𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 63

Start from the beginning
                                    

Namun Naufal masih memberontak dan menepis tangan encik Elnaz begitu kasar.
Kesabaran Noah ketika itu pula masih berada dalam tahap yang tinggi, memang dalam adik-beradik dialah yang paling penyabar tetapi sekali apinya marak maka berhati-hatilah.

"Penipu! Kenapa Nancy dan Noah sudah tahu akan hal ini. Kenapa semua sudah tahu kecuali Naufal? Itu hanya alasan kan supaya Naufal tidak diberikan hak untuk waris itu. Kau memang penipu!" marah Naufal tak henti-henti.

"Jaga mulut kau Naufal!" Nancy betul-betul kehilangan sabarnya ketika ini. Dia sepertinya ingin menyumbatkan sahaja cili  ke dalam mulut longkang Naufal. Biar ada pedasnya dan juga tahu apa maksud sedar diri.

"Kau diam!" tuding Naufal ke arah Nancy. Kini mata lelaki itu kembali menatap tajam ke arah encik Elnaz. "Aku akan tuntut ini semula. Berwaspadalah. Lagi satu sebelum aku lupa nak beritahu, Nehza dan ibunya baik-baik sahaja di Malaysia." sinis lelaki itu berkata namun ada maksud yang tersirat di sebaliknya.

Noah yang pantang nama adik angkatnya itu disebut sudah bangun dari kerusi namun nasib baik sahaja tindakan Noah yang seterusnya terganggu apabila ada suara yang memanggil nama Naufal.

"You jomlah balik. Panas pula di sini." Zahra sempat menjeling satu per satu keluarga itu kecuali Naufal. Apabila matanya bertemu dengan mata Nancy, gadis itu memberikannya satu senyuman sinis namun Zahra membalasnya dengan senyuman manis.

Sedangkan Nehza aku boleh hadap apatah lagi gadis ini.

"Kau harus jaga diri Naufal. Jaga diri kau jangan sampai dikurung atau dijadikan kerbau hitam." Nancy hanya mengangkat bahunya apabila Naufal memberikan dia pandangan maut. Okeylah kan kalau kerbau hitam berbanding kambing hitam.

"Jangan sampai suatu masa nanti mulut kau ni aku berjaya jahit!" kasar sahaja Naufal tujukan kata-kata itu ke arah Nancy. Namun gadis itu hanya tersenyum menyenget malah tidak langsung membuat dia tertunduk dengan ketakutan.

Encik Elnaz hanya menggelengkan kepalanya melihat perbalahan mereka. Bukan niat mahu membiarkan mereka namun encik Elnaz tidak mahu kalau  semakin banyak dia membuka mulut maka di sanalah perbalahan itu semakin menjadi-jadi.

Lebih baik keep in silent buat masa ini. Lagipun dia kenal sangat Naufal yang memang sudah lama berdendam hanya disebabkan warisan harta itu.

Selepas kereta yang dinaiki Naufal itu hilang dari pandangan mereka, pantas sahaja Noah dan Nancy mengejek habis-habisan Naufal dan sempat mengulang tingkah Naufal itu tadi.

"Eleh datang-datang je lepas tu cari masalah. Rasa nak lempang saja lelaki itu tadi." Nancy mendengus kasar.

"Nasib baiklah kesabaran ini masih ada. Tahu tak sekarang ni mesti Nehza dalam bahaya. Mesti dia tengah cari cara macam mana nak puaskan dendam kesumat dia itu.
Aku risaukan dia." ujar Noah dengan penuh kesalnya.

"Buat masa ini kita perlu tengok sejauh mana Naufal itu mula nak bertindak. Tapi daddy utamakan Nehza yang jauh di sana. Harap Zeyn dapat menjaganya sebaik mungkin." lantas Noah dan Nancy memandang ke arah ayah mereka dengan pandangan yang terkejut.

"Zeyn?" ucap mereka serentak.

Encik Elnaz mengangguk.

"Daddy...ma..macam mana mereka dapat bersama? Macam mana kalau-" ayat Nancy terhenti seketika apabila ditenangkan oleh Noah.

