cp 57

2.1K 364 43
                                    

"Saya yakin ibu mesti mahukan tuan. Bagi saya tuan adalah yang terbaik untuk dia," ujar Irene sambil tersenyum.

Mendengar kata itu membuat Ryzel terasa sedikit terkejut. Dia tidak sangka gadis kecil itu dapat mengeluarkan kata yang menyenangkan hatinya.

Lelaki itu tersenyum dan hanya setuju dengan kata Irene. Kalau sahaja Irene tahu cerita sebenarnya mesti gadis itu tidak akan kata begitu.

Sayangnya Ryzel tidak boleh mengatakan hal sebenar sekarang walaupun Irene sudah tahu bahawa Duke itu bukan ayah sebenarnya. Dia harus menyimpan semua rahsia itu sehingga hari yang betul tiba.

Sejujurnya dia juga mahu berterus terang sekarang tepat di hadapan gadis kecil ini tetapi dia takut gadis itu susah mempercayai.

Memang susah menyimpan satu rahsia yang sangat besar ini. Kalau diluahkan nanti takut tidak dapat diterima tetapi kalau terus disimpan ianya akan menyakitkan hatinya.

"Kalau saya bawa kamu ke alam iblis kamu nak tak?" Soal Ryzel.

Mendengar soalan itu membuat Irene tertawa kecil. Apa yang lawaknya dengan soalan itu?

"Tuan, manusia tidak boleh hidup di alam iblis. Saya mungkin mati sebelum saya sempat menginjak tanah alam itu," balas Irene sambil tertawa.

"Saya boleh ubah kamu jadi iblis kalau kamu nak," satu lagi ayat yang membuat Irene tertawa.

Bagi Irene itu mungkin satu gurauan tetapi untuk Ryzel ianya sangat memaksudkan ayat itu. Dia mahu membawa Irene ke alam iblis kalau Irene memang sudah tidak mahu tinggal di alam manusia lagi.

"Kalau saya fikir saya sudah menyerah menjadi manusia mungkin saya akan ikut tawaran tuan itu. Tapi sekarang masih banyak perkara yang saya harus lakukan," balas Irene lembut. Mulutnya tersenyum ke arah Ryzel.

Mendengar itu membuat hati raja iblis itu sedikit bersedih. Jawapannya sama seperti bagaimana Delina menjawab soalan itu dahulu.

Kalau sahaja waktu itu dia ada kekuatan seperti sekarang rasanya dia mesti dapat bersama Delina. Dia juga mungkin masih boleh melihat muka Delina.

Kenapa agaknya dia terlalu lambat sedar akan perkara itu dahulu? Mahu menyesal sudah tidak ada guna. Semuanya sudah berlalu lama. Tidak dapat dia mahu ubah segalanya lagi.

"Tuan, kalau tuan tinggalkan saya nanti, boleh tak tuan janjikan saya satu perkara ini?" Pinta Irene.

"Apa dia?"

"Janji pada saya tuan tidak akan lupakan ibu," kata yang membuat Ryzel sedikit terdiam.

Dia tidak tahu kenapa gadis itu meminta janji begitu. Bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Delina.

"Kenapa?"

"Tuan boleh lupakan saya kalau tuan nak, tapi tolong jangan sesekali lupakan ibu. Memori ibu tentang tuan sangat berharga dan kalau memori itu hilang, itu akan membuat hati ibu sakit. Jadi tolong janji pada saya tuan jangan sesekali lupakan ibu," Irene mengeluar jari kelingkingnya menunjuk isyarat janji.

Ryzel tersenyum nipis lalu mencapai jari itu.

"Saya janji saya tak akan lupakan Delina dan kamu juga."

Hati Irene terasa senang mendengar kata itu. Dia akhir menjumpai seseorang yang memang tidak akan lupakannya. Gembiranya waktu itu memang membuang semua kesedihanya pagi tadi.

Di hari yang penuh memori indah mereka telah berjanji sesuatu yang mengubah diri aku lagi. Irene yakin Ryzel tidak akan mengingkari janji itu. Dia bukan lelaki begitu dan Irene sangat percayakan dia.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now