Kristal Ungu

1.7K 162 18
                                    


Kyungsoo menggerakkan kesatria putihnya di papan catur itu. Kai masih lagi merenung dengan teliti. Dia cuba memerah otak bagaimana hendak memerangkap permaisuri lelaki itu. Sudah tiga pusingan mereka bermain permainan itu, kemenangan tetap berpihak pada Kyungsoo. Dia tidak pernah merasai tekanan bermain catur seteruk yang dia rasakan pada ketika itu.

"Macam mana ni..." Kyungsoo memandang lelaki itu sambil tersenyum yang lebih kepada menyindir. "Kata dulu juara permainan catur semasa di kolej. Tapi macam tak boleh menang je ni."

Kai hanya mendengus kuat sambil memegang kepalanya. Apa yang dia katakan itu sememangnya benar. Akan tetapi, dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat mengalahkan lelaki itu.

"Bertenang." Kyungsoo ketawa melihat gelagat lelaki itu. "Ada masa lagi. Fikir baik-baik."

"Kenapa saya tak boleh ni.??" Kai menggerutu. "Awak pernah ikut mana-mana pertandingan catur ke.?"

"Awak lupa ke saya dibesarkan di mana.?" Kyungsoo memandang lelaki itu. "Saya tak masuk mana-mana pertandingan pun."

Kai mendengus kuat. "Habis tu macam mana awak boleh mahir bermain permainan ni.?"

"Erm... Belajar kot." Kyungsoo berfikir seketika sambil mengerutkan dahinya. "Mengisi masa lapang."

Kedengaran bunyi bising di belakang mereka menyebabkan Kai yang baru sahaja hendak menggerakkan permaisurinya pada papan catur itu menoleh pantas. Kyungsoo turut menoleh untuk melihat sesuatu. Pintu batu terbuka dengan serta-merta. Suho, Baekhyun dan Chanyeol muncul dalam keadaan tercungap-cungap. Perjalanan balik itu tidak mempunyai masalah yang banyak bagi mereka. Ia tidak sesukar perjalanan mereka sewaktu mula-mula jalan.

"Yeah!!" jerit Kyungsoo ceria apabila terpandang mereka lalu segera bangun dari tempat duduknya. Dia segera mendekati Baekhyun. Dia turut memandang Suho dan Chanyeol. "Akhirnya kamu dah balik."

Baekhyun hanya tersenyum tawar kerana kepenatan. Dia tidak mampu menunjukkan riak muka yang lebih baik dari itu.

"Kami yang pertama ke.?" Tanya Suho.

"Ya.." Kai turut bangun dari tempat duduknya kemudian mendekati mereka. "Baru kamu."

Baekhyun mengangguk-angguk sambil bercekak pinggang. Suho dan Chanyeol kini sudah duduk kepenatan..

"Semua okey.?" Baekhyun memandang Kyungsoo.

Kyungsoo hanya mengangguk sambil tersenyum. "Awak jangan risau. Kai ni pun boleh diharap juga."

Kai hanya tersengih memandang lelaki itu.

"Saya dah ajar dia macam-macam."

Baekhyun hanya tersenyum memandang lelaki itu. Dia hanya mampu bersyukur kerana semuanya selamat.

"Mana bebola kristal tu.?" Tanya Kai agak teruja..

"Dalam beg." Suho beralih memandang Baekhyun. "Lebih baik simpan terus di tempatnya."

Baekhyun hanya tersengih memandang lelaki itu. "Cuma Luhan je yang boleh buka benda tu."

"Oh." Suho baru teringat mengenai hal itu.

"Macam mana perjalanan kamu.?" Tanya Kai dengan perasaan yang teruja kerana ingin tahu kerana dia langsung tiada apa-apa pengalaman di luar selepas mereka tinggal di situ.

"Boleh tahan." Chanyeol bersuara sambil cuba merehatkan dirinya. "Perkara yang paling susah adalah mencari tempat itu."

Suho dan Baekhyun hanya tersenyum kemudian mengangguk bersetuju. Itu adalah perkara yang paling memenatkan bagi mereka.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now