Kuasa Panah

2.5K 211 17
                                    


Suho berjalan-jalan di tepi sungai besar yang berada jauh sedikit di dalam hutan dan sedikit jauh dari kampung itu. Chanyeol dan Chen pula sedang berkayak keseronokan di sungai itu sambil menyanyi-nyanyi riang gembira. Tao kini sedang berendam di dalam sungai itu kerana dia amat sukakan air. Sudah hampir dua jam dia berada di dalam air itu tidak timbul. Dia juga boleh bernafas di dalam air dan berasa tenang di situ. Luhan pula hanya menemankan Kris duduk di sebuah pondok yang mana lelaki itu sudah tidak senang duduk dari tadi.

"Kenapa lah kamu suka sangat dengan air ni?!" bentak Kris. Badannya kini kelihatan hampir berasap. Mukanya merah padam. Wajahnya sentiasa berkerut dan kelihatan bengis.

Luhan tersengih memandang lelaki itu. "Kris... Kalau awak tu bukan berkuasa api, awak pun mesti suka dengan air juga."

Kris menjeling tajam ke arah Luhan. Mahu saja dia menumbuk muka lelaki itu bagaimanapun cuba ditahan. Dia juga berharap Luhan dapat faham bagaimana keadaan orang yang hanya berkuasa api.

"Kris." panggil Luhan yang kini sudah berdiri sambil melakukan senaman ringan seketika.

"Awak nak ke mana pula?" Tanya Kris serta-merta apabila melihat keadaan Luhan yang ingin beredar.

"Saya nak pergi jalan-jalan dulu kat dalam hutan."

"Nak buat apa??" Kris membesarkan matanya memandang lelaki itu. "Nanti awak sesat pula!"

Luhan mendengus perlahan. "Tak mungkin lah."

"Awak tak nampak ke hutan tu tebal sangat?" Kris masih lagi membantah dengan wajah yang serius.

"Kris... Kita mesti cari petunjuk." balas Luhan. "Kalau tak... Sampai tahun depan pun kita tak dapat jumpa apa-apa."

"Yalah." Kris mengalah kemudian mendengus kuat.

Luhan segera berjalan keluar dari pondok itu.

"Lebih baik awak tanya orang kampung kat sini kalau mereka ada simpan peta kawasan ni." cadang Kris masih tidak puas hati. "Sekurang-kurangnya tahu juga awak jalan nak balik."

"Awak ni!!" Luhan menggerutu. "Takkan lah mereka ada peta pula."

"Eh, awak jangan main-main..." Kris bersuara. "Kampung-kampung sekarang ni pun dah moden tahu."

Luhan mendengus kuat dan terus berlalu pergi sambil menggelengkan kepalanya. Dia dapat merasakan dia akan menjadi gila jika terlalu lama bercakap dengan Kris di situ. Perlahan-lahan dia berjalan melintasi Suho yang sedang seronok bermain air ditebing sungai hanya dengan kakinya.

"Awak nak ke mana?" tanya Suho apabila terpandang Luhan. Pada ketika itu juga, Tao keluar dari dalam air.

"Seronok berendam?" Sindir Luhan.

Tao hanya tersengih. "Tak nak ikut sekali ke?"

"Tak nak lah." tolak Luhan. "Basah baju saya nanti."

"Hoi!" Suho membentak kerana soalannya belum lagi dijawab oleh lelaki itu. "Awak nak ke mana?"

"Masuk hutan lah."

Suho mengerutkan dahinya merenung lelaki itu pelik. "Awak ni dah buang tebiat ke apa."

"Saya nak cari petunjuk lah." bentak Luhan. "Tak kan nak duduk diam kat sini main air."

"Biar saya je lah yang pergi." cadang Suho tiba-tiba.

"Kenapa pula?" tanya Luhan.

Suho kini sudah berdiri dan melibas-libaskan seluarnya. "Awak duduk dan perhatikan je Kris kat sini." Suho memandang sekali imbas ke arah Kris sambil tersengih sedikit apabila melihat gelagat lelaki itu. "Jangan sampai dia letupkan tempat ni sudah. Saya tengok dia tu dah berasap."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now