𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 21

Comincia dall'inizio
                                    

Zeyn pula tekun sahaja mendengar penjelasan Nehza dari awal sehingga habis.
Bukan kerana dia terharu dengan tindakan gadis itu tetapi dia kurang yakin jika gadis itu memang bercakap benar ataupun sengaja berbohong.

"Bercakap mengenai ini, aku teringat hari di mana ayah aku tolong kau. Katanya dia jumpa kau jatuh pengsan di tepi jalan dalam keadaan yang lemah dan ayah suruh doktor Kim untuk rawat kau. Aku cuma nak tahu adakah kau hanya gunakan kejadian itu sebagai balasan untuk bantu adik aku? Atau kalau ayah aku tak tolong kau masa tu kau pun tak akan tolong adik aku." Ujar Zeyn yang membuatkan Nehza kecewa kerana lelaki itu benar-benar bersangka buruk terhadapnya.

Nehza hanya tersenyum sinis sedikit sambil matanya memandang ke arah lain. Mungkin kalau dia meminta Zeyn untuk mempercayainya sekali pun, tak ada gunanya. Buang masa sahaja lagipun dia tidak mahu Zeyn melihatnya seperti seseorang yang mendesak untuk mempercayainya.

"Kau tak berani nak jawab soalan aku? Itu maknanya kau memang berniat seperti apa yang aku fikirkan. Nehza Haura. Betapa hebat nama itu tapi sayangnya, otak kau tak hebat macam nama itu. Aku yakin yang kau ni antara orang suruhan yang dihantar oleh musuh aku tapi jangan harap kau dapat musnahkan aku. Lagi satu aku tak nak kau kacau adik aku lagi. Kau sendiri akan tahu apa akibatnya kalau kau keras kepala."

Jari telunjuk dituding lurus tepat ke arah wajah Nehza namun gadis itu memberanikan diri untuk melawan pandangan serta jari telunjuk yang menuding tepat ke arahnya.

"Tak berani? Baik. I akan tunjukkan sejauh mana I takut berhadapan dengan warning yang you bagi ini. Oh ya lagi satu you mesti pernah dengarkan pepatah ini. Berani kerana benar takut kerana salah. You tunggu Zeyn Ezdan."

Nehza sekali lagi menghadiahkan senyuman sinis kepada lelaki itu sebelum melangkah pergi dari hospital. Sempat bahu lelaki itu dilanggarnya penuh sengaja kerana cuba untuk memberikan hint betapa tidak takutnya dia untuk berhadapan dengan seorang yang bernama Zeyn Ezdan.

Zeyn pula ketawa kecil namun ada juga sinis di hujung tawanya itu. Kau sungguh dilatih dengan baik Nehza. Kali ini siapakah musuh yang menghantar kau untuk menjatuhkan aku. Aku dah siap untuk berhadapan dengan permainan kau. Bisiknya penuh makna yang mendalam.


🦋

Tumbukan padu tak semena-mena dihalakan ke arah wajah Danish oleh Daniel.
Penat dia datang ke rumah Nehza, menghubungi gadis itu dan mencari gadis itu tapi tidak sangka yang Danish adalah penyebab utama mengapa Nehza berubah sejauh seperti yang tidak disangkanya.

"Kenapa? Sekarang kau nak salahkan aku pula? Kau memang bodoh Daniel. Aku tahu kau pergunakan aku supaya Nehza lihat aku ni macam orang yang bersalah di mata dia. Kau nak lari dari semua salah silap kau ni dan letakkan semua penipuan kau ni pada aku. Padahal kau yang mulakan semuanya. Kalau Nehza tahu kebenaran, kau jangan menyesal Daniel."

Pergelutan antara mereka di luar gym sudah menjadi tontonan beberapa pengunjung. Namun Daniel masih tidak hiraukan semua itu, yang dia tahu adalah ingin melempiaskan ketidakpuashatiannya kepada Danish.

Baru sahaja Danish ingin melangkah pergi namun tangannya dicengkam kuat oleh Daniel membuatkan Danish hilang sabar dan terus menendang Daniel sehingga lelaki itu terundur kuat ke belakang dengan muka yang sudah berkerut menahan marah.

"Kau tak puas hati? Cuba Daniel. Cuba tumbuk muka aku lagi!" Arah Danish dengan marah yang melonjak-lonjak naik. Daniel tidak mahu kalah dan mereka kembali memulakan sesi WWE dan terus ditonton oleh orang ramai.

"Danish! Daniel! Stop! Stop!"

Di tengah pergelutan itu datang Zahra yang cuba menghentikan pergaduhan antara dua orang lelaki itu. Sebenarnya dia memutuskan untuk membiarkan mereka namun apabila dilihatnya makin menjadi-jadi dia pun terpaksa menghentikan mereka berdua memandangkan orang lain sudah mula menggerumuni kawasan itu.

Dibuatnya Zahra seperti tiang yang berdiri di tengah mereka, tanpa disedari Daniel menolak gadis itu sehingga terjelopok jatuh di atas lantai.

"Auch!!" Adu Zahra menahan sakit apabila sikunya sudah mengelurkan cairan merah pekat. Menyedari Zahra itu, lantas kedua-dua mereka berhenti dari bertumbuk.
Masing-masing sudah tidak terurus dengan pakaian yang sudah kusut serta lebam sana sini, namun Danish menerpa ke arah Zahra cuba untuk melihat luka gadis itu.

Zahra menepis kuat tangan Danish bersama dengan satu pandangan tajamnya.

"Dah tak ada perempuan lain yang korang nak rebutkan? Asyik Nehza Haura...asyik perempuan tu je. Hei Daniel...Danish korang tak nampak ke semua yang ada pada perempuan tu? Dia beban, dia menyusahkan, dia cuma nak wang dari orang berada macam kita tau tak? Apa istimewanya sangat yang korang nampak pada dia?"

Zahra meluahkan rasa kesal dan tidak puas hatinya. Sejak dulu sehingga sekarang mesti Nehza sahaja yang direbutkan oleh mereka. Seperti main tarik tali sahaja dibuatnya perempuan itu. Padahal kerjanya asyik menyusahkan orang sahaja.

Daniel mencengkam tangan Zahra cuba untuk memaksa perempuan itu untuk berdiri. Lagi dia tidak puas hati apabila Zahra memanggil Nehza itu satu beban, menyusahkan dan mahukan wang. Kalau ikutkan hati, sekarang ini Daniel seolah-olah mahu menumbuk wajah Zahra bukan lagi mahu menamparnya. Pantang kalau ada orang yang dia cintai dipanggil begitu.

"Kau!" Jari telunjuk dituding ke arah Zahra.

"Kalau aku dengar kau panggil Nehza macam-macam, mulut kau tu habis aku kerjakan. Kau jangan cari pasal dekat aku Zahra!" Turun naik amarah Daniel setiap kali dia melihat Zahra bersikap seperti ini. Memanglah perempuan seperti Zahra ni tak laku, tengok sahajalah perangainya itu.

Zahra menepuk kotoran yang melekat di pakaiannya sebelum giliran dia pula yang menuding jari ke arah Daniel. Setapak langkahnya mara ke hadapan apabila dia tercabar dengan amaran yang Daniel berikan kepadanya.

"Heh! You fikir I takut? Sebelum you berani bagi I warning, I nak ingatkan you satu perkara Daniel. Mungkin kalau rahsia ni I pecahkan sampai ke pengetahuan Nehza, you rasa dia akan tinggalkan you ke? Oh I mean dia akan bencikan you?" Zahra tersenyum suka seraya dia berpeluk tubuh.

"Hati-hati Daniel. Kalau you tak nak Nehza bencikan you, jangan buat perkara yang I tak suka." Zahra memberikan kata-kata terakhir lalu dia melangkah pergi dari situ dan orang ramai juga sudah meninggalkan tempat yang menjadi tumpuan pergelutan antara Danish dan Daniel tadi.

Daniel mengalihkan pandangan ke arah Danish pula. Lelaki itu nampak tenang di situ. Daniel pula sudah mendengus penuh geram sebelum giliran dia pula yang pergi dari tempat itu. Danish hanya menggelengkan kepala namun dia tersenyum suka apabila Zahra berkata sedemikian kepada Daniel sebentar tadi.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora