cp 22

3K 397 61
                                    

Aku menatap diri ini di dalam cermin besar di hadapan aku. Mata merah darah bersama rambut hitam ini memang mencerminkan diri ini.

Penyihir kegelapan.

Ya, itu aku.

Aku terkenal dan dibenci oleh penduduk kerajaan ini kerana aku adalah penyihir kegelapan sama seperti ibuku. Tapi apa aku kisah.

Ini pilihanku untuk berjuang di jalan sama seperti ibu aku.

Anting-anting merah milik ibu aku dipakai di telinga kananku. Anting ini sangat sesuai dengan mata aku. Apa ibu memakai ini kerana sama seperti warna matanya?

Aku tidak tahu kenapa dia suka memakai anting mereka ini? Aku selalu melihat dia memakai anting ini dimana sahaja dia berada tidak kisah bagaimanapun situasi.

Bagi aku anting ini umpama identiti dia sebagai penyihir kegelapan sama seperi aku. Jadi sebab itu aku mula memakainya menanda diri ini adalah penyihir kegelapan seperti ibu.

Selepas selesai bersiap, aku terus membuka sihir telepotasi aku menuju ke hutan terlarang atau lebih tepat ke menara sihir kegelapan. Hari ini aku bertekad mahu mengunjungi tempat itu setelah sekian lama untuk mencari pentunjuk misteri yang terjadi selama ini.

Tidak sampai satu minit, aku sudah sampai di hadapan menera itu. Kepala aku didonggakkan ke atas melihat menara yang tinggi.

 Kepala aku didonggakkan ke atas melihat menara yang tinggi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Contoh menara sihir

Kaki aku melangkah menuju ke menara yang sudah lama tidak aku kunjungi. Aku pernah kunjungi menara ini namun hanya sekali dan selepas itu aku tidak pernah lagi menjejakkan kakiku ke sini.

Aku tahu setiap kali aku berfikir mahu pergi ke menara ini mesti aku akan ingat kejadian bagaimana mayat ibu aku dijumpai di luar menara ini.

Sangat sakit mengingati situasi itu namun kali ini aku bertekad mahu menjejakkan kakiku ke sini.

Mata merah aku memandang tanah tempat mayat ibuku dijumpai dahulu. Masih ada lagi rasa sakitnya tetapi aku tahan.

Kemudian aku berjalan menuju ke pintu menara. Aku melihat pintu yang diperbuat daripada kayu tersebut.

Bruk! Bruk!

Aku cuba membukanya namun kelihatan seperti terkunci. Aku mengundur sedikit kebelakang kerana ingin menggunakan sihir untuk membuka pintu itu.

Baru sahaja sihir aku mengena pintu tersebut tiba sihir aku terpacar kembali ke arah aku. Aku kehairanan.

Mata aku memerhati pintu itu dan tiba aku terperasan bahawa pintu itu telah disihir dengan sihir pelindung dan sihir pengunci. Ini mesti kerja ibuku. Dia menyihir pintu ini supaya tidak ada orang boleh masuk kecuali orang tertentu.

Itu membuatku terasa kesal. Bagaimana aku mahu masuk? Mengubah mantera sihirpun tidak dapat kerana sihir kegelapan tidak dapat diubah.

Aku menyandar di pintu tersebut sambil memikirkan cara untuk masuk. Mesti ada cara lain untuk masuk ke dalam menara ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now