cp 41

2.6K 367 26
                                    

Aku terpegun melihat keindah hutan ini. Sinar terang bulan malam memang membuat hutan ini kelihatan sungguh indah. Udara di sini juga tidak terasa seperti aku berada di dunia manusia. Ianya seakan aku berada di tempat lain yang kaya dengan sihir keajiban.

Kaki aku melangkah lagi memasuki hutan ini. Mata aku terpegun melihat sekeliling kawasan ini. Tadi aku berada di dalam gua dan sekarang aku berada di sebuah hutan.

Hutan itu sungguh besar tetapi sunyi. Apa tidak ada kehidupan lain selain tumbuhan di sini?

Aku berjalan lagi ke dalam hutan itu dan tiba-tiba aku terdengar seakan bunyi air mengalir. Aku bergerak ke arah bunyi itu yang berada di utara hutan ini.

Sesampai di sana alangkah terkejut aku melihat satu pokok yang sungguh besar mengeluar cecair biru yang banyak sehingga cecair itu menjadi sungai.

Aku terpegun melihat suasana itu. Kaki aku cuba mendekati pokok tersebut untuk melihatnya dari dekat. Tidak pernah aku melihat pokok yang mengeluarkan cecair begini.

Di atas pokok itu, tepat terletaknya bulan purnama biru yang menerangi kawasan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di atas pokok itu, tepat terletaknya bulan purnama biru yang menerangi kawasan ini. Bulan itu membuat pokok tersebut bercahaya dan indah dalam satu masa.

Tangan aku memegang dahan pokok itu, dan alangkah terkejutnya aku apabila aku merasakan sihir yang sungguh kuat dari pokok itu. Sihir kegelapan yang sangat kuat seakan sihir tuan Ryzel.

Jangan cakap pokok ini adalah...

"Kamu sudah tahukan," tiba muncul tuab Ryzel di samping aku.

Aku menoleh ke arah lelaki yang tersenyum itu.

"Inilah pokok yang mengeluarkan-"

"Limpahan sihir," aku memotong katanya.

Tuan Ryzel tersenyum lalu mengangguk. Betul jangkaan aku bahawa pokok ini mengeluar limpahan sihir kegelapan dunia.

Aku merasakan sekali lagi sihir pokok tersebut. Entah kenapa aku dapat rasakan sihir pokok ini tidak teratur sekarang. Malah pokok ini seakan sedang sakit dengan sihirnya.

"Disebabkan sihir dunia terlalu banyak dipakai, ianya membuat memaksa pokok ini untuk mengeluar sihir dengan lebih banyak," ujar tuan Ryzel.

Aku memandang pokok yang seakan sedang sakit ini. Dahannya tegak berdiri namun dalamannya rapuh seakan mahu runtuh bila-bila masa sahaja.

"Kenapa mesti memaksa? Bukankah boleh sahaja ia berjalan seperti biasa dan tidak perlu mengeluar dengan lebih banyak."

"Sihir kegelapan ini sihir yang istimewa, berbeza dengan sihir kesucian. Sihir kesucian memang dikurniakan untuk manusia tetapi sihir kegelapan untuk para iblis sahaja dan jarang untuk manusia boleh menggunakannya. Jadi sekiranya sihir kegelapan dunia habis atau tinggal sedikit, ianyalah memberi kesan kepada dunia iblis. Sebab itu pokok ini mesti mengeluar limpahan sihir yang banyak supaya keseimbangan dunia iblis dan dunia manusia akan kekal sama. Tapi sekarang seperti kamu lihat, pokok ini terlalu memaksa sehingga membuat limpahan sihir menjadi tidak teratur," terangnya.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now