"Kie kenal tok abah macam mana kan?"

Kiara diam, tidak pula dia membalas.

"Kie kahwin okay?"





"Kau buat apa tu?"

"N-Nia..." Terkejut Kiara dibuatnya. Kiara menoleh memandangnya, "Erm aku nak bancuh air, kau nak?"

"Mak Piah mana?" Soal Nia lalu melihat sekeliling dapur.

"Keluar dengan pak Jamal beli barang. Saja nak tolong dia, kalau dia ada kat rumah ni bukannya nak bagi aku tolong."

Nia diam.

"Nia about yesterday-"

"Aku tak marahkan kau. Sorry, aku cuma terkejut bila Rian setuju nak kahwin dengan kau."

"Tapi-"

Nia memotong lagi, "Kau kahwin lah dengan dia. Aku okay."

"Hah?" Kiara mengerut dahi. Dia tak salah dengar kan?

"Ya. After all, ini apa yang tok abah nak. And aku tahu, mesti ada sebab kenapa tok abah buat semua ni. Apa je sebab arwah tok abah, I know it's a good thing and the best for us. So, kau kahwin je lah dengan dia. Tak payah risau pasal aku, aku okay."
Nia senyum dan melangkah keluar.

Tangannya yang memegang sudu itu dia letak ke tepi sekejap. "Nia kejap."

Nia toleh, "Apa?"

"A-Aku janji, aku akan pulangkan Rian balik dekat kau nanti. Bagi aku settlekan pasal harta ni semua. Selesai je semua, aku...aku akan minta cerai dengan Adrian."

"Seriously?" Terus Nia datang semula.

Kiara diam beberapa saat. Senyuman palsu diukirkan, "Y-Ya aku janji."

Dia berkata begitu kerana mahu menjaga hati Nia tetapi sekarang dia perangkap dirinya dengan berjanji sesuatu yang tidak pasti.





Keesokkan harinya Kiara pergi ke pejabat seperti biasa. Sedang menyiapkan diri untuk mensyuarat sebentar nanti tiba tiba pintu biliknya dikuak. Dia memusingkan badan memandang pintu.

"Jom."

Kiara memandangnya atas bawah, "Rian, you buat apa dekat sini?"

"Jom lah cepat."

"Jom pergi mana? I ada meeting lah kejap lagi."

"Meeting kau cancel. Dah jom." Tanpa banyak cakap, Adrian terus menarik tangan Kiara, "Oi oi, sabar lah!" Kiara dengan pantas mengambil beg tangannya di tepi. Tak reti sabar betul lah dia ni.

Adrian masih lagi memegang tangan Kiara walaupun mereka sudah diluar bilik.

Setiausaha Ira terus bangun apabila melihat kelibat Adrian dan Kiara, "C-Cik Kiara? Cik nak pergi mana? Kejap lagi kita ada meeting dengan-"

"Cik kau nak keluar. Meeting lain hari je." Pantas Adrian memotong.

"Hah? Tapi-"

Adrian memalingkan wajahnya memandang setiausaha Ira, "Meeting cancel." Balasnya mendatar.

"B-Baik tuan." Setiausaha Ira menunduk.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now