Kiara senyum. "You tak perlu risau pasal wasiat tu. I akan pastikan yang kita tak akan berkahwin. I takkan ambik you dari Nia. I love her so much, she's my everything and I tak sanggup nak lukakan hati dia dengan kahwin dengan you. I akan sedaya upaya untuk berikan mereka hak kepada harta tok abah without marrying you. You tak perlu risau okay?" Habis sahaja dia berkata begitu, Kiara terus bangun dan masuk ke dalam.

Kalau lah ia semudah itu Kiara. But it's not. Kata hati kecil Adrian saat melihat bayang-bayang Kiara perlahan-lahan meninggalkannya diluar rumah itu.






"Mana fail tu..." Fikir Adrian seorangan. Tadi dia keluar kerana mahu pergi ke Max Corp untuk mencari satu fail bewarna biru tua. Rasanya ada sahaja fail itu di dalam bilik pejabatnya tapi bila dicari tiada pula.

Adrian masuk ke dalam rumah semula, mahu tidur.

Baru sahaja kaki ingin dibawa ke arah tangga namun bau masakan membuatkan pergerakkannya beralih ke arah dapur. "Siapa pula yang masak tengah malam ni?" Soalnya sendirian.

Adrian mengerling jam di tangan, "1.30 pagi?"

Adrian sandar di dinding, tangan disilangkan ke dada dan memandang ke arah Kiara yang sedang sibuk mengacau sesuatu di dalam periuk kecil. "Kau buat apa?"

Suara garau Adrian dari belakang membuatkan kedua bahu Kiara terjungkit kerana terkejut, "Oh my Allah!" Kiara berpaling.

"R-Rian..." Kiara sengih seperti kambing, "Hehehe you tak tidur lagi ke?"

"Kau tu yang kenapa tak tidur lagi? Kau buat apa ni?" Adrian yang tadi bersandar itu kini berjalan menghampiri Kiara.

"Masak apa?" Soal Adrian lalu melihat ke dalam periuk. Kepala diangkatkan, "Kau masak maggie? Kau lapar lagi ke?" Kening dijungkitkan.

"I teringin nak makan. Aunty tak marah kan kalau I ambil maggie dia satu?"

Adrian hanya diam sahaja. Kemudian beralih ke arah kabinet untuk mengambil gelas.

Kiara pula menjulingkan matanya ke atas, bisu punya mood dah datang balik lah tu.

Adrian meneguk air sejuk yang tadi dituangnya. Kiara yang sedang mengacau maggie itu secara tidak sengaja berpaling melihat Adrian.

Tidak berkelip matanya melihat Adrian. Seksi gila........Aduh, tolong lah jangan jatuh!

Adrian membawa gelas itu ke sinki, cepat-cepat Kiara memandang maggie supnya semula.

"Kacau maggie tu, kang kembang."

Merona merah pipi Kiara, aduh Adrian perasan pula.

Kiara menoleh semula melihat Adrian di sinki, "You letak je lah dalam sinki tu, nanti I basuh."

Adrian diam sahaja dan terus membasuh gelas yang digunanya tadi.

Kiara menjulingkan matanya ke atas. Suka hati kau lah, ha basuh basuh, nak sangat basuh kan?

Kiara beralih pergi mengambil mangkuk untuk meletakkan maggienya.

Adrian yang baru habis membasuh itu pergi mengambil tisu untuk mengelap tangannya yang basah.

"Ouccch!" Kata Kiara perlahan saat tangannya terkena periuk panas itu.

Adrian menoleh ke belakang, "Kau nak angkat periuk pun tak reti ke?"

Adrian geleng kepala dan pergi semula ke arah Kiara, "Kalau tak reti, meh aku ajarkan. Macam ni ya angkat periuk." Terus Adrian merampas periuk ditangan Kiara.

"Mata pandang maggie ni bukan aku." Kata Adrian sambil menuangkan maggie itu ke dalam mangkuk buat Kiara.

Kiara menunduk, malu lah pula Adrian notice. Dua kali nyah notice.

"Tak cukup ke makan nasi tadi? Asal nak makan maggie?" Soal Adrian lalu periuk diletakkan kembali di atas dapur masak itu.

"Teringin." Balasnya sepatah lalu terus mengambil mangkuk itu dan berjalan ke arah meja makan, "Thanks Rian."

Adrian pula berjalan ke arah tangga, mahu naik ke atas.

"Ouchhh!"

Adrian menutup matanya rapat, Apa lagi lah si Kiara ni.

Dia menoleh, "Apasal?"

"Panas."

"Dah tu tak reti tiup?"

"Rian...You boleh tolong suapkan I tak?"

Membulat mata Adrian mendengar. "Kau nak aku buat apa tadi?"

"T-Tolong suapkan..." Katanya lambat-lambat dan perlahan.

"Ah takde. Aku nak tidur. Melebih pula kau." Terus dia berpaling kehadapan semula.

Kiara mencebik. Dia meniup perlahan-lahan maggie itu.

"Rian janji akan jaga family uncle...Dan Kiara." Dia mengeluh kecil apabila teringat janjinya semula. Tidak sampai lima saat, Adrian patah balik semula ke meja makan.

Kiara mengangkat muka apabila Adrian datang semula ke arahnya,  "You kata nak tidur?"

"Nanti mati kempunan pula kalau aku tak suap kau." Balas Adrian sambil menarik kerusi disebelah.

Mangkuk itu ditarik dan garpu yang dipegang oleh Kiara itu dirampas, "Buka mulut."

Adrian meniup maggie itu, "Aaa." Katanya lagi.

"Eh takpe, I boleh-"

"Makan." Terus dia menyumbat maggie itu ke dalam mulutnya.

"Nah lagi," Dia meniup lagi maggie itu, "Aaa."

"K-Kejap-"

"Diam." Adrian menyuapkan lagi maggie itu.

"Ish sabar lah!" Kiara mengelap mulut yang comot. Maggie tadi dalam mulut pun tak habis lagi.

Adrian meletakkan semula garpu itu, "Kalau macam tu kau suap sendiri."

Baru sahaja Adrian mahu bangkit, Kiara terus menarik lengannya, "Jangan lah tinggalkan I sorang sorang. Takut."

"Dah tu tadi kau turun okay je?"

Kiara melihat jam di dinding, "Dah lewat sangat." Kiara pusing semula dan memandang Adrian, "Teman I kejap please. Tunggu I habis makan."

Tanpa banyak cakap Adrian kembali duduk. "Kau nak aku suap ke suap sendiri?"

"Emmm, you suap lah. Boleh?" Pintanya lemah lembut.

Adrian mengambil garpu itu semula, "Bukak mulut. Aaa."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now