"Aku nak kau fokus dengan apa yang aku nak cakap ni." Kata Adrian lagi tapi kali ini dengan nada yang serius.

Kiara mengangguk kepala tanda faham.

"Tengok tangan aku," Tangan kanan Adrian diangkatkan paras bahunya lalu mengeluarkan jari telunjuk ke atas.

"Lepastu?" Soal Kiara. Nak ajar apa pula ni? Nak ajar bahasa isyarat ke? Tahu lah Adrian ni bisu kadang kadang.

"Kalau aku buat jari macam ni, aku tak nak kau bergerak. Sikit pun tak boleh. Aku nak kau berdiri statik dekat tempat kau, tak kira lah time tu kau tengah buat apa."

"Kenapa? Ni untuk apa?"

Tanpa menjawab soalan Kiara, Adrian terus menukar isyarat tangan. Kini jari hantu turut dikeluarkan dan tangannya tidak ubah seperti gaya peace.

"Ni apa pula? Nak ajak bergambar?" Soal Kiara, langsung tidak serius.

"Kiara Alanna." Panggil Adrian tegas.

Terus Kiara berdiri tegak, "Okay okay."

"Kalau aku buat macam ni, aku nak kau tunduk, cari tempat berteduh. Faham?"

"Tapi untuk ap-"

"Dan ini," Adrian memotongnya lalu tangannya bertukar menjadi buku lima, "Aku nak kau lari. Lari dan jangan patah balik ke belakang. Lari dan jangan toleh sedikit pun kebelakang. Faham?"

"Faham tu faham tapi untuk-"

Adrian terus menukar jarinya kepada jari telunjuk dinaikkan ke atas. Terus berdiri kaku Kiara dibuatnya.

"Good."

Kemudian, Adrian menukar jarinya kepada gaya peace tadi dan Kiara membongkok sedikit badannya untuk menunduk.

Akhir sekali, Adrian menggempalkan tangannya.

"Perlu lari ke?"

"Aku kata lari kan? Tak faham kehendak arahan?"

Kiara mengerut dahi, "Tapi nak lari dekat man-"

"Lari Kiara." Adrian mendekatkan dirinya ke arah Kiara.

"Tapi Rian-"

Adrian berjalan lagi ke arahnya, "Aku dah kata, lari..."

"Rian-"

"Jalan mati Kiara."

PLASH!

Kiara terjatuh ke dalam kolam renang dibelakangnya. Tertawa kecil Adrian dibuatnya, sengaja dia mahu kenakan si Kiara.

"Adrian!!!!" Jerit Kiara geram.

Lagi sakan Adrian mengelakkan Kiara.

Tetapi, gelaknya terhenti apabila melihat Kiara yang gayanya seperti tidak pandai berenang.

"Kie?" Adrian mula mencangkung, memanggil Kiara.

"R-Rian..." Tangan Kiara cuba untuk menggapai Adrian yang jauh darinya itu.

Terus butang mata hazel milik Adrian, "Kau tak reti berenang ke?!" Terus laju dia terjun ke dalam kolam renang.

"Kiara, Kiara!" Badan Kiara disambut. Gadis itu sudah seakan akan ingin pengsan.

"Hey Kie," Rambut Kiara diusap, "Hey hey, aku minta maaf," Kata Adrian risau.

Tiada respon.

Adrian terus ingin membawanya naik ke atas semula. Baru sahaja dia mahu mengangkat Kiara naik, Kiara terus membuka mata, "Baaa!!!!"

Adrian menolak Kiara dari terus berada didalam dakapannya, "Kau kan!"

Kiara gelak, yeay dapat kenakan Adrian!

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now