"Belajar untuk bersyukur Kiara. Bersyukur dengan Adrian yang sekarang. Kita tak tahu, bila bila masa je hati orang tu boleh berubah."

Kiara memandang Harraz dalam dalam, "Maksud you?"

"Kalau lepasni dia berubah jadi lebih dingin, nanti perangai dia yang sekarang kau benci ni lah yang akan kau rindu."






"Kiara Alanna!" Adrian menyebut nama panjangnya saat melihat kelibat Kiara dan Harraz datang menyapa.

"Kau ni kenapa ha? Aku suruh kau tunggu dekat sini, yang kau merayau suka hati tu kenapa?" Amuk Adrian. Tahu tak penat dia mencari? Ingat tadi Kiara dalam bahaya.

Habis semua orang melihat aksi itu, aksi di mana Kiara kena marah sama Adrian.

Harraz memandang wajah Adrian yang bengis itu lalu melihat sekeliling. Ada mata-mata pengunjung lain yang turut memandang arah mereka. "Rian, ni public. Yang kau marah Kia-"

Adrian memotong Harraz, dia menyambung memarahi Kiara. Masih tidak puas hati sama perangai Kiara. "Bila aku cakap, pandang muka aku!"

Kiara masih menunduk, tidak berani mahu tatap pandangan tajam Adrian. Seram.

"Oh dah bisu pula sekarang?" Tidak lepas Adrian memandang wajah Kiara dihadapannya. Tahu tak semua orang susah hanya kerana perangai budak-budaknya itu?

"Weh Adrian apa ni?" Zander dari belakang menyapa. Dah apahal dia sampai-sampai saja Adrian sedang marah?

"I said, look at me Kiara." Makin tegas suara Adrian kedengaran. Dengan perlahan, Kiara mengangkat wajahnya. Matanya bersambung sama mata hazel milik Adrian.

"Kau pergi mana? Asal kau-"

"Weh Rian, malu lah, semua pandang. Kau marah dia dekat tempat lain tak boleh ke?" Sampuk Zayyan.

"Kau diam." Terus Adrian mencerlung Zayyan tajam.

Pandangan dialihkan kepada Kiara kembali, "Budak ni kalau tak kena marah memang tak sah! Ada je benda dia nak buat."

"Adrian." Tegur Rafael pula.

Adrian pergi lagi dekat dengan Kiara, "Kau ni kan Kiara-"

Dengan pantas Keith menarik tangan Kiara dan berjalan pergi dari situ.

"Keith, oi!" Hayyaz memanggilnya, ha sudah. Keith nak selamatkan si Kiara tapi comfirm, comfirm Adrian lagi marah.

Baru sahaja Adrian mahu mengikut mereka berdua, Zander menghalangnya, "Lebih baik kau coolkan diri kau. Kau dah gila ke nak memekak satu mall ni?"

"Kau sumpah do Dree." Zayyan memandangnya geram lalu mengeleng perlahan.

"Patutlah dia benci kau." Harraz mengeleng kepala. Kepala hoodie dinaikkan lalu tangan diletakkan ke dalam poket hoodie dan pergi mengikut Keith dan Kiara.






"Kau sumpah do, kesian dekat dia." Kata Zayyan yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan Adrian sewaktu di pusat beli belah petang tadi.

"Dia degil sangat. Habistu kau nak aku ajar dia macam mana?"

"Dah tu kau perlu ke marah dia depan semua orang? Depan kitaorang? Kau tak fikir pasal perasaan dia? Pasal dia malu ke tak." Bidas Hayyaz pula, menyampah betul dengan perangai Adrian.

"Lepasni kalau dia hilang, tak payah sibuk nak call kitaorang. Biar je dia hilang, kalau dia ada pun bukannya kau nak jaga dia elok elok." Rafael mencelah.

Nampak gayanya, semua sedang gunakan peluang yang ada untuk bash si Adrian.

Adrian pula diam sahaja, malas mahu balas. Kalau dia balas sekali pun, yang lain ada sahaja benda nak jawab.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now