𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 50

Start from the beginning
                                    

Yang spesis sama dengan lelaki itu pun boleh jatuh cinta tau. Tapi Zeyn ni straight tak gay lagi. Mohon dijauhkan!

"Awlo tuan...nak kiss sikit." Donny memberikan flying kiss kepada Zeyn sambil menghentak-hentakkan kaki. Senyum-
senyum kambing pula tu. Aduhai.

Pekerja yang lain sudah menahan geli hati pada Donny yang kalau sehari tidak sah kalau tak pernah tak buat lawak. Dia memang lawak pula dan suka betul berperangai. Eleh, ingat gaji naiklah tu kalau suka pikat hati mr.bos.

"Jangan buat Zariel cemburu, please. Nanti merajuk pula dia." usik Kyra pula. Entahlah sejak kebelakangan ini, mereka semakin rancak mengenakan dua sahabat itu. Apa tidak, kalau sesaat, seminit dan sejam tak pernah tidak bergaduh manja-manja. Ala manja kali dia!

"Donny please give that flying kiss to Zariel. Dia perlukan itu. Dan jangan risau dia masih belum berpunya." lagi bisinglah kawasan itu dengan tawa mereka semua. Zariel pula yang kena, tak pasal-pasal. Apa-apa jelah!


🦋🦋🦋


Meja makan yang seolah-olah designnya seperti candle light dinner itu menjadi tempat untuk Daniel, dato Giulio dan juga Tasha untuk duduk makan malam bersama-sama. Almaklumlah ada party night  khas untuk perniagaan mereka, atau lebih difahami 'kolaborasi antara Daniel dan dato Giulio'.

Malam itu Nehza juga terpaksa sertai Daniel, namun dia meminta diri untuk ke ruang rehat di dalam Resort yang berada di sebelah kolam renang. Disebabkan telefonnya mati kerana kehabisan bateri jadi dia perlu menunggu di ruangan itu sementara menunggu telefonnya hidup.

Dengan itu mata Nehza mencuri melihat ke arah luar dalam diam. Dan ketiga-tiga insan itu masih seronok berbual di luar sana. Namun setiap kali Daniel membuang pandang ke arah ruang di mana Nehza berada sekarang ini, Nehza pula berpura-pura menyibukkan dirinya.

Jangan saja lelaki itu masuk sudah! Nehza dah siap sedia ni dengan cili yang dia sembunyikan diam-diam. Berani Daniel membuat langkah, tanggunglah lelaki itu sendiri dengan risiko yang akan dia dapat.

Nehza segera mencabut wayar yang bersambung di telefonnya. Bagus, telefonnya ada nyawa sekitar 34 peratus. Bolehlah ni dia guna untuk hubungi Zeyn.

Namun hidup sahaja telefonnya itu terus satu panggilan masuk. Senyuman lebar terukir di bibir merah jambu Nehza. Tanpa menunggu lama, panggilan terus diangkat.

"Everything is fine thi rak?" soalan pertama yang tidak pernah tidak keluar dari mulut lelaki itu. Ketika itu Zeyn sedang dalam perjalanan menuju ke tempat party night Daniel. Ala sebenarnya tidak jauh mana pun, hanya bersebelahan dengan Resort yang dia tempah untuk pekerjanya sahaja.

Kalau ikutkan peraturan yang betul, kawasan yang sudah direserved pelanggan itu sepatutnya tidak boleh dimasuki orang luar namun Zeyn menggunakan taktik menipunya sikit.

Kelentong sikit, dah okey dah.

Mengaku kawan untuk satu malam pun jadilah, yang penting malam ini dia ambil apa yang dia punya di sini.

"I... I okey. Zeyn, I," Nehza menggigit bibir bawah. Macam mana dia mahu meminta bantuan dari lelaki itu kalau dia juga berada di luar negara. Aduh Nehza! Macam manalah kau nak lolos dari Daniel malam ini.

"Nehza you trust me right? I will be there for you. No one can hurt you, and you'll be fine thi rak." kalau boleh dia tidak mahu Nehza gagap disebabkan ada manusia tidak berguna cuba menyakiti gadisnya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now