"Jangan risau. Semuanya akan baik-baik saja. Lagipun daddy tak ada masalah sebenarnya kalau Zeyn dan Nehza terus bersama. Kalau memang sudah ditakdirkan, kita terima sahaja." encik Elnaz tersenyum senang. Perkara ini dikhabarkan oleh encik Noszka semalam dan mereka juga perlu bertindak agar semuanya akan berada dalam keadaan baik.

"Noah senang kalau mereka berdua. Noah yakin Zeyn pasti menjaganya." sokong Noah pula dengan rela hati membiarkan Nehza kini mempunyai pendamping yang akan menjaganya selalu.

"Tapi kalau Nancy tahu Zeyn bertindak menyakiti adik Nancy itu maka jangan pernah bermimpi untuk mendapatkan hatinya lagi!" ujar Nancy pula. Walaupun sudah begitu lama tidak menjenguk Nehza namun tidak ada yang dapat menafikan perasaan sayang Nancy pada Nehza begitu dalam.

Sama seperti encik Elnaz dan Noah.

🦋🦋🦋

Usai pulang dari pejabat, Zeyn dan Zariel memutuskan untuk berjumpa di sebuah cafe sebelum matahari terbenam. Seperti yang dijanjikan oleh dua orang sahabat itu, mereka sampai pada masa yang tepat.

"Ni aku dengar Naufal tu pergi berjumpa keluarganya semalam. Ini mesti tak lain tak bukan mengenai hal yang sudah bocor itu.
Padahal sejak dulu dia sepatutnya sudah tahu tentang kisah itu. But see now? Kerana egonya yang tinggi itulah yang membuatkan dia termakan dengan egonya sendiri." Zariel geleng kepala.

Zeyn pula mengangguk bersetuju. Kalau dia tidak silap, 11 tahun sudah perkara itu berlaku merupakan peristiwa yang tidak terlupakan bagi Zeyn. Nyata di situ Naufal menjeratkan Nehza dengan menggunakan dia sebagai umpan. Dia yakin pasti itu ada kaitannya dengan warisan harta Mr.Elnaz kepada Nehza.

Perit ya memang perit namun benda sudah berlaku lagipun Zeyn berada di luar kawalannya ketika itu. Nasib baik sahaja dia tersedar dalam beberapa minit itu dan berjaya membuatkan Nehza tidur daripada terangsang oleh kesan ubat yang dimasukkan ke dalam badan gadis itu.

"Dan kau tahu kalau dia tak puas hati, dia akan gunakan Nehza untuk melempiaskan dendamnya. Lagipun Nehza memang sudah menjadi musuh utamanya sejak dari dulu lagi. Kau tahukan kisah itu?" Zeyn membuang pandang ke luar cafe. Andai semua itu tidak berlaku, sudah pastinya mereka hidup bahagia saat ini.

"Tapi patutkah kau nak sembunyikan kisah 11 tahun lalu itu dari Nehza? Aku rasa dia berhak tahu sebab kadang perempuan ni tidak suka pasangannya berahsia apatah lagi menyembunyikan sesuatu yang memang penting untuk dia ketahui."

Zeyn cuba menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan perlahan. "Ya memang aku dah cuba untuk kuatkan diri aku untuk beritahu Nehza kisah itu, tapi lidah aku kelu setiap kali menatapnya. Aku takut kalau dia tidak dapat menerima kisah lalunya." lelaki itu kelihatan meraup wajahnya dengan kasar.

Zariel segera menenangkan sahabatnya. "Lebih baik beritahu daripada disembunyikan. Kalau Nehza dengar kisah ini dibuka melalui mulut orang lain dan bukannya kau sendiri, itu pasti lebih menyakitkan. Percayalah." ujar Zariel cuba memberikan keyakinan kepada Zeyn.

Dan ada benarnya apa yang dikatakan oleh Zariel itu. Zeyn sepatutnya menceritakan kisah itu sendiri kepada Nehza dan bukannya dari mulut orang lain. Dia perlu jujur pada gadis itu dan tidak menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya gadis itu perlu tahu.

"Aku akan bercerita dengannya malam ini. Semoga semua baik-baik saja."


















Dup, dap, dup, dap.

Kuatkah Nehza menerima kisah lalunya?

Voments selalu ya. Terima kasih luv.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now