Terus laju Adrian ke arah kereta Ferrari miliknya.

"Adrian."

Pergerakan Adrian untuk masuk ke dalam kereta terhenti apabila namanya diseru.

Adrian toleh, dia melihat wanita itu dari atas sehingga bawah. "Buat apa dekat sini?"

"I nak jumpa you."

"Pukul satu pagi ajak jumpa?" Soal Adrian pelik, "Mana tahu I dekat sini?"

"I agak je."

Adrian hanya sekadar mengangguk, "I nak balik, cakap lain kali je."

Tangan Adrian yang ingin membuka pintu kereta itu terus tidak jadi apabila tangannya ditarik, "Rian, I nak cakap ni."

Tangan Nia ditolak, "I nak balik Nia." Balas Adrian mendatar tanpa memandang wajahnya.

Melihat Adrian begitu, Nia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengannya. "Dree?" Soal Nia, mahu tahu yang sekarang ini ialah Adrian atau Dree.

Adrian mengangkat muka memandang Nia, "Jangan kacau I. I nak balik."

"Rian I rindu you."

Terhenti lagi pergerakkan Adrian yang ingin membuka pintu kereta.

"I dah cuba. I dah cuba untuk terima segala hakikat tapi susah Rian." Lengan Adrian ditarik agar Adrian menghadapnya, "Rian please, I need you. Tak pernah sehari pun I lupa pasal you."

"Macam mana you boleh move on secepat ni?" Tangan Nia diangkat lalu memegang wajah Adrian, "You dah tak sayangkan I ke?"

Adrian tolak tangan Nia, "Nia please. I dah jadi suami Kiara."

Terus dia berjalan masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan Nia Antasya seorangan di hadapan mansion.

"Maktok is right...You dah lupakan I..."





Adrian masuk ke dalam bilik tidurnya dan terus matanya mencari Kiara.

Dia pasti, mesti Kiara sudah tidur lagipun sekarang dah nak dekat dua pagi.

Adrian duduk disisi katil bersebelahan Kiara, "Kesian dia kena tinggal." Kepala Kiara dibelai.

Aik, Dree dah bertukar kepada Rian ke bila jumpa Kiara?

Wajah cantik Kiara yang sedang dibuai mimpi itu dia amati. And only now he realised that... he has a soft spot for her. Only for her.

"Nanti aku bawa kau balik mansion okay?" Pipi Kiara itu dia usap lembut.

"Goodnight Kie." Adrian kucup lembut umbun umbun rambut wanita itu dan berjalan ke arah bilik air untuk bersihkan diri.





Adrian yang mahu bangkit itu tidak boleh. Dah kenapa stuck pula ni?

Dia toleh kebelakang sedikit, Kiara memeluknya dari belakang rupanya.

Adrian dengan perlahan lahan menurunkan tangan Kiara.

"Hmmm~." Rengek Kiara apabila terasa tangannya ingin diletakkan dibawah.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now