"Rian...Tengok mamat hoodie tu." Kiara memuncung ke arah Harraz.

Adrian yang dari tadi diam itu mengeluh. "Korang kalau nak cakap dengan Kiara boleh tak cakap elok elok? Lidah tu nak aku potong ke?"

Hayyaz sudah mengetap bibir, lawak pula tengok Zander dengan Harraz kena marah sebab Kiara. Selalunya pasal kerja.

"Tak masalahnya, bini kau ni-"

"Bini aku bukan bini kau, jadi diam." Potong Adrian laju.

"Lah mengaku bini...Ingat tak tahu dah ada bini. Ingatkan asyik ingat dekat ex girlfriend." Balas Zander pula, sengaja mahu menyindir Adrian depan semua. Lagi lagi mahu Kiara dengar.

Keith merenung Zander tajam, Kau apahal? Kata Keith kepada Zander tanpa mengeluarkan sebarang bunyi hanya mulut yang bergerak apabila ekspresi wajah Kiara sudah berubah.

Zander pula hanya menjeling ke arahnya. Buat buat tak nampak.

Kiara bangun dan dengan laju Adrian memegang tangannya, "Nak pergi mana?"

"Ladies." Dengan itu Kiara terus berlalu pergi dari meja dan ke arah bilik air.

Adrian memandang orang orangnya yang juga turut ada di dalam restoran itu. Dia memberi isyarat dengan ekor mata untuk mengikut Kiara dan tunggunya sehingga dia habis ke bilik air.

"Kau apahal sia Zander? Dia terasa kau tahu tak?" Kata Hayyaz saat pergi sahaja Kiara dari meja itu.

"Kau kalau ye pun sakit hati dengan dia, tak payah lah nak cakap macam tu depan dia, kesian lah dekat dia." Bidas Zayyan pula.

Zander memandang mereka semua, "Tak masalahnya yang korang nak backup dia sangat apahal? Dia bini korang ke?"

"Kau takde adab ke?" Kata-kata Adrian itu membuatkan Zander berpaling melihat Adrian.

"Aku tak nak dengar lagi korang gurau kasar dengan Kiara macam tu. Faham?" Dingin saja tutur katanya. Itu saja sudah cukup buat yang lain takut.

Yang lain mengangguk faham. Zander pula geram. Ish, tak habis habis nak menangkan bini dia yang manja macam budak enam tahun tu.






Adrian dan Kiara berjalan dihadapan manakala kawan kawan mereka yang lain dibelakang.

Kiara angkat muka memandang Adrian, "Rian, sejuk la."

"Lepastu nak apa?"

"Nak pegang lengan boleh?"

Tak sempat mahu jawab, Kiara sudah pegang, "Thanks Rian." Lengan Adrian itu dia pegang erat, kepalanya juga turut dilentokkan di bahu Adrian.

"Eeeee geramnya aku tengok minah tuuuu." Kata Zander geram dibelakang yang sedang melihat adegan mesra ketua mafia kumpulan White Shark bersama isteri tercinta.

"Movie ni jarang dapat tengok, dengan Nia pun takde tau episode macam ni." Kata Rafael pula.

"Ala Rian terpaksa je tu." Ujar Harraz pula.

"Eh korang ni memang tak puas hati dengan dia ke apa?" Keith memandang mereka, dari tadi ada saja nak cari gaduh dengan si Kiara.

"Biasalah, si Raz dengan Zander jealous sebab Rian tak pernah peluk dorang macam tu." Jawab Rafael lalu tergelak kecil.

Adrian memandang Kiara dengan ekor matanya. Suka betul Kiara dapat berjalan begitu dengan dia. Kalau dulu, ada saja nak cari gaduh dengan dia.

"Kiara." Adrian memanggil.

"Ya Rian?" Jawab Kiara dengan matanya yang masih melilau melihat sekeliling.

"Lepasni kita jumpa kawan aku tau."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now