Kuasa Yang Tidak lengkap

2.3K 196 13
                                    


Chanyeol, Luhan dan Kris duduk di dalam khemah mereka sambil berehat setelah makan malam bersama orang kampung di situ.. Chen dan Suho turut bersama mereka.. Mereka kini sedang melakukan hal masing-masing.. Suho masih lagi dengan telefon bimbitnya, Chanyeol dan Luhan hanya duduk berdiam diri, manakala Chen pula seperti tidak senang duduk.. Dia tidak tahu hendak berbuat apa di situ.. Kris pula masih sibuk mengemas kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana sahaja mereka pergi.. Satu lagi daripada rantai berhuruf yang berada di dalam kotak keperakan itu musnah.. Musuh mereka kini sudah menjumpai orang yang berhuruf 'F' dan mereka terlambat lagi..

Luhan segera menghalakan tangan kanannya yang memang sudah menjadi tabiatnya sejak dulu lagi sebagai persediaan untuk apa-apa sahaja apabila langsir pintu khemah mereka diselak tiba-tiba..

"Bertenanglah.." ujar Tao agak ketakutan sambil mengangkat tangannya.. "Ini saya.."

"Jangan lah main buka macam tu je!" marah Kris..

"Maaflah.." Tao menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Kris..

"Dahlah tu, Kris.." Luhan memandang Kris cuba mengisyaratkan supaya lelaki itu berlembut sedikit..

"Saya cuma nak beritahu yang mereka...."

Belum sempat Tao menghabiskan kata-katanya, langsir pintu khemah itu diselak lagi.. Jaebum dan Jackson muncul di situ..

"Hei, jomlah! Malam ni ada pesta!" ajak Jaebum dengan nada yang agak teruja dan senyuman lebarnya..

"Pesta.??" Ulang mereka semua serentak kecuali Tao yang hanya memandang mereka silih-berganti..

Jaebum hanya mengangguk-angguk.. "Jom!"

Kesemua mereka tidak membantah.. Serentak Chanyeol, Suho, Kris, Luhan dan Chen bangun dari katil masing-masing lalu keluar dari khemah itu.. Kelihatan suasana di luar itu riuh rendah dengan gelak tawa, nyanyian dan sebagainya..

"Patutlah bising sangat dari tadi.." ujar Suho sambil memandang suasana di luar khemah itu..

"Acara apa pula ni.?" tanya Chanyeol..

"Ia memang diadakan setiap awal bulan.." beritahu Jaebum yang mendongak sedikit kerana Chanyeol lebih tinggi darinya..

"Untuk apa.?" Tanya Chanyeol lagi..

"Tiba masanya untuk acara wajib pesta ini... Acara memanah!!" lelaki yang menjadi pengadil semasa perlawanan pedang tadi bersuara dari satu pentas menyebabkan soalan Chanyeol terbiar begitu sahaja.. "Kita persilakan wira kampung kita iaitu Oh Sehun untuk memanah lima biji buah epal yang di sediakan.."

Kelihatan Sehun berjalan naik ke atas pentas itu.. Semua orang mula bersorak-sorak seolah-olah akan diadakan satu perlawanan lagi di situ.. Sehun mencapai busur panah yang diletakkan di situ.. Dia mencapai satu anak panah lalu menembak epal yang berada di atas sebatang kayu dan paling hujung sebelah kanan di dalam kedudukan lima biji epal itu.. Anak panah itu kena tepat di epal itu.. Kedengaran semua orang bersorak dan menjerit yang amat membingitkan telinga..

"Adakah dia lebih hebat memanah dari awak.?" bisik Kris kepada Luhan dengan nada menyakat..

"Memanah pun dia hebat ke.?" tanya Chanyeol tidak percaya sambil merenung Luhan tajam..

"Kris... Jangan nak mengada-ngada boleh tak.?!" bentak Luhan.. Dia tidak mahu Kris mengenakannya seperti siang tadi.. Tidak pasal-pasal tangannya terasa sakit kerana dipulas..

Sehun mengambil satu lagi anak panah dalam keadaan yang tenang lalu menembak ke arah epal yang berada di hujung sebelah kiri itu.. Seperti tadi juga, ia kena tepat ke arah epal itu..

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now