Misi II

2.6K 217 23
                                    

Luhan duduk sendirian di sebuah kerusi di kafeteria itu sambil menikmati makan tengaharinya. Dia makan sambil membaca buku tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. Ada yang tengah berbisik-bisik mengenainya kerana bergaduh dengan Jay, lelaki paling berpengaruh di kolej itu yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya lelaki itu boleh jadi seperti itu. Semua itu tidak menjadi masalah baginya. Dia tahu bahawa dia tidak akan kekal lama di situ. Jika mereka sudah menjumpai apa yang mereka cari, mereka tetap akan pergi. Jadi, adalah lebih baik jika keadaan itu dibiarkan. Kris pula menghilang entah ke mana. Ketika diajak makan tengahari, dia hendak bersendirian katanya. Dia hanya mampu berharap lelaki itu tidak berbuat sesuatu yang tidak baik.

"Hai."

Luhan menurunkan buku yang menutup mukanya untuk melihat siapa yang datang menyapa. Seorang lelaki dengan rambut belah tepi dan berkulit putih gebu tersenyum ceria memandangnya.

"Hai." Luhan membalas agak kekok kerana dia langsung tidak kenal siapa lelaki yang tiba-tiba menyapanya itu.

"Kenal saya tak.?" Tanya lelaki itu merenung Luhan.

Luhan merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Cuba mengingati jika dia pernah bertemu dengan lelaki itu di mana-mana. Lelaki itu memandangnya penuh harapan agar dirinya akan diingati. Tiba-tiba sahaja Luhan tersentak apabila teringat sesuatu. Dia kini sudah mengecam wajah lelaki itu dan di mana mereka berjumpa.

"Awak...." Luhan merenung lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk-angguk kerana yakin yang Luhan sudah mengingat di mana mereka berjumpa.

"Awak lelaki yang ada dengan Jay waktu kawan saya bergaduh dengan dia tempoh hari kan.?" Luhan segera menghabiskan ayatnya.

"Ya. Betul tu." lelaki itu tersenyum.

Lelaki itu adalah orang yang bertanya pada Jay siapa Kris pada ketika itu. Lelaki yang paling hampir dengan Kris dan asyik tersenyum melihat gelagat mereka. Tapi apa pula lelaki ini mahu.?

"By the way, saya Jungkook." lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Luhan tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu curiga. Dia tidak mahu dipermainkan lagi.

"Awak siapa nama.?" Tanya Jungkook setelah tiada balasan yang dia terima daripada Luhan.

"Luhan." ringkas jawapan Luhan.

"Okey." Jungkook mengangguk-angguk. Dia dapat merasakan Luhan tidak berapa suka bercakap dengannya pada ketika itu.

"Apa awak nak sebenarnya.?" Luhan terus bertanya kerana kecurigaannya terhadap lelaki itu tanpa berselindung. Selera makannya kini sudah hilang. "Awak nak tanya kenapa saya bergaduh dengan bestfriend awak tu ke.? Atau ada niat lain."

"Ops! Pembetulan. He's not my bestfriend."

"Apa-apa lah." balas Luhan.

"Tak ada lah." Jungkook memandang wajah lelaki itu. "Saja nak kenal dengan awak. Tak boleh ke.?"

"Bukan awak nak tahu cerita kenapa kami bergaduh ke.?" Tanya Luhan masih lagi dengan kecurigaannya. "Atau awak ada muslihat lain."

"Tak perlu tanya apa sebabnya pun saya boleh tahu." Jungkook bersuara tenang. "Bukannya kali pertama pun dia bergaduh dengan orang. Lebih-lebih lagi budak baru. Itu memang aktiviti tetapnya."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now