Bebola Kristal

2.4K 186 13
                                    


Hari berganti hari, detik berganti detik. Sudah sekian lama masa berlalu. Keadaan di markas itu masih lagi kelihatan sibuk. Luhan, Baekhyun dan Kris masih lagi melatih kawan-kawan mereka yang masih baru dalam puak itu. Usaha mereka itu tidak akan pernah berhenti sehingga mereka mahir. Sampai lah ke satu tahap. Di mana mereka semua kena bersedia. Bersedia untuk sesuatu.

Xiumin kini sudah boleh mengawal akar-akar menggunakan mindanya tanpa menggunakan apa-apa isyarat dari badannya. Dia seorang yang gigih berlatih. Dia juga sudah mampu menghasilkan tentera daripada pokok-pokok besar di situ.

Kai kini semakin mahir. Dia kini boleh membekukan apa saja benda. Termasuk laut atau kolam yang ada di situ.

Lay yang sememangnya mempunyai sepasang mata yang memang hebat boleh meletupkan apa saja benda. Dia juga boleh mengawal badan seseorang dengan hanya renungan matanya menyebabkan orang itu kesakitan sendiri.

Tao yang sememangnya kuat sering berlatih. Dia kini boleh mencipta satu ombak besar.

Sehun kini sudah boleh mengeluarkan panahan petir dari tangannya. Ia kini semakin kuat dan boleh menghasilkan letupan yang amat besar.

Chen pula sudah dapat mencipta senjatanya sendiri dengan menggunakan pasir. Dia juga boleh membuat tembok bagi melindungi dirinya.

Chanyeol kini boleh membuat ribut yang besar.. malah, dia boleh buat seluruh kawasan itu di landa ribut.

Suho sudah dapat menerangi seluruh markas itu. Kuasanya juga boleh digunakan untuk menembak.

Kyungsoo pula akan merawat jika ada salah seorang dari mereka yang tercedera ketika latihan.

Chanyeol duduk di atas sebuah batu besar sambil menikmati pemandangan indah markas mereka dari sudut itu. Pelbagai perkara telah berlaku di luar jangkaannya. Dia juga tidak tahu bagaimana dia boleh mempunyai kebolehan seperti itu dan dari mana dia dapat. Kenapa kuasa itu memilihnya.? Sehingga menyebabkan dia meninggalkan kehidupan normalnya.

"Jauhnya mengelamun."

Chanyeol tersentak kemudian menoleh memandang ke belakang. Xiumin sedang berdiri memandangnya sambil tersenyum.

"Awak rupanya, Xiumin." Chanyeol tersenyum.

Xiumin berjalan mendekati Chanyeol lalu duduk di sebelah lelaki itu. "Apa yang awak fikirkan.?"

"Tak ada apa."

"Tak ada apa lah sangat." Xiumin tersengih. "Ini bukan pertama kali saya tengok awak sendirian mengelamun macam ni."

"Kalau dah banyak kali..." Chanyeol memandang lelaki itu. "Kenapa baru kali ni awak nak tanya.?"

Xiumin tersenyum mendengar kata-kata Chanyeol. "Tak ada keberanian kot sebelum ni."

Chanyeol hanya ketawa mendengar kata-kata Xiumin. Lelaki itu pula hanya tunduk sambil tersengih.

"Cantik betul tempat ni kan..."

Xiumin mengangguk bersetuju. Dia memandang ke sekeliling tempat itu yang amat indah dan menyenangkan.

"Tak sangka ada tempat sebegini." ujar Chanyeol.

"Ya." Xiumin turut merasakan hal yang sama.

"Xiumin..." Chanyeol memandang lelaki itu. "Awak pernah terfikir tak tentang kuasa kita.?"

Xiumin menggelengkan kepalanya sedikit sambil tersenyum. "Tak pernah sama sekali."

Chanyeol mengangguk-angguk.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now