𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 72

Start from the beginning
                                    

Nehza pula hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta sambil menghirup udara di malam hari walaupun hampir seluruh badannya seakan-akan terasa lumpuh pada ketika itu.

Rasa trauma mungkin akan menghantui dirinya atas apa yang telah berlaku. Tiada wanita di dunia ini yang sanggup diperlakukan sebegitu oleh insan yang bergelar lelaki malah itu adalah satu hal terbesar yang mereka takuti. Begitu juga dengan Nehza.

Bayangkan sahaja kalau dia tiada ilmu seni mempertahankan diri ketika itu, sudah tentunya ada satu hal buruk yang akan menimpa dirinya. Dan bayangkan kalau tiada yang membantu dirinya ketika itu? Walaupun hatinya sedikit terguris kerana Zeyn tidak berada di saat-saat dia perlukan bantuan namun dia tetap bersyukur kerana lelaki itu datang juga.

"Sayang..."

"Hmm."

"Maafkan saya. Maaf sebab tak angkat call urgent dari sayang tepat pada masanya. Saya minta maaf sekali lagi." pohon Zeyn yang tidak sanggup melihat keadaan Nehza dan kalau boleh dia tidak ingin tahu apa yang telah berlaku pada gadis itu. Cukuplah dia tahu yang Nehza selamat dan berada di sampingnya ketika ini.

"You pergi mana? Maksud saya, you sibuk ke petang tadi? Kalau sibuk...maafkan saya." balas Nehza sambil tersenyum nipis.

"Tak saya tak sibuk. Tapi saya langsung tak ingat yang phone saya tu dah low battery. Mungkin alasan yang saya berikan tak masuk akal tapi sumpah, saya tak ada niat nak abaikan tanggungjawab saya. Maafkan saya." tangan Nehza sekali lagi digenggam penuh erat.

"You tak perlu nak minta maaf. Tak apa lupakan semua ini dan apa yang penting kita semua selamat. Dah nak sampai kat hospital, kejap lagi doktor nak rawat. Kalau you  masih ada kerja nak buat, teruskan saja." Nehza menarik perlahan tangannya dari genggaman Zeyn apabila bangunan hospital sudah kelihatan.

Mungkin Zeyn terasa dengan sikap Nehza walaupun gadis itu menyuruhnya untuk tidak meminta maaf, kerana dia pasti bahawa Nehza menderita dengan apa yang dilaluinya sebentar tadi.

"Sayang, saya tak sibuk. Saya akan temankan sayang sampai semua urusan dah selesai. I will not leave you no matter what again." Zeyn cuba menarik tangan Nehza untuk dibawa ke bibir namun gadis itu dengan sopannya menolak tangan Zeyn.

"Not now." meski ada senyuman di bibir gadis itu namun suaranya kedengaran seperti keras sedikit. Sampai sahaja di kawasan car park, Nehza terus keluar dari kereta sambil menahan perit di belakang badannya.

Zeyn pula tidak putus asa dengan apa yang patut dia lakukan saat ini sebaliknya dia mengejar gadis itu dan membantu Nehza untuk sampai di wad.

"Zeyn you tunggu kat sini saja. Saya boleh pergi sendiri. Nurse pun dah ada tu kat sana jadi you tak perlu risau."

"Tak, saya tak akan pergi mana-mana."

"Zeyn tolonglah dengar arahan saya."

"Jangan keras kepala."

Nehza menghentikan langkahnya buat sejenak. Pandangan mata tajam dihalakan terus ke arah Zeyn. Bukan apa sebenarnya tapi dia cuma tidak mahu Zeyn mendengar apa yang doktor beritahukan semasa pemeriksaan luka dijalankan. Nehza malas nak menyusahkan orang lain dan itu sebabnya dia jadi keras kepala sekarang.

"You ikut saya masuk, boleh. Tapi jangan harap saya akan maafkan you." usai berkata Nehza pun terus masuk ke dalam ruang perawatan tanpa menoleh ke arah belakang.
Zeyn pula hampir ingin mengejar langkah Nehza namun gadis itu seperti memberinya satu amaran yang keras sebentar tadi.

Tiada apa yang Zeyn boleh lakukan selain menurut apa yang Nehza ingin dia lakukan.
Jadi dia hanya menunggu gadis itu sehingga selesai dirawat di luar wad. Meski sedih dirasakannya kerana tidak berada di samping Nehza, namun Zeyn berharap agar semuanya pasti akan baik-baik sahaja.

🦋🦋🦋

Siren yang datang dari kereta polis masih kedengaran di gegendang telinga. Naufal kini berada di tahanan polis dengan tangan yang bergari manakala kelihatan encik Elnaz yang sedang menandatangani borang yang diberikan oleh seorang pegawai polis.

"Tak guna! Puih! Kau tak akan bahagia walau macam mana sekali pun!" jerit Naufal setiap kali memandang ke arah encik Elnaz dengan penuh dendam yang tak terkata. Namun encik Elnaz tidak mahu banyak bersuara lagi, cukuplah dia tahu berapa banyak bukti yang sudah jelas menunjukkan bahawa Naufal bersalah dalam banyak hal.

Bayangkan sahaja kalau harta keluarga  diberikan tanggungjawab kepada Naufal, sudah pasti semuanya akan menjadi kucar-kacir. Bukan niat dia enggan mempercayai Naufal namun perlakuan lelaki itu sendiri yang menjerat dirinya sendiri sehingga encik Elnaz sendiri hilang kepercayaan terhadapnya.

"Lelaki tua bodoh!" maki Naufal tak habis-habis padahal tiada apapun yang dia boleh lakukan walau sekuat mana pun dia mahu menjerit.

"Terima kasih inspektor. sampai jumpa lagi." ucap encik Elnaz setelah selesai semua urusan ketika itu. Tidak terasa bahawa beban encik Elnaz selama ini juga ternyata Naufal itu sendiri. Lelaki itu sanggup menimbulkan satu per satu masalah dari hari ke hari.

"Mr.Elnaz. Boleh kita bercakap sebentar sahaja? Masalah ini berkaitan dengan encik Sergio." permintaan salah satu inspektor itu menghentikan langkah encik Elnaz sekali lagi.

"Inspektor, apa yang saya boleh tahu tentang masalah ini?"

"Satu report telah dihantar menyatakan bahawa perkahwinan encik Sergio dan juga puan Rafifa adalah satu paksaan dan bukan atas dasar niat masing-masing. Saya juga mendapati bahawa encik Sergio telah melakukan hal-hal yang keras terhadap bekas isteri tuan. Apa tuan ada maklumat lain yang kami boleh jadikan evidence untuk
menyerbu kawasan rumah encik Sergio?"

Encik Elnaz terdiam seketika. Paksaan? Bagaimana perkahwinan tersebut dikatakan satu paksaan sedangkan dia melihat keadaan yang sebentar berlaku ketika itu. Tapi encik Elnaz sendiri tidak yakin jika encik Sergio betul-betul sayang akan puan Rafifa dan akhirnya dia mendapati bahawa ada khabar yang menyatakan encik Sergio melakukan hal-hal keras kepada puan Rafifa. Bukankah itu sudah dianggap melampaui batas?

"Saya tidak ada sebarang bukti yang boleh diberikan buat masa ini. Tapi boleh saya tahu siapa gerangan yang memberikan report itu?" tanya encik Elnaz sedikit curious.

"Atas kebenaran orang itu sendiri untuk memberitahu tuan jika tuan ingin tahu siapa gerangan tersebut, dia ialah anak perempuan encik Sergio sendiri, Aria Evangeline."

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now