hujan.." sindir Luhan.. "Tapi cuba lah bertenang sikit.. Bukannya hujan dalam rumah ni pun.."

Kris memandang Luhan geram.. Hendak saja dia menarik rambut lelaki itu lalu menghentakkan kepalanya di lantai.. "Saya tahu lah awak paling suka hujan sebab senang nak uji kuasa awak tu!"

"Hello!" Luhan membalas sambil memetik jarinya di hadapan muka Kris.. "Memang lah hujan.. Tapi tak ada petir pun.."

Kris hanya mampu mendengus tidak berhenti.. Chanyeol hanya menarik nafas panjang tidak mahu pertengkaran mereka diteruskan lagi.. Silap-silap mereka bergaduh dengan menembakkan kuasa sesama sendiri..

"Bertenanglah.." sampuk Suho masih lagi mengunyah kerepek yang dipegangnya.. "Hujan je pun.."

Kris merenung Suho tajam seolah-olah dia boleh mengeluarkan kuasa apinya melalui mata dan membakar lelaki itu..

"Maaf.." ucap Suho apabila teringat Kris berkuasa api.. "Lupa pula.."

"Kenapa lah salah seorang dari kita tinggal di sini.??" Kris masih tidak puas hati kemudian memandang Luhan.. "Awak pasti ke dia di sini.? Ke awak salah tengok.? Sampai kita terpaksa tinggal kat sini.."

Luhan mendengus perlahan.. "Setakat ni kat sini je yang saya boleh cakap ada, wahai Encik Kris.."

"Macam mana saya nak keluar cari dia dalam keadaan hujan macam ni.?!" Bentak Kris..

"Dahlah.. Kalau awak tak nak keluar biar kami je yang mencari.." ujar Suho cuba menyenangkan hati lelaki itu..

Kris tidak membalas sebaliknya mendengus kuat sambil berpeluk tubuh.. Dia kini bersandar tidak bergerak..

"Dah jumpa maklumat.?" Chanyeol memandang Luhan.. Dia sudah penat mendengar rungutan Kris yang seperti tiada kesudahan..

Luhan masih lagi menghadap komputer ribanya.. "Saya cari maklumat mengenai dia dulu.."

"Ada berapa orang lagi yang kita kena cari.?" tanya Suho..

"Kesemua huruf yang masih hidup.." jawab Luhan selamba..

"Hidup.?? Apa maksud awak.?" Suho mengerutkan dahinya.. "Ada yang dah mati ke.?"

Luhan hanya mengangguk-angguk membuatkan Suho terlopong lalu membesarkan matanya kemudian memandang Kris yang masih lagi duduk diam berpeluk tubuh dan Chanyeol yang hanya membalas pandangannya tidak memberi apa-apa reaksi..

"Mereka dibunuh ke atau apa.?" Suho kembali memandang Luhan..

Luhan menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan.. Suho terdiam seketika.. Baru dia faham kenapa mereka berusaha mencarinya sebelum terlambat..

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now