Permulaan I

4.6K 278 23
                                    

Bab 1


Dentuman bunyi guruh jelas kedengaran seolah-olah satu letupan telah berlaku di sekitar kawasan itu. Ia bergema di setiap sudut ruang rumah kayu itu. Kilat sabung-menyabung tidak berhenti sejak menjelang malam itu. Hujan lebat juga tidak berhenti membasahi bumi sejak petang tadi. Kedinginan amat terasa seolah-olah salji telah turun di negara yang tidak bermusim itu.

Luhan membuka matanya perlahan-lahan kemudian memandang sekeliling. Dia kini sedang bersandar di sebuah sofa berdekatan sebuah unggun api yang tersedia di sebuah ruang bertentangan dengannya. Dia menggosok mukanya dengan kedua-dua tapak tangan yang agak berpeluh walaupun suhu di situ amat sejuk.

Terasa baru beberapa minit dia melelapkan matanya tadi. Tragedi lima belas tahun dulu masih lagi berlegar difikirannya. Tragedi yang sering menghantuinya. Percaya atau tidak, itulah kenyataan yang harus dihadapainya. Dia merenung seketika parut yang berada di lengan kanannya yang seolah-olah dirasakan terbakar sebentar tadi. Parut yang berbentuk ukiran satu huruf iaitu huruf 'L'.

Lelaki berkulit putih melepak itu menarik nafas panjang kemudian mencapai secawan kopi yang terletak di atas meja sejak tadi dan kini sudah hilang kehangatannya. Kopi itu dibuat dengan air yang baru sahaja masak dengan panas menggelegak sengaja dibuat untuk menghilangkan mengantuknya yang sukar ditahan.

Akan tetapi, dia langsung tidak dapat menahan dirinya daripada terlelap dan kopi itu langsung tidak membantunya. Dia terus meneguk kopi itu sehingga habis. Baginya, kopi itu tidak berfungsi dengan baik kerana dia tetap tertidur walau sebentar sahaja. Rumah yang terpencil itu terasa sunyi sekali kerana jauh dari kawasan bandar dan terletak di pedalaman. Di kiri dan kanannya langsung tiada rumah. Yang ada hanya lah hutan belukar.

Rumah yang paling dekat pun terletak lebih kurang lima kilometer dari situ. Rumah itu diperbuat daripada papan yang kukuh bagaimanapun agak nipis untuk menghalang bunyi guruh yang kuat untuk bergema. Disekelilingnya hutan gelap menyelubungi. Terasa seperti rumah itu hendak roboh akibat angin kencang itu.

Lelaki itu mengelamun sendirian sambil merenung unggun api yang langsung tidak hidup apinya itu. Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya. Perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang, begitu juga dengan perkara yang berlaku pada masa lalu.

Perkara yang dia langsung tidak mahu fikirkan bagaimanapun harus difikirkan walaupun dia tidak mahu. Dia masih lagi menghayal sebelum pintu depan rumah itu direntap dengan kuat oleh seseorang seolah-olah ada serbuan berlaku di situ.

Luhan segera menoleh untuk melihat siapa yang datang dengan tangan kanannya dihalakan ke arah pintu itu. Seorang lelaki berambut perang yang mana rambutnya sedikit basah dan kusut hanya merenungnya sambil mengangkat kening.

"Awak rupanya, Kris." Luhan menarik nafas lega kemudian menurunkan semula tangannya.

Lelaki bernama Kris itu tidak membalas sebaliknya hanya melangkah masuk ke dalam setelah menutup pintu sambil tercungap-cungap seperti baru habis berlumba lari marathon tanpa henti. Dia meletakkan beg sandangnya yang agak basah akibat terkena hujan di atas meja berdekatan.

"Ada apa-apa berita.?" tanya Luhan yang dari tadi hanya menyoroti setiap pergerakan yang Kris lakukan tanpa sebarang tujuan.

"Tiada." jawab Kris tanpa melihat wajah lelaki itu. Dia sedang sibuk membuka jaketnya lalu terus menyangkut di sebatang paku yang terlekat di dinding. "Awak.?"

"Berita baik." selamba Luhan menjawab lalu memandang semula ke arah cawan kopi yang diletakkan di atas meja di hadapannya itu.

Kris menoleh pantas memandang Luhan. Lelaki itu hanya mengangkat keningnya sambil mengangguk.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now