Perit kisah hidup pokok ini. Dia terpaksa berkerja demi menyelamatkan dua dunia walaupun dia tidak mendapatkan apa-apa. Malah sehingga menjadi begini pun dia masih juga mahu berkerja.

Mahluk yang menggunakan sihir kegelapan dunia ini memang tidak pernah fikirkan akan nasib masa depan dunia.

Kalau terus begini, sihir dunia akan menjadi tidak teratur dan akhirnya dunia mencapai penghujungnya. Tidak ada sesiapa pun boleh menolong dunia ini lagi.

"Apa yang patut saya lakukan untuk pulihkan semua ini?" Soal aku dengan bersemangat.

Aku mahu selamatkan pokok ini. Ini semua demi penduduk dunia dan diri aku sendiri. Aku tidak mahu tersiksa setiap kali malam sihir menjadi tidak teratur lagi.

"Saya akan ajar kamu mengawal limpahan sihir ini dan kamu akan mengawal sihir dunia supaya tetap kekal," ujar akhir tuan Ryzel sambil tersenyum.

.
.
.

Time skip

Masuk hari ini sudah hampir beberapa hari aku berada di hutan ini. Sejujurnya aku tidak tahu berapa hari kerana hutan ini tidak pernah siang dan hanya malam sepanjang masa.

Kaki aku melangkah meneroka hutan yang cukup besar ini. Rugi kalau datang hanya untuk belajar sihir sahaja tetapi tidak meneroka. Apatah lagi hutan ini sangat cantik dan unik.

Biasanya mana ada kita lihat pokok yang mengeluarkan cecair sihir kegelapan dan bulan yang sentiasa penuh setiap hari.

Aku berjalan lagi menuju ke barat hutan. Di sana aku melihat sebuah pokok yang sederhana besar berwarna putih dan bercahaya. Kaki aku melangkah ke sana.

Sebelum sempat aku ke sana, tiba aku melihat seorang gadis berjalan menuju ke pokok itu. Seingat aku sini tiada orang selain aku dan tuan Ryzel. Jadi siapa gadis itu?

Gadis yang berambut putih dan memakai gaun putih itu berjalan menuju ke pokok tadi

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Gadis yang berambut putih dan memakai gaun putih itu berjalan menuju ke pokok tadi. Sesampai di hadapan pokok, gadis itu terus berhenti dan menatap pokok tersebut dalam jangka masa yang cukup lama.

Aku mahu menegurnya namun entah kenapa hati aku terasa berat mahu mengenali gadis itu. Melihatnya begitu membuat aku teringat akan sesuatu ketika aku kecil dahulu.

Tepatnya ketika ibu memang disahkan meninggal. Ada seorang perempuan mendatangi aku sambil menanggis melihat tempat kematian ibu. Dan sejak itu, aku berhenti pergi ke menara sihir lagi.

Sosok perempuan itu memang serupa dengan gadis yang melihat pokok itu sekarang.

"Kamu nak berkenalan dengan dia ke?" tiba satu suara menyoal.

Aku menoleh ke kanan dan kelihatan orang itu adalah tuan Ryzel.

"Siapa dia?" Soal aku.

"Dia adalah dewi Sariel. Dewi yang menjaga tempat ini dan dia sangat bencikan manusia," balas tuan Ryzel.

"Kenapa dia bencikan manusia?"

"Semua itu sebab manusia sendiri yang membunuh dia dahulu ketika dia masih manusia. Baginya manusia sangat tamak sehingga sanggup membunuh dia demi mendapatkan kuasa."

Aku terdiam. Kisah dia sungguh tragis dan pemikiran dia tentang manusia itu mahluk yang tamak memang aku setuju.

Aku sendiri pernah merasai semua itu. Semua itu terjadi pada aku di kehidupan lalu aku dimana raja di negara aku berjaya membuat aku memakai rantai sihir.

Waktu itu aku berfikir dengan menyerahkan kuasa aku kepadanya boleh membuat keluarga aku melihat aku namun semua itu salah. Memberikan kuasa pada lelaki tamak itu adalah kesilapan besar.

Aku hampir terbunuh kerana raja itu menggunakan kuasa aku tanpa mengira kekurangan mana aku. Dan apabila aku sudah tidak boleh menggunakan sihir lagi, raja itu membuang aku sehingga membuat aku mati dalam keadaan tersiksa sekali.

Bagi aku hidup, aku dan dewi Sariel tidak ada beza. Manusia semua tamakkan kuasa sehingga membuat nyawa kami melayang.

"Tetapi ada seorang manusia yang dia boleh terima," tuan Ryzel berkata lagi menghilang lamunan aku.

"Siapa?"

"Ibu kamu, Delina."

Ibu! Dia boleh terima ibu.

Apa yang ibu buat sampai dewi yang sangat bencikan manusia itu menerima dia.

"Apa yang ibu lakukan sampai dewi Sariel menerima dia?" Soal aku.

"Itu saya tidak tahu, tapi apa yang saya tahu, ibu kamu memang boleh membuat hati yang tertutup, terbuka semula," balasnya sambil tersenyum.

Aku hanya diam. Memang apa yang ibu lakukan kepada dewi Sariel? Berfikir pun tidak ada guna kerana orang seperti ibu memang sukar mahu membaca fikirannya.

Tetapi aku dapat rasakan bahawa hati dewi Sariel tertutup semula untuk menerima manusia. Ini semua disebabkan ibu telah pergi 12 tahun lepas. Tiada lagi manusia yang dia boleh terima hidup di dunia ini.

Mata aku memandang kembali ke arah pokok tadi. Aku melihat dewi Sariel masih lagi menatap pokok itu dan tiba-tiba dia berjalan mendekati pokok itu lalu terus menghilang seperti debu.

Entah kenapa melihat dewi Sariel begitu membuat aku sedikit sedih. Sitausi dia menatap pokok tadi seakan dia sedang mengenangkan seseorang. Penuh dengan luka dan kesedihan di hati.

Character baru keluar!

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Character baru keluar!

Irene: The Lost Witch [✔️] Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu