"Nama dia Keith lah, soalan apa kau tanya ni." Balas Zander bagi pihak Keith.

"Tak tak, maksud aku nama penuh kau." Soal Adrian lagi yang masih memandang Keith.

"Nama aku Keith je. Takde nama lain."

"Nama ayah kau?" Soal Adrian lagi.

Kemudian Zander membetulkan posisi duduknya menghadap Keith, "Haah lah, nama ayah kau. Nama ayah kau takde?"

"Tak. Nama aku Keith je. Aku tak kenal siapa ayah aku, kan aku pernah cerita dengan korang yang aku anak yatim piatu. Shark yang kutip aku." Balas Keith tenang. Masih menggunakan alasan yang sama sejak lima tahun yang lepas. Sejak dia masuk ke dalam kumpulan White Shark.

Adrian mengangguk.

"Asal kau tanya?" Soal Keith.

"Takde, haritu si Kiara cakap muka kau dengan Haider sama. Tu yang aku tanya kau."

Terbeliak biji mata Keith dibuatnya. Kiara perasan?

"Mana ada sama, lain je. Merepek je Kiara tu." Nafi Keith sambil mengeleng gelengkan kepalanya beberapa kali.






Sepuluh jam Adrian tinggalkan Kiara di bilik, sekarang sudah pukul 6.30 petang.

Klak!

Ingat dah lupa jalan balik. Kata hati kecil Kiara saat bunyi pintu dibuka kedengaran.

Tadi sewaktu dia bangun dari tidur, Adrian sudah tiada di dalam bilik. Entah ke mana pun dia tidak tahu.

"Kiara." Adrian memanggilnya saat langkah kaki mula diaturkan ke arah sofa menonton televisyen.

Kiara pula buat-buat tak dengar, dia sambung bermain telefon.

"Ha dah pekak pulak dah ke?" Soal Adrian apabila dia lihat Kiara tidak endahkan kehadirannya disitu.

Adrian mengecilkan matanya memandang Kiara, boleh pula dia buat dek je. Kalau tak dah lama 'Rian Rian.'

"Kiara, aku cakap dengan kau ni. Dengar ke tak?"

Kiara yang masih ralit dengan telefon itu berdehem, "Hm." Balasnya dan masih tidak melihat wajah Adrian.

"Pergi siap, kita keluar."

"Tak nak, I penat harini jadi I tak nak keluar." Telefon ditutup dan dia bangkit mahu ke arah katil. Hari ini hari terakhir mereka di Itali. Esok pagi mereka akan berangkat balik ke Malaysia semula.

Penat? Ye ye lah tu, comfirm Kiara masih merajuk dan marah pasal hal semalam.

"Jom lah keluar kejap, pergi makan."

"Asal pula nak pergi makan? You dekat luar seharian tadi, asal tak makan je sekali tadi?"

"Kalau aku terus makan dekat luar, kau dekat sini macam mana?"

"Lah ingat dekat I rupanya. Ingat lupa dah."

Adrian mengetap gigi geram, ada sahaja mahu dibalasnya semula.

"Kiara Alanna, aku cakap sekali je. Aku nak kau pergi bersiap, lepastu kita keluar. Aku bagi masa sejam."

"I kata I tak-"

"Sekarang Kiara." Potong Adrian dengan nada yang tegas.

Kiara yang sudah berada di atas katil itu menepuk tilam katil dengan geram, "Okay fine!"

Setelah siap bersiap, Kiara mengambil beg tangannya yang berjenama Dior itu dan terus mahu keluar dari bilik.

"Kiara."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now