𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 78

Start from the beginning
                                    

Jika dia melanggar janji-janjinya itu maka dia layak diberikan hukuman.

"Papa doakan kamu berdua akan diberikan berkat dan perkahwinan yang tiada perpisahannya melainkan ajal maut datang menjemput kalian." itulah harapan terbesar encik Noszka kepada anak sulungnya. Dia bahagia sekiranya melihat anaknya turut bahagia dan dia juga berharap perkara yang sama pada Hana.

"Terima kasih papa kerana mendoakan untuk kami berdua. Zeyn janji untuk menunaikan segala tanggungjawab Zeyn." dengan penuh tekad kata-kata itu dilafazkan.

Zeyn faham kalau tanggungjawab yang akan dia pikul selepas ini lebih besar, namun dia sudah bersedia untuk menghadapi semuanya. Kini, dia harus menjaga Nehza dan tidak akan pernah menyakitkan Nehza mahupun memberikan luka pada buah hatinya itu.

Sekalipun dia tidak ingin melihat Nehza terluka kerana dirinya lagi, sekalipun dia tidak mahu melihat keperitan di wajah Nehza kerana gadis itu adalah penyeri semangat untuknya. Bila di hadapan paderi nanti, dia ingin membuktikan bahawa tiada yang dapat memisahkan mereka melainkan ajal maut yang datang menjemput.

"Zeyn...mama tahu kamu dah tak sabar nak ambil Nehza. Ni mama nak bagi warning awal-awal, kalau mama dapat tahu kamu lukai bakal menantu kesayangan mama ni awas kamu ya." puan Feroza berkata penuh serius.

"Nehza ingat apa yang kita rencanakan tadi." sambung puan Feroza lagi yang berhasil membuatkan Zeyn tertanya-tanya apa sebenarnya yang mereka rancangkan itu. Nehza pula hanya tertawa kecil melihat muka kekasihnya yang sudah berubah di sana.

"Baik mama, terima kasih sebab dah luangkan masa dengan Nehza. Sampai jumpa lagi." Nehza dan bakal mentuanya itu segera berlaga pipi kerana sebentar lagi Nehza akan pulang. Hana juga ada di situ dan setia berdiri di samping Nehza.

"Hana, nanti princess datang lagi, masa tu princess masak makanan kegemaran Hana tau. Jangan nakal-nakal." hidung anak comel itu dicuit lembut oleh Nehza. Geram pula dengan telatah Hana yang sedari tadi tidak pernah jemu melayannya.

Zeyn pula yang berdiri tidak senang pada saat ini. Tadi ibunya. Sekarang Hana. Tak boleh! Buah hatinya itu hanya untuk dirinya.
Nehza kenal sangat seperti apa Zeyn, tak sah kalau tak pernah tak cemburu.

"Dah...dah...Zeyn yang kacak mengalahkan pelakon bollywood di sini tak boleh diabaikan. Jom sayang balik." boleh naik cemburu kalau hari-hari Nehza hanya melayan ibunya dan adiknya sahaja. Namun Nehza hanya beriak selamba, kan tahu pun siapa suruh bagi pilihan dare pun yang susah-susah belaka.

Mengingat akan hal itu membuatkan Nehza seperti tidak ingin pulang bersama Zeyn. Kalau boleh dia nak tetap bermalam di rumah keluarga Zeyn. Nayalah dirinya malam ini, sepertinya Zeyn akan mengheret dia untuk memaksa dirinya menemani lelaki itu mandi.

"Ma..." Nehza cuba memujuk puan Feroza untuk membantu dirinya namun Zeyn terlebih dahulu merangkul pinggang gadisnya.

"Hana..." lagi Nehza cuba meminta bantuan dari adik Zeyn namun anak kecil itu seperti ketawa mengekek sahaja. Sukalah tu!

"Jangan kasar sangat Zeyn!ingat amaran mama tadi." namun masih sempat puan Feroza memberikan peringatan kepada Zeyn.

"Baik mama. Selama malam!"

🦋

Nehza hanya dapat merasakan detak jantungnya yang berdegup memainkan irama yang hebat saat ini. Dipandangnya sekilas Zeyn yang fokus memandu di sebelah. Gulp. Air liur ditelan. Dia nak buat apa lepas ni? Oh tidak!

"You..." Nehza cuba menggoda Zeyn dengan suara yang meleret manja namun Zeyn masih tetap memandang di hadapan.

"Ni jalan pergi rumah you kan? Awak nak campak saya kat mana malam ni?" mungkin ini soalan bodoh yang pernah dilontarkan oleh Nehza selama ini. Dalam hati, gadis itu memarahi dirinya sendiri. Zeyn masih tetap diam di sana. Kiranya dia sengaja ingin meminta perhatian dari Nehza atas apa yang berlaku di rumah keluarganya tadi.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now