Si Lelaki Penyembuh

1.7K 155 20
                                    


Kris berdiri di atas batu besar itu seorang diri sambil cuba menenangkan dirinya. Ombak kuat bergelora di bawahnya langsung tidak dipedulikan. Dia tiba-tiba sahaja teringat serta-merta sewaktu dia dan Tao cuba berbaik. Tao mengajaknya terjun ke dalam laut itu bagi mengawal dirinya. Dan kini, lelaki itu sudah ditangkap dan entah apa yang jadi dengannya. Sama ada dia kini sudah mula berpaling dan mengkhianat, atau sebaliknya. Tiada siapa yang tahu apa-apa.

"Kris..."

Kris segera menoleh pantas apabila terdengar sapaan itu. Kelihatan Xiumin sedang berdiri tegak di belakangnya. Kris kembali memandang ke hadapan. "Ada apa, Xiumin.?"

Xiumin berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu sambil memandang ke arah laut. "Awak okey ke.?

Kris tidak menjawab. Itu adalah soalan yang paling dia tidak suka untuk menjawab. Dia tahu Xiumin dapat meneka jawapannya.

"Sekarang dah ada tanda." ujar Kris sambil menarik nafas panjang. "Tinggal tunggu masa je lagi."

Xiumin tidak bersuara. Dia hanya mampu memandang ombak yang kini sedang bergelora.

"Nak tak nak... Saya kena berhadapan dengan mereka." Kris bersuara lagi. "Sama ada Tao atau pun perempuan tu."

"Tak boleh ke kalau saya..."

"Tak!" pintas Kris.

Xiumin segera terdiam. Dia tahu.Walau apapun terjadi Kris tidak akan pernah mengubah pendiriannya.

"Ini janji saya dari dulu lagi, Xiumin." Kris memandang lelaki itu. "Kamu kena uruskan perkara lain."

Xiumin tidak bersuara.

"Saya boleh rasa apa yang Tao boleh buat." ujar Kris. "Sejak mula-mula jumpa dia pun kuasa dia dah kuat."

"Awak penaung puak ni, Kris." Xiumin bersuara perlahan. "Awak kena terus bersama puak ni."

Kris tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya memang penaung... Tapi buat masa sekarang ni je."

Xiumin mengerutkan dahinya memandang Kris. Kenyataan itu tidak sedap untuk didengar.

"Setiap penaung puak ni akan berubah mengikut peringkatnya." Kris membalas pandangan lelaki itu dengan wajah yang selamba. "Boleh jadi lepas ni kamu pula jadi penaung."

"Kenapa pula.?" Tanya Xiumin.

"Sesiapa saja yang hidup lepas ni..." Kris bersuara sambil menarik nafas panjang. "Dia lah penaungnya."

"Awak ada kan.??" Xiumin merenung lelaki itu penuh harapan. "Baekhyun, Luhan... Kyungsoo..."

"Tak semestinya penaung akan mampu bertahan, Xiumin."

"Tapi kamu semua hebat." balas Xiumin kelihatan terdesak. "Mustahil untuk kamu tak mampu bertahan."

"Xiumin..." Kris merenung lelaki itu. "Awak kena tahu... Sebelum ini semua puak Huruf ada tapi kenapa puak ni boleh musnah.?"

Xiumin terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

"Jangan berharap pada sesuatu yang belum pasti." Kris bersuara perlahan. "Banyak benda yang kita tak tahu akan jadi."

"Kris!!"

Serentak Kris dan Xiumin menoleh. Kelihatan Lay berdiri tercungap-cungap memandang mereka.

"Ada apa.?" tanya Kris agak pelik.

"Kyungsoo."

"Kenapa dengan Kyungsoo.?" Kris mula rasa tidak sedap hati. Dia merenung lelaki itu tajam.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now