"D-Daddy..." Jatuh air matanya saat melihat gambar ayahnya juga turut di dalam fail itu.

Nama : Aariz Adam
Nickname : White Tiger
Tarikh lahir : 25 Oktober 1971
Tarikh meninggal dunia : 25 November 2002
COO of Cyrez Holding.

"Apa ni? Tiger? Shark?" Kiara memegang kepalanya. Cuba memproses segalanya.

Tiba tiba, dia teringat sesuatu.

"Lah, ini ke anak tiger? Anak emas tiger dengan shark."

Adrian dengan pantas mengenggam tangan kanan Kiara, "Ketepi." Katanya sambil menolak sedikit badan lelaki itu.

"Mahu pergi mana Dree? Aku baru je jumpa dengan anak tiger, ingat senang ke nak jumpa dia? Shark simpan dia macam puteri lilin." Kata lelaki itu lagi.

---

"Sekejap. Macam mana uncle tahu nama saya?"

Lelaki itu berdecit kecil, "Memang anak tiger, tak takut macam bapak dia." Balas lelaki itu.

Kemudian dia membelek lagi muka surat yang seterusnya.

"I-Ini...Ini ayah."

Nama : Mohd Haiqal
Nickname : None
Tarikh lahir : 21 July 1970
Tarikh meninggal dunia : 24 May 2019
CEO of MaxCorp and owner of LexCorp.

"Lex ni apa? Sejak bila ayah ada business nama Lex?"

Dia membelek lagi.

Biography of Adrian Muqriz

Jatuh air matanya saat nama Adrian juga turut ada di dalam fail ini.

"R-Rian...Rian buat apa dalam ni? K-Kenapa Rian ada?"

Nama : Adrian Muqriz Haiqal
Nickname : Dree
Tarikh lahir : 8 August 1994
Waris kepada MaxCorp dan LexCorp.
pandai menembak dan hebat dalam seni mempertahankan diri. handal dalam mengendalikan dan menggunakan senjata api. tidak pernah kalah dalam mana mana perlawanan.

"Dree?" Kiara berkerut dahi. Seperti dia pernah mendengar nama itu.

"Dree mana?" Terus Zander menyoal.

"Siapa Dree? Ni rumah Adrian Muqriz. Tak kenal siapa Dree."

Hayyaz disebelah menolak bahu Zander, "Sorry, maksud dia Rian. Rian ada?"

Dia membelek lagi.

Biography of Zander Luth

Biography of Keith

Biography of Rafael

Biography of Zayyan

Biography of Hayyaz

Biography of Harraz

Sepanjang dia membaca setiap satu itu, dia terkejut dan tergamam serta terkedu. Betul ke dengan apa yang dia baca sekarang.

Helaian seterusnya dibelek.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now