Kristal Biru

2K 160 18
                                    


Tanpa disedari, sudah menjelang hari kedua mereka semua berada dalam misi mencari. Setiap kumpulan masih lagi dalam usaha cuba menjejaki bebola kristal mengikut laluan tugas masing-masing yang diberikan. Setakat ini, masih belum ada apa-apa yang bahaya menimpa mereka.

Kyungsoo kini sedang menghidangkan sarapan pada pagi itu untuk dia dan Kai kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada di markas pada ketika itu. Sejak semua orang bertolak kelmarin, rasa kekok mereka langsung tidak berkurang. Selalunya Baekhyun yang akan menemankannya di situ. Kali ini, Baekhyun melepaskan tugasnya pada lelaki itu yang baru sahaja dikenali. Kelihatan Kai yang baru selesai mandi mengeliat sambil meregang-regangkan badannya sebelum duduk di meja makan.

"Selamat pagi!!" sapa Kyungsoo sambil tersenyum manis seperti biasa lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Kai.

"Selamat pagi." Kai turut tersenyum.

"Sarapan dulu."

Kai hanya mengangguk-angguk dan mula makan makanan yang dihidangkan oleh lelaki comel itu. Semua makanan itu cukup menyelerakan buatnya. "Pandai betul awak masak."

"Saya belajar dari Baekhyun."

Kai membesarkan matanya memandang lelaki itu. "Baekhyun??"

Kyungsoo mengangguk-angguk. Senyumannya langsung tidak pernah pudar. "Baekkie memang pandai masak dari kecil."

"Wow..." Kai kelihatan teruja.

"Tu yang saya belajar dari dia." ujar Kyungsoo. "Dia pula belajar dari ibu dia. Memang rajin belajar budak tu."

Kai hanya mengangguk-angguk kemudian mula memandang Kyungsoo. "Kyungsoo..."

"Ya.??" Kyungsoo turut membalas pandangan lelaki itu.

Kai mencapai roti bakar yang ada di hadapannya kemudian menggigit roti itu. "Kenapa awak selalu tinggal.?"

"Hah.??" Kyungsoo mengerutkan dahinya kurang faham. "Tinggal.?? Maksud awak.?"

"Erm... Maksud saya..." Kai cuba menyusun ayat. "Kris, Luhan dan Baekhyun selalu keluar untuk satu misi. Sedangkan kamu berempat adalah penaung." Kai memandang lelaki itu. "Kenapa awak tak ikut.? Adakah tugas awak memang menjaga markas ni.?"

Kyungsoo segera tersenyum memandang Kai. "Bukan macam tu tapi... Saya tak boleh keluar."

Kai mengerutkan dahinya. "Tak boleh keluar.?? Kenapa pula.?"

"Saya tiada kuasa yang boleh melawan macam kamu, Kai..."

Kai tidak membalas.

"Awak boleh membekukan kuasa orang..." Kyungsoo bersuara lembut. "Chen boleh guna pasir. Lay boleh tembak orang dengan matanya. Suho boleh keluarkan cahaya. Xiumin boleh guna akar..." Kyungsoo merenung Kai. "Chanyeol boleh keluarkan angin... Sehun boleh keluarkan panah..."

Kai masih membisu.

"Tao boleh guna air... Baekhyun boleh berubah menjadi banyak." sambung Kyungsoo.. "Kris boleh membakar orang... Dan Luhan ada kesemuanya." Kyungsoo tersenyum. "Tapi kuasa saya langsung tidak boleh melawan."

Kai mengangguk-angguk.

"Saya hanya boleh menyembuhkan orang." tambah Kyungsoo. "Sebab tu Kris dan Luhan selalu suruh saya tinggal di sini. Sekurang-kurangnya tempat ini dilindungi. Dan Baekhyun pula orang yang selalu menjaga saya. Kalau saya ikut juga, keadaan akan menjadi rumit kerana mereka perlu lindung saya lagi."

Kai tersenyum sambil melirik ke arah lelaki itu. "Nampaknya Baekhyun bersungguh-sungguh menjaga awak."

Kyungsoo turut tersenyum. "Dia pelindung saya. Mungkin sebab Kris dan Luhan lebih arif dalam misi lain."

Huruf (EXO Version) ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum