"Sakit sangat sayang."

"K-Kenapa buat aku macam ni?"

"J-jangan lah hukum aku macam ni, aku tak kuat."

Adrian mengelap air matanya, "Tak apa lah. Aku faham kau penat."

Adrian senyum, "Sayang, kau rehatlah ya? Nanti aku datang lagi tau. Aku nak kena pergi dah ni, aku ada kerja, aku janji sayang, nanti aku datang tengok kau lagi."

Adrian bangun dan dia berjalan keluar dari situ. Sebelum pulang, dia sempat berjumpa dengan Keith kerana terserempak.

"Eh Dree, kau datang? Kau bukan ada important meeting ke after this?"

Adrian angguk, "Haah. Tu yang nak balik Max balik, lepas meeting aku datang balik."

Keith angguk, "Kau drive elok elok tau, jangan leka time drive." Sempat dia memeluk tubuh Adrian.

"Thanks Keith. Apa apa, terus call aku."

Keith senyum, "Ay ay captain."

Adrian terus berjalan pergi dan terus ke Max. Masuk sahaja di biliknya, rakannya yang lain sudah sampai. Hanya menunggunya untuk sampai.

"Sorry, aku jumpa Kiara tadi."

Yang lain angguk, "Tak apa."

Zayyan bangun dari tempat duduk, "Jom Dree, all the managers dah tunggu."

Adrian mengangguk. Langkahnya tidak betul, dia juga tidak terurus.

"Dree jap," Zayyan menarik lengannya, "Coat kau." Zayyan mengambil kot baju Adrian.

Rafael bangun dan pergi ke arah Adrian, "Tie kau Dree." Lalu tie Adrian dibetulkan.

Harraz juga turut bangun dan ke arahnya, "Haih, rambut kau ni," Rambut Adrian dibetulkan.

Kemudian Hayyaz bangun, "Pergi meeting mana boleh serabai macam ni," Lengan tangan Adrian yang disensengkan tadi Hayyaz bawa ke turun.

Akhir sekali, Zander bangun juga dan ke arah yang lain yang siapkan Adrian. "Bos mana boleh lemah macam ni," Bahu Adrian ditepuk, "Senyum Dree, senyum!"

Adrian yang berperasaan kosong itu terus sebak dengan tindakan kawan-kawannya.

Adrian lemah dan dia ingin jatuh ke atas lantai. Dia penat.

"Dree!" Kesemuanya memegangnya serentak.

Adrian membetulkan posisi berdirinya, "S-Sorry," Kepalanya dipegang, "Aku o-okay. Thanks."

Dia berjalan keluar dari biliknya dan diikuti dengan Zayyan.

Habis sahaja mensyuarat dia terus ingin melawat Kiara lagi, seperti mana yang telah dijanjikannya tadi.

"Kau nak pergi mana ni Dree?" Soal Zander apabila lihat Adrian sudah berkemas.

"Kiara." Balasnya sepatah.

Zander terus bangun dari tempat duduk, "Huh? Dree, kau tu aku tengok dah tak betul dah. Kau balik lah rumah dulu. Pergi lah rest. Kan Keith dah cakap-"

"Tak boleh Zander. Aku kena-" Adrian berhenti bercakap apabila kepalanya berdenyut kuat. Satu tangannya memegang kepala, dia menunduk. Dan satu tangannya lagi memegang meja dihadapannya.

Zander menghampirinya, "Dree, kau okay tak?" Soal Zander risau. Kawan yang lain sudah pulang dan hanya tinggal dia seorang sahaja dalam bilik Adrian kerana mensyuarat tadi juga mengambil masa yang agak lama. Zayyan diluar, selesaikan apa yang patut.

Adrian geleng kepala. "Tak." Balasnya menunduk. Satu tangannya kini memegang bahu Zander, "Aku tak okay."

Dia memandang Zander, "Aku nak Kiara. Aku rindu dia Zander. R-Rindu." Balasnya dalam suara yang pecah dan serak.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now