Semua Berubah

1.7K 165 32
                                    


Pagi itu seperti biasa suram keadaannya. Sejak Kris meluahkan segala yang terbuku di hatinya, keadaan di markas itu agak tegang dari biasa. Masing-masing kini sudah mula rasa kekok antara satu sama lain walaupun tidak semua yang terlibat secara langsung. Latihan untuk mereka tidak dibuat lagi. Mereka hanya diberi kepercayaan untuk berlatih sendiri jika mereka mahu. Mereka juga tidak berkumpul bersama-sama lagi. Masing-masing membuat hal sendiri.

Kris dan Luhan selalu saja menghilang entah ke mana. Tiada siapa pun yang tahu di mana mereka selalu bersendirian termasuk Kyungsoo. Tiada di tempat latihan atau di mana-mana pun. Markas itu terlalu besar untuk mereka cari di setiap tempat. Xiumin, Sehun, Chanyeol, Chen, Suho dan Lay selalu berlatih di tempat latihan tanpa ada arahan seolah-olah sudah menjadi rutin mereka. Xiumin dan Sehun sesekali akan cuba menjejaki kedua-dua orang lelaki itu bagaimanapun gagal dan tidak menemui apa-apa. Baekhyun pula sering bersendiri di biliknya membaca buku-buku sejarah mereka cuba mencari sesuatu yang baru. Dia kini sudah jarang ke dapur untuk berbual dengan Kyungsoo. Kyungsoo seperti biasa akan sentiasa bekerja di dapur langsung tidak meninggalkan kerja itu. Kai kini sudah menjadi pembantunya menggantikan tempat Baekhyun.

Kai membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. Kelihatan Baekhyun kini sedang duduk membaca di sebuah meja. Lelaki itu langsung tidak menoleh untuk melihat siapa yang masuk.

"Baekhyun..."

Baekhyun tersentak seketika kemudian segera mendongak memandang Kai yang kelihatan teragak-agak bagaimanapun kembali memandang buku yang berada di atas meja itu. "Kai... Ada apa.?"

Kai melabuhkan punggungnya perlahan-lahan di atas katil berdekatan Baekhyun. "Dah makan ke.?"

"Saya belum lapar lagi."

Kai berdiam diri seketika merenung wajah lelaki itu. Lelaki itu kini sudah menjadi dingin. Tidak seperti sebelumnya. Lain daripada pertama kali mereka berjumpa. Buat seketika dia merasakan itu bukan Baekhyun yang sebenar.

"Kenapa, Kai.?" Tanya Baekhyun tanpa memandang wajah lelaki itu dengan wajah yang berkerut.

Kai menarik nafas panjang kemudian tunduk seketika. "Kyungsoo... Dia risau sebab awak belum makan."

"Dia sentiasa risau pasal orang." Baekhyun bersuara serius.

Kai merenung Baekhyun sedalam-dalamnya. "Tak boleh ke kalau awak bercakap dengan dia walaupun sekejap.?"

Baekhyun mendengus perlahan kemudian menutup bukunya. Dia segera memandang Kai.

"Awak... Luhan, Kris... Semuanya dah lain." ujar Kai. "Luhan dan Kris entah ke mana je. Sekali nampak bila nak tidur."

Baekhyun langsung tidak bersuara sebaliknya memandang Kai.

"Kamu dah berkawan sama-sama dari kecil lagi kan..." Kai membalas pandangan Baekhyun sayu. "Jangan lah macam ni. Kamu penaung puak ni."

Baekhyun segera tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya pun tak tahu kenapa kami jadi macam ni."

Kai hanya memandang lelaki itu tidak bersuara. Dia langsung tidak menjangkakan balasan seperti itu.

"Banyak perkara yang kami risaukan kot." selamba Baekhyun bersuara. Mata birunya tetap nampak cantik bila dipandang dalam keadaan apa sekalipun. "Masing-masing tak tahu nak buat apa."

"Tapi jangan lah abaikan Kyungsoo." pujuk Kai. "Dia pun sebahagian daripada kamu kan."

"Kamu pun sebahagian daripada kami." ujar Baekhyun.

"Maksud saya... Sebagai penaung."

Baekhyun menarik nafas panjang. "Siapa penaung sekarang ni dah tak penting lagi, Kai..."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now