"Kiara sini." Panggil Adrian dingin.

"Ala pergi je lah Rian, dia okay lah tu dekat sini." Sampuk Marina pula.

Nia pula sudah menyampah, meluat, semua ada.

Adrian tidak hiraukan Marina sebaliknya memanggil Kiara lagi sekali, "Kiara Alanna, sini."

"Drama tv9 dah nak start." Bisik Zander kepada Harraz lalu tangan disilangkan ke dada.

Harraz angguk, "Retweet."

Kiara lambat lambat melepaskan pegangan lengan Farrel dan berjalan ke arah Adrian.

"Betul kau tak nak ikut aku?" Tanya Adrian sebaik Kiara sudah berdiri dihadapannya.

Kiara geleng.

Kemudian Adrian memandang Farrel, ni semua salah Farrel lah ni bini dia tak nak ikut. Sebab favourite cousin dia ada.

Farrel terus berpaling muka melihat sekeliling, buat buat tak nampak yang Adrian sedang memandangnya macam nak telan.

"Abang Rian pergi je lah, Kie okay je ni." Kiara senyum.

"A-Abang." Kata Rafael saat mendengar Kiara kata begitu. Jealous dia dari semalam tak habis lagi ni.

Keith disebelah menepuk bahu Rafael perlahan, "Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita." Katanya perlahan.

Zayyan yang dengar itu angguk perlahan, "Retweet."

"Kie betul ke okay?" Soal Adrian lagi. Takut pula dia mahu tinggalkan Kiara. Takut apa apa akan jadi kepada Kiara.

"Ye okay, tak payah risau." Kiara senyum.

Adrian juga senyum.

"Sebab Rel kan ada." Sambung Kiara.

Terus mati senyuman Adrian.

"Jadi tak perlu risau kay? Dah pergi lah sana, bye abang Rian!" Tangan dilambaikan ke arah Adrian walaupun Adrian masih berdiri dihadapannya dan tidak berinjak.

Rel Rel, menyampah aku. Bisik Adrian dalam hati.

"Rian, let's go." Kata Hayyaz ditepi.

Adrian angguk, "Jom."

"Bye Riannnn!"

Kiara dihadapannya itu dia pandang, "Bye budak kecik." Badan Kiara dia peluk.

Semua terlopong mulut.

"Ni bukan tv9 lah, ni Netflix." Bisik Zayyan.

Keith angguk, "Retweet."

"Jaga diri tau, nanti aku balik." Katanya perlahan di telinga Kiara.

"Aku minta maaf kalau aku ada salah dengan kau." Sambung Adrian lagi.

Kiara membalas pelukan itu. Dia gembira tapi pada masa yang sama, kenapa Adrian berkelakuan pelik?

Nia sudah pergi, sakit hatinya. Maktok pun sama. Menyampah melihat Kiara yang tak habis habis seperti budak kecik. Terus dia mengikut Nia ke pantai dahulu.

Kiara mendongak melihat Adrian, dagu ditongkatkan di dada Adrian, "Kie okay je, nanti Rian call Kie bila dah sampai okay?"

Adrian angguk dan peluknya lagi, "Va bene, amore." Bisiknya di telinga Kiara, tidak mahu orang kanannya dengar kerana yang lain semua pandai berbahasa Itali.
translate : okay love.

Adrian melepaskan pelukan. Kemudian dia berjalan ke arah Farrel.

Farrel masih buat buat tidak nampak dengan Adrian.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